Showing posts with label pemulihan khas: kelas. Show all posts
Showing posts with label pemulihan khas: kelas. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

kelas


assalamualaikum ..hai!

so yeah agak rajin nak update blog bulan ni.

lama tak post pasal kelas aku. aku rindu gak zaman aku bersusah payah buat bahan,cantikkan kelas..tapi ye la ada masa boleh buat, ada masa tak boleh nak sentuh langsung.2 tahun ni peruntukan tak de soobbbbss nak ambil dari panitia lain and pss diorang pun ada barang nak beli.kalau baki dorang ada rm60 boleh beli ape beb. kesian.kalau sekolah besar peruntukan ribu riban tapi barang nak beli pun banyak la jugak..inikan pula sekolah kecik peruntukan pun kecik.

tak pe la kita buat mana yang mampu iye dok?


faveret store -daiso. banyak barang best nak buat bahan mengajar kat sini. lagi satu kat MrDIY.


nampak macam ntah apeape tapi aku kutip mainan rosak Farel longgok pulak kat kelas aku. murid pemulihan aku semua lelaki so mainan macam ni sesuai jugak la. entah diorang ada ke tak main mainan ni masa kecik.

alatan asas di kelas. kahkah ni nak belaja ke nak menukang


barang2 konon nak buat bahan mengajar hmmmm

tambah koleksi bahan bacaan untuk pemulihan.beli di pasar pagi ahad di kamunting. kalau murid aku tak minat baca jugak tak tau la.

sticker black board. beli di daiso. tulisan aku memang buruk. kajian mengatakan tulisan yang buruk bermaksud orang tu kreatif. lulz



ok la.bye









Sunday, March 23, 2014

have a nice holidays!




 yeay dah siap lukis border. mesti serabut mata budak2 aku. 

dalam proses buat abm dam suku kata. ambil masa sekurang-kurangnya 3 minggu nak buat tema. tema je pun. sebab tu jarang buat bahan, bila dah buat separuh lepas tu tinggal kejap, maknanya tinggal terus.


berlambak lagi bahan3 yang aku kutip beberapa tahun yang dulu. sebab minggu lepas budak2 exam, so jangan buang masa korek bahan cari idea yang sesuai dengan kemahiran murid.


dah dapat almari fail baru!huhu.


bye.



Thursday, February 20, 2014

gila kerja



hai.
sebenarnya aku busy gila 2 minggu ni. tak la gila lagi tapi serabut la otak kerja banyak . kadang2 sebab terlampau banyak kerja , last2 satu habuk pun aku tak mau buat. buruk perangai. sekarang nak settlekan mesyuarat agung pibg.. sebab jemput perasmi luar so sekolah pun kenala bagi lawa sikit. lukisan mural dah luntur nampak buruk sangat. malu kat orang luar yang datang sekolah. hari tu luntur sikit je nak touch up pun macam awal sangat. pejam celik hoi sememeh betul.


kelas aku pun bertambah buruk dan berserabut. dulu awal2 dulu aku tumpukan perhatian kat kelas aku, pdp aku..semenjak tahun 2010 pegang jawatan su-su aku banyak tumpu pada kerja surat menyurat, fail dan segala kerja su..kadang2 aku rasa mcm pemulihan ni jatuh no.2.. mungkin tekanan kena buat surat dengan betul, kerja su yang details, program2 sekolah  menyebabkan otak aku lebih fokus bab-bab tu..aku pun dah tak kreatif mengajar budak2 aku. aku nak kena cekap kerja su sebab aku sangat cuai pada masa sama bahan abm pemulihan kena buat kalau boleh setiap minggu ada bahan baru...tapi sekarang setahun tak sampai 4 abm pun..


tapi kan..tapi kan..mujurla ada  grup koleksi cikgu anis..ada juga bahan aku boleh cedok terus print..aku tau orang senang fikir aku bujang pehal tak da masa nak buat bahan. ye aku pun fikir begitu. tapi rahsia la hidup aku buat ape..ntah2 busy daripada orang dah kawin ..muahahahaha..yeah whatever.


 update skit kelas warna terang. dulu tampal kad abc tapi dah tertanggal berhabuk bagai.


 download dari koleksi cikgu anis.. tenkiu for the creator/owner.. kad2 abc yang sangat cantik dan kemas. love it.


 next time buat border bunga bunga pulak...



mural seorang diri lewat petang di kelas2 tahun 4 dan 5..sekarang tiap petang ada kelas tambahan..kena tunggu budak2 balik baru start mural. tak suka betul dorang dok bertempek kat belakang interview bagai. langsung tak boleh buat kerja.


ok bye.nak sambung buat buku program, minit mesyuarat. bye bye byebyeeeeee







Monday, April 15, 2013

PemulihanKhas: kelas dan abm


lama tak update pasai kelas...asyik2 update farel.bertuah farel ade personal writer. kuhkuhkuh 
minggu ni minggu meng uptodate kelas..tak tau nak tambah ape dah..macam semak je .. nak buang sayang... nak disimpan sakit mata.. erghhhh.. (barang yang aku kutip tahun2 dulu)

bila dah kemas elok2 nanti baru tambah gambar. tapi rasanya tak da perubahan sangat pong.


 kuih raye tahun ni


 favourite book! sebab asyik berpindah randah aku terlupa kewujudan buku ni. dah terperosok kotak mana ntah.nasib baik jumpa balik.huuhuhu.



