Showing posts with label murid pemulihan khas. Show all posts
Showing posts with label murid pemulihan khas. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

eat sleep internet



 6pm and i continue to procrastinate coz haze keep us from going to school tomorrowww so heeellll yeahhhh 




 mini library for my class. heaven nye dapat beli buku/majalah murah. aku cuma harap minda budak2 lebih terbuka dapat baca majalah macam ni. walaupun duduk kampung tengok siaran tv thailand je..
ok diorang tak la baca but at least tengok gambar dengan mata bersinar pun ok la.

 byee










Tuesday, May 13, 2014

masak memasak



dah lama. dah lama gila aku nak buat masak2 dalam pdp aku. masa mula mula posting pegi dengar taklimat dari ppd, pemulihan boleh pelbagaikan aktiviti dalam bilik darjah. boleh masak2, boleh main, boleh ronda2 sekolah, pendek kata semua boleh. idea memang membuak buak tapi sebelum buat apa2 kena selidik dulu stail budak2 n environment sekolah..bukan semua orang faham stail pemulihan.

pernah sekali sorang cikgu tegur aku ' Nurul, diorang ni tak belajar ke? nampak dorang ni asyik main je?'

tersentap beb. sentap. budak aku memang main tapi dorang main kad suku kata, dam, game+belajar daripada komputer.. nama pun budak pemulihan..tak kan aku nak bagi buku teks plak suh dorang baca. tak kan aku nak tulis kat papan putih suh dorang baca. aku pakai lcd.. baru canggih. 

tapi aku faham. cikgu yang mengajar aliran perdana susah nak terima stail belajar pemulihan.kalau aku cikgu perdana pun aku mungkin pikir macam tu. tapi masa tu aku ni kan cikgu baru...angguk je la walaupun aku hampir buka mulut buka buku panduan nak terangkan definisi pemulihan dan aktiviti pembelajaran pemulihan..kuhkuhkuh.

kalau bab masak2 lak boleh buat macam2 asalkan tak merbahaya pada budak n sekolah. bahaya kat cikgu takpe. jangan bahaya kat  murid.

dulu aku nak buat masak ni tapi kena tengok dulu kot2 budaya sini tak kena ke..mana la tau mak pak dorang tak bagi makan kalau bercampur ngan malay..mana la tau klau perut dorang sensitif, dorang sakit perut mampus aku nak menjawab.

 buat sandwich telur je pun. 
bahan2 semua aku sediakan. budak2 melenggang kangkung je masuk kelas ,kupas telur rebus.






dah kenyang. apa initpati kisah masak memasak nih. first, korang ajar budak2 ni dengar arahan. lepas tu enjoy makan. cikgu pun kenyang.lol.

aku nak buat stail sekolah korea yang budak2 tulis diari setiap hari. lepas habis sekolah hujung tahun diari tu dorang boleh simpan untuk kenang-kenangan. tapi memandangkan murid aku ni tak tau tulis macam mane nak tulis diari?

 -suruh dorang lukis-.


bye.



Tuesday, September 4, 2012

Drama Murid Pemulihan



Perbualan hari ini dengan murid pemulihan, sambil murid menulis jawapan di buku tulis sambil berbual.

Veendy: Cikgu! Hari tu Vivoy belanja kami makan nasik! Dia banyak duit woo!
Posayanond: Betul cikgu! Dia bawak banyak duit ooo..dia bagi kami makan nasi waktu rehat liao.
Me: Betul? Waa..Banyaknya duit kamu Vivoy... Bapa kamu balik dari Ipoh , bapak kamu bagi duit banyak ke?
Vivoy: Tak leww.. (senyum tersipu)
Posayanond: Dia bawak duit banyak woo.. -tunjuk gaya pegang segulung duit-
Me: Huiyoo! Banyak tu! Macam mana kamu ada duit banyak tu??
Veendy: Dia simpan la cikgu.. duit tabung dia
Me: Haaa..kalau macam tu lepas ni veendy pula belanja kawan2 lain..lepas tu posayanond pula belanja kawan kawan lain..baru la seronok sekali sekala belanja kawan2 makan.. betul tak?
Veendy & Posayanond: - tak ada respon, khusyuk menulis-
Me: Oooooo..saya sebut suruh belanja je buat2 tak dengar pulak budak2 ni. Makan free nak pulak.
Veendy & Posayanond: hihiihihiiiiiii


Me: veendy! kamu tulis tak duit sen ni?
Veendy: APA?
Me: Amboi2...kasarnya jawab...elok ke buat perangai macam tu?
Veendy: -senyum malu- takk...
Me: Kamu tak boleh menjawab nada suara macam tu.. orang dengar diorang akan fikir kamu kasar, tak sopan.. kalau saya cakap dengan kawan sebaya/sama tua dengan saya tak apa la saya jawab macam tu... tapi kamu tu MUDA LAGI... MURID KAN... Saya pula apa?
murid2: TUA, NENEK TUA
Me: HEY HEY HEY SAYA CIKGU KAMU LAH! ade pulak panggil tua cis. nah, ambik se das.



