Saturday, January 16, 2016

don't judge.you don't know the truth




assalamualaikum...

lama tak bukak blog. mesti korang menyampah kan. nanti aku update pasal krabi (nanti tu maknanya 2 minggu lagi) so sesi persekolahan korang best ke? best ke bangun awal bersiap ke sekolah dari umur 7 tahun sampai sekarang? hewhewhew

tugas aku 2016:

SU Kurikulum
SU MBMMBI
SU PIBG
SU Aset sekolah
Penyelaras Data 3M Zon
Penyelaras PermataPintar
Panitia Pemulihan
Ketua Panitia Pend.Seni Visual
Biro Kebersihan dan Denggi
Guru Penasihat bola Tampar / Pengurus Pasukan

sekarang aku menggantikan guru bersalin dan mengajar bm tahun 2 dan 3 serta pemulihan.. semua 33 waktu.. sekolah aku ada 10 orang cikgu (termasuk GB) dengan murid seramai 58 orang..hmm sekolah lain sampai terlebih lebih cikgu...kami ni sampai tak cukup nafas terkejar kejar masuk kelas ..settle kerja..peruntukan untuk guru ganti pun tak ada...kadang2 kami pun pelik mana cikgu2 yang keluar maktab? tak kan tak ada sapa posting ke zon aku ni..bila ada berita guru baru di daerah kami semua excited tunggu ..tapi sekolah lain yang dapat.. huhu..

kami nak ada ramai cikgu bukan untuk kami nak bersenang lenang tapi tugas/ jawatan berat boleh diagihkan sama rata ..masuk kelas mengajar inshaAllah kami semua komited tapi bayangkan kalau dalam sehari tu 5 orang guru kena keluar sama ada kursus,cuti sakit,cuti rehat atau hal lain, tinggal 5 orang je cikgu di sekolah. nak mengajar pekebendenye weh...6 kelas dengan 5 orang cikgu. jawatan berat pun boleh agihkan tak la muka aku je jadi SU. sampai ke tahap datang sekolah setting dalam otak nak buat kerja pejabat..surat2..fail...mengajar dah tak ada dalam hati. tapi itu tahun2 lepas lah..tahun ni tak tau lagi...meeting agung pibg dah dekat ni..aku nak beli ubat penenang siap2..

ok bye aku letih mengantuk.






Friday, January 1, 2016

happy new year




oh noooooo!!!! dah tahun baruuuuuuu!!!!!

 aku suka catat apa yang aku dah buat or dapat tiap kali tahun baru..so.. tahun ni impian aku tercapai iaitu beli rumah !! horreyy!! dah duduk di rumah sendiri horreyyy!!
 oleh sebab dulu aku asyik berpindah randah jadi bila dah duduk di rumah sendiri rasa kekok.rasa macam masih menyewa huhuuu aku tak hias rumah cantik cantik sebab aku rasa mungkin kena bungkus barang lagi.. banyak barang aku hanya biar dalam kotak tak berusik. Biasanya orang baru masuk rumah mesti nak hias nak cat nak renovate tapi aku buat bodo je..hmmm

untuk koleksi travel aku ke Bandung, Krabi dan Phuket.. ok la kan jalan dekat2 dulu.. orang lain dah travel ke hujung dunia dah aku baru negara Asean..

azam aku simple2 je macam tambah koleksi buku baju kasut sebab aku memang miskin baju dan kasut tak macam perempuan lain. aku miskin 2 benda tu sebab aku banyak habiskan duit kat makanan. lulzzz. aku sanggup habiskan beratus ringgit untuk makanan daripada baju dan kasut. aku pun bukan jenis keluar rumah bergaya entahlah aku suka pakai yang aku selesa je tshirt jeans selipar.  aku tak tau tahun ni aku boleh ubah ke tak. buku? buku dah banyak tapi inshaAllah akan cuba tambahkan lagi. kali ni buku koleksi planet.

pencapaian dalam kerja kurang memuaskan sebab aku tak banyak terlibat.biasa tiap2 tahun aku bawa budak bola tampar kali ni aku minta dikecualikan sebab kesihatan bapa aku. aku jugak agak busy balik kampung uruskan hal keluarga. hmm orang lain mungkin nampak aku mcam enjoy je tapi letih nye tuhan saja yang tahu..aku rasa aku tua dalam kereta je

lagi? lagi ape? tak de ape dah. ada beberapa benda yang aku tak settle tahun lepas aku harap aku boleh buat tahun ni.


persediaan sekolah?
baju baru - tak de
kasut baru - tak de
fail / rpt / rph / kelas - checked
berat badan naik - double checked. cis

happy new year!