Showing posts with label sony NEX. Show all posts
Showing posts with label sony NEX. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Sony Nex




dulu...aku suka betul kamera slr, dslr. Masa aku sekolah menengah bapaku ada kamera slr dan dia turunkan ilmu pasang filem, fokus dan lain2 function kamera yang aku dah tak ingat dah. Masa tu orang dewasa je yang pakai kamera macam tu. Ye la famili kategori sederhana so cuma ada kamera slr untuk ku bawa masa lawatan sekolah. Bukan kamera aku pun,kamera pak aku. Orang lain bawa kamera filem kecik aku bawa kamera gedabak. Klau zaman sekarang nampak macam hipster la jugak. Tapi zaman dulu ... ermm..entahla.  Perkara paling benci dalam memori aku ialah aku snap gambar orang ok je..tapi bila passing kamera slr kat kawan aku..hancuss...semua gambar aku blur..kiranya itulah lawatan sekolah dengan kamera slr yang paling frust..bersemangat pergi kedai nak cuci gambar tapi semua gambar aku blur. Buang duit.

Tapi angan angan mat jenin aku ni tak stop di situ ye kawan2. Aku berhajat sangat nak pakai kamera pro atau semi pro. Melihat ramai remaja menggalas dslr di bahu seolah olah membeli dslr seperti membeli sepasang kasut Hush Puppies masa bukan sale membuatkan aku dah tak teruja dengan dslr. Lagipun ia tebal besar berat warna tak menarik bla bla blah..cehh mentang2 beli yang slim sikit ngutuk je kamera lain ek. forgive me. Tapi aku tetap suka dslr cuma aku malas mengendong saje.

so minggu lepas pergi survey. Target aku kamera semi pro function and kualiti dslr, slim, color menarik dan boleh flip screen. Apesal nak flip screen? sebab kalau travel sorang2 dan aku malas nak layan ayat ni bila aku minta tolong ambil gambar-
' eh..saya tak tau nak tekan mana' 
'ni macam mana nak ambik gambar ni?'

yeah.that's why. so lepas ni aku flip screen dan selca je. Aku berkenan juga dengan kamera Yuna tu tapi masa survey habis semua kamera best best dirembat orang. Mungkin sebab kenduri kawin kot ramai orang duk pulun beli kamera. Mulanya aku nak ambil Nikon J1 dan nasib baik aku teringat pasal flip screen so cik abang tu promote Sony NEX. yes. you belong to me. lalalala






aku pun dalam proses belajar lagi. kalau kamera lain funcion semua dah ada catat kat body tapi yang ni kena cari di screen. so far yang lain ok. yang penting itu kamera. hahahaha.







lalala...pink! bye <3