Assalamualaikum.. hi lama tak ketemu
Banyak benda nak update dalam blog sawang ni tapi kan macam leceh la sikit .. tak macam insta boleh upload n taip panjang terus.. guna blog ni nak kena transfer gambar dulu la... nak edit gambar dulu la.. nak menaip pun kena guna laptop. Ke blogging sekarang dah canggih tapi aku sorang je tak tau =) maklumla kan dah umur macam ni tak ikut sangat teknolgi.. tak terkejar dah.. duit pun tak terkejar lolll
nak update blog kena ada mood. Kerja sekolah berlambak pun tak larat nak buat, tetiba rajin plak update blog. Tak ke haru gituh. Minta maaf juga pada pembaca yang menulis komen. Dulu aku rajin jugak buka blog check traffic dan komen, lepas tu aku dah slow lama tak check. InsyaAllah akan ku reply.
So cuti sekolah bulan 12 aku plan ke Pattani dari Betong. Mantap sekarang ramai Malaysian guna jalan masuk Betong perghh dulu tak famous pun jalan sini.. lepas viral skywalk aerweng berpusu semua mai huhu. Aku pergi dengan member kampung yang rajin travel tapi tak suka travel yang leceh2 macam long drive, singgah menyinggah so on.. aku plak jenis nak tengok semua n suka long drive. Maka bertabahlah.
Gerak hari Sabtu pagi. 8.40 pagi stuck dalam jem kat border malaysia bukit berapit..perghh. Setengah jam beratur walaupun depan aku ada la dalam 18 kereta ja kut, tapi lama la kan nak cop semua penumpang. Lepas tu jem pulak dekat imigresen Betong. Belum lagi beratur panjang dengan penumpang berbas-bas. Sejam jugak la nak siap cop. Lepas tu setelkan borang untuk pemandu kereta terus gerak ke 7e. Nasib dah tukar duit awal2.
tunggu member top up makanan . masa ni tengah musim hujan. tawakkal la nak lalu jalan Betong -Yala nanti sebab kawasan tu berbukit.Sebelum sampai pekan yala, singgah kejap Bang Lam Dam. sepanjang laluan berliku tadi lalu sebelah tasik empangan ni .. memang cantik. Boleh berhenti kat tengah jambatan ni untuk ambil gambar. Ada tempat khas juga macam rnr untuk bergambar sebelum dan selepas jambatan ni. Aku patut bawak dslr sobbss
ni rest area and view point. Best thing bila travel ialah kau boleh nampak kelebihan dan kekurangan facilities tempat orang n tempat kita. Rest area ni tak ada orang sangat pun tapi bersih dan tempat ni memang cantik untuk orang nak ambil gambar. Mungkin la masa aku sampai tu tak ada orang sebab musim hujan kan.. tapi bangunan pondok2 situ nampak terjaga dan tak rosak. Dalam hujan tu pun pekerja dok sapu2 daun tepi jalan.
Dan meneruskan perjalanan ...
Macam biasa kawan aku yang topup makanan dari Betong ni nak ke tandas pulek. tapi weh dalam perjalanan tengah hutan ni ada rnr cantik gila. Macam tak masuk akal pulak dorang boleh buat cafe kat situ, siap ada musolla , parking.. lebih kurang 50-55 km dari Betong.
aku ingatkan ni laluan masuk resort.
lawa nak mampuih
tea macchiato 90 baht (kot, lupa dah) - sedapppp, hokkaido toast bread 129 baht, latte