Showing posts with label bundle rm 5. Show all posts
Showing posts with label bundle rm 5. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

bermandi manda di the carnival.


hei.

lamanya aku tak update blog. ambil gambar pun makin jarang2 sebab aku tak keluar. dan aku makin tak beridea nak mengarang. mungkin kemerapuan aku tersekat sebab orang keliling aku dah start bace blog aku tanpa mem-follow. muahaha hoi bm teruk bebenor. tak kisah la korang follow ke tak asalkan korang klik iklan kat atas dengan sebelah tu ek. kuhkuhkuh

semalam sekolah aku buat lawatan bersama murid tahun 6 tahun  ke The Carnival Sg. Petani. walaupun sg petani dengan kroh dekat (sejam lebih) tapi aku tak penah terasa nak g sana sedangkan sana banyak tempat2 shopping bagai. ntah le..dah masuk 7 tahun duduk di kroh baru pertama kali sampai ke The Carnival. tempat jauh boleh pegi, tempat dekat tak pegi plak.













debab dh aku.itu tanda aku senang hati.*tetiba.
 baju Whole Earth Collection rm8, seluar L& Beautiful rm5 -bundle  
bawal 2alam rm10, beg elle sport
kenapa bayar lebih untuk pakaian berjenama? belilah bundle


k bye.





Sunday, August 12, 2012

Bundle lagi?


Hai. Assalamualaikum.

Akak yang jual bundle tak berniaga di Kroh masa bulan puasa ni. Sobs. Tiada lagi keriangan senyum meleret berlari-lari anak ke gerai bundle akak tuh dan berebut baju bundle dengan orang Siam. Kalau nak beli kena pergi pagi Rabu di Baling.


Tapi biasa la manusia. Beli banyak banyak lepas tu simpan dalam laci. Nak pakai sayangnye... tapi nak beli lagi. Oleh sebab kak tu tak jual kami cari pulak subjek lain untuk mengeringkan poket yang dah sedia kering ni. Alas kaki bundle! Masa usha kat pasar malam macam tak menarik je alas kaki yang berlipat banyak banyak tu. Tapi bila dah belek2 mesti jumpa yang tebal dan masih elok. Harga pun tak mahal boleh tawar harga lagi. 


RM 5

yang panjang RM 6

tebalnye...rasa nak bergulung dalam tu dan jadi sushi roll

RM 10



hiasi kediaman anda di hari raya ini dengan alas kaki yang cantik tebal dan nampak mahal. Orang datang umah mesti kata 
'wahhh kelass kau Jah, lantai rumah kau penuh dengan alas kaki jewww..'

lepas tu korang boleh jawab
'eh mestilaaaaa...' sambil mengacau  air ribena.





Wednesday, July 18, 2012

Ada apa dengan bundle?


hai.

busy weh. busy tak buat apa apa. hah hah hah. internet tak boleh pakai pulak. Bosan betul. Tiap kali lepas blackout je mesti line internet tak ok. Lepas tu kena call service. Lepas tu kena sahkan nombor ic segala. Lepas tu dia suruh tunggu. Lepas tu dia suruh try guna kabel dan aku tipu kata aku tak ada kabel. Dia percaya. Lepas tu amik kau dah 5 hari tak ada internet.

ok ok forget it. Aku ada kawan yang minat bundle. Sebelum ni aku tengok banyak betul baju dia ni tak pernah aku tengok pakai baju sama.Cantik pulak tu. Rupanya dia selalu beli bundle dengan harga sangat murah! Dulu aku ushar la jugak bundle bundle ni tapi nampak lusuh semacam je. Rupanya ada penjual yang jual bundle atau reject dari Korea Jepun dan US dan kalau bernasib baik dan pandai belek boleh dapat pakaian yang masih belum dipakai dan ada  tanda harga.




















sangat suka skirt ni. kainnya sangat lembut dan selesa dengan potongan lurus dan paling penting masih ada tanda harga! yeeee!!




Sejak kenal bundle dah tak teringin nak beli baju di mall. Sehelai cuma RM5  weh! RM5 !! Di pasar pagi Baling ada banyak gerai bundle. Aku beli bundle 10 helai baru sahaja RM60. Ada bundle yang lebih cantik harga RM8. Skirt yang cantik cantik cuma RM2.50 sehelai!  urgh!

uhhuhuuuu sekarang ni penjual bundle di pasar malam Kroh dah kenal geng bundle kami. Siap tolong simpan lagi bundle yang best best untuk kami. Sekarang geng bundle kena bertanding siapa cepat dia dapat dengan geng bundle Siam. Diorang dah siap tunggu walaupun gerai bundle belum buka. cis.

apa cara nak dapatkan baju bundle yang berkualiti dan masih belum tercemar? Sila lihat tag baju. Jika masih cantik dan elok dan tidak pudar maka baju/skirt/seluar tu masih belum dipakai atau direject or whatever. Dan jangan sesekali letakkan semula di rak baju konon nak ambil kemudian sebab kau dah tak ada peluang nak dapatkan semula. hahahahah. Ah! aku kena beli almari lagi.

Selamat berebut bundle di pasar malam.