Prof Muhaya: 'yang kita nak marah murid yang tak faham tu buat apa?

jangan lupa tonton =)






Saturday, February 2, 2013

rumit



dah masuk bulan februari eh..sekejap je..
kelas masih macam biasa..tak ada lah perubahan sangat..nak buat bahan bukan siap 1 hari..kalu orang lain boleh la setengah hari pun siap...doakan aku jadi seorang yang sangat rajin.hehe
serabut hoi barang banyak dalam kelas tak bersusun kemas. bila dah kemas pun masih nampak serabut. ke memang  macam ni? huahuahua





aku perlukan almari lagi!! banyak giler ah barang...serabut otak aku.

 murid aku pun nak kena jaga penampilan juge...

ok deko kelas tahun ni tak menarik langsung. aku pun serabut. tapi tiap kali aku mengemas mesti aku pegi buat kerja lain pulak. lepas tu rasa bengang je nak susun barang banyak gila. bukan barang orang lain pun..barang kelas aku jugak..poyo  je. lepas aku dah sorok barang2 tak nak nampak serabut lepas tu aku lupa letak kat mana...pastu nak cari satu benda pun habis geledah 1 kelas.


lagi sekali doakan aku rajin cantikkan kelas aku ye.tq and bai





Tuesday, February 21, 2012

Minggu yang Hellzzzzz

ok. Berakhir sudah minggu busy.
Sangat busy kay.. Tapi tiap kali benda x best datang mesti mulut ada sebut juga  'nasib baik...'

Siapkan sebuah fail makan masa berhari-hari.. inikan pula berfail-fail. Sebenarnya fail pemulihan sangat banyak tapi ntah kenapa fail aku tahun ni macam sikit je..hmp. aku tak study.

kalau nak bandingkan dengan cikgu KSSR lagi la bertimbun fail. Nasib baik aku guru pemulihan. lalalalala.
Kelas dorang pun penuh fail je. Dah tak da rupa kelas dah ni. Dah macam pejabat lak aku tengok. Sebab cikgu sekolah kurang murid ni sikit so tiap sorang cikgu pegang banyak jawatan. So, 1 jawatan dalam 2-3 fail dan lebih.. kadang2 aku teringin tengok camne style kerja cikgu2 sekolah besar ..

kalau cikgu sekolah kecil pikir:
' ala..cikgu sek besar ramai..so jawatan tu boleh bahagi sorang sikit...beban kerja pejabat kurang sikit'..

cikgu sekolah besar fikir:
'ala..cikgu sekolah kecik tak de hal..budak sikit senang nak control..jawatan pegang pun bukan ade ape sangat..mesti banyak relax...'

err..no comment.

Minggu ni mengejar masa siapkan fail dan kelas. Tension berganda bila masa yang ada tapi ada meeting. Tension berganda bila fail lebih penting kena buat tapi tetiba kena suruh hias dinding. Kalau fail tak siap kena marah dengan pemantau, kalau dinding tak siap  kena marah dengan _ _. OK.aku gembira sangat.

Tidur malam tak lena pikir benda apa lagi tak settle dan rasa malam tu nak tidur kat sekolah je..wah..semangat itu amat mulia. Sabtu ahad cikgu2 berkampung di sekolah pagi ke petang.

eh eh menawan betul fail pibg itu

and oh saya update juga kelas pemulihan ..'nasib baik' pemantau datang...kalu tak kelas aku mesti tak berupdate...

thanks Lurvely Lin sebab bagi info bahan.. Here


Bertambah debaran sebab pemantau ada di sekolah jam 7.00 hingga 12.30 tgh hari..nasib la kan kalau dia nak masuk kelas ataupun tetiba dipanggil dan kena jawab pasal fail..

'nasib baik aku tak kena'

fufufufufu

ok. pemantau masuk kelas aku dan tanya pasal LADAP. Tiba-tiba aku lupa sebab aku bajet dia tanya pasal pemulihan. hahhahahah. ok. itu saja. lalalalala.Muka blur aku terserlah di situ.

dan horreeehhhhhh!!!...malam tu tidur lena!!!

harus la aku celebrate dan qada makan!

 soup..y u so oily?  y u no like me?



Saturday, August 20, 2011

Pemulihan Khas: Kelas

*update

sticker comey yang menyenangkan hidup ku.


tak perlu habiskan masa dan tenaga melukis di dinding...huwhuw..no more mural..bestnya!


Pintu ni sepatutnya dicat semula.....tapi......tapi......tapi.......i nak hias pintu cepat. Kelas tahun 1 dan 2 gempak gilos pintu diorang. * haku maluewwwww..


Beli sticker jangan lupa ambil resit. Boleh pokai kalau pakai duit sendiri.




Sunday, August 14, 2011

Pemulihan Khas : Kelas


Minggu sakit jiwa
Minggu murid jawab ujian pengesanan dan pra UPSR.
Minggu untuk saya update bahan pemulihan yang bukan sedikit dan bukan setengah jam boleh siap lepas tu goyang kaki.
Minggu yang saya nak jauhkan diri dari semua orang. Dalam hati mahu jerit ' stay away from me!!'.
Ada sebabnya. Hanya hati ini dan guru pemulihan yang faham.

the feeling you get after all the hard work, sacrifice and never been appreciated.

whatever.

***********************************************************************************