Monday, January 16, 2012

random



menumpang di library.
doktor gigi tengah pinjam kelas pemulihan untuk buat rawatan.
reward my pupils with games on ipad ..kalau tak buat perangai dan siapkan kerja.

Saturday, October 16, 2010

Drama Murid Pendidikan Pemulihan


1#DramaMurid

Sebelum pengajaran bermula:

Cikgu Nurulcomel: Posayanond,buku latihan kamu dah habiskan? Kamu dah beli buku baru ke belum?

Posayanond        : Lupa cikgu.

Cikgu Nurulcomel:habis macam mana kamu nak salin ayat ni nanti?

Posayanond         :Cikgu! Esok ..errr..saya pegi kedai dengan bapa saya beli benda makan tu..kabed!

Cikgu Nurulcomel : ….. ha?

Posayanond          : Saya pegi dengan bapa saya ..pegi tesco..bapa saya beli kabed.

Cikgu Nurulcomel : Beli kabed..? kabed tu apa?

Veendy                  : Yang orang  makan tu cikgu!  (buat gaya minum)

Cikgu Nurulcomel: Minum ke..?  (dalam hati dah marah sebab tgh tya pasal buku tiba tiba cakap pasal kabed)

Posayanond          :Ya ..yang orang tua suka minum tu?

Cikgu Nurulcomel : Ooooo....Carlsberg!

Posayanond          : Ya..!!

Cikgu Nurulcomel : Habis tu apa kena mengena dengan buku latihan kamu?

Posayanond          :Saya dengan bapa saya pegi tesco ..bapa saya beli banyak carlsberg lepas tu saya lupa beli buku

Cikgu Nurulcomel  : Ooooo..semalam ke kamu pergi tesco?

Posayanond           : Ya

Murid masih keliru konsep esok,semalam,kelmarin……dan masih keliru makan dan minum
Saya kena guna bahasa paling mudah untuk terangkan sesuatu benda.



2# DramaMurid

Vivoy murid tahun 2. Semasa tahun 1 saya pernah lilhat dia belajar. Dia berbeza daripada murid lain. Kepala dia asyik tunduk pandang meja. Masa saya depan dia suruh mengeja dia langsung tak angkat muka seolah olah dia pernah buat salah dan malu nak tengok muka orang. Suara dia sangat3 perlahan. Dan tak ada manusia boleh tahan sabar bila suruh murid mengeja tapi kita tak dengar suara. Even kalau kita cakap kat telefon pun kalau tak dengar suara orang tu kita mula kuatkan suarakan? Benda macam ni natural. Vivoy lambat baca dan eja jadi masa Tahun 2 dia masuk kelas pemulihan saya. Pada awal sebulan dia  masih tunduk menghadap meja macam kepala dia nak masuk dalam meja. Menakutkan.

I know budak macam ni kena bagi galakan dan pujian. Apabila ada kanak-kanak dengan sikap macam ni bermakna dia perlukan kata semangat,pujian,sokongan.

Vivoy, bila belajar cuba kamu angkat kepala kamu. Jangan asyik tunduk je. Pandang depan ok . Tak perlu rasa malu. Kita datang sekolah untuk belajar. Kalau kamu tunduk macam tu macam mana kamu nak belajar. Masa eja kena sebut kuat kuat. Bagi dengar suara tu ye. -That what i said to him.

Setiap kali suruh murid eja saya panggil nama dia dan suruh pandang depan. Lama lama dia dah mula angkat muka. Mula senyum. Yang penting bila dia bersuara kita dengar dan bagi respon.

Masa saya bawa murid saya 4 orang ini ke Pusat Sumber, Vivoy ambil satu buku dan duduk depan saya. Masa tu saya tengah tulis buku rekod. Dia buka buku tu dan tunjuk sambil cakap;

Vivoy :Cikgu….ini ayam , cikgu!
(Tapi gambar tu gambar ikan!!)

Me     :Tak sayang, itu ikan….

Dia buka muka surat lain dan tunjuk gambar itik sambil kata:

Vivoy :Cikgu…ini ayam lei cikgu

Me     :Tak ….bukan…itu itik…..

Vivoy  :Oooo…

Pada masa dia cakap itu ayam,muka dia berseri seri sambil senyum. Can you get angry if your pupil doing the same thing to you. At that time I just thought, kasihannya …saya macam sedang bercakap dengan budak berumur 2 tahun yang baru nak kenal dunia. Tapi pada masa sama saya bangga kerana dia ada keyakinan dan berani berbual dengan saya sambil beritahu nama haiwan yang salah. Daripada seorang yang langsung tak angkat muka..suara halus yang cakap terpaksa berdiri di tepi untuk dengar,seorang yang sangat pemalu,pendiam akhirnya boleh pandang dan berbual dengan saya. Pendek kata perasaan bangga ini macam perasaan ibu dengar anak sulungnya paggil dia ‘ibu’. 

Tahun ini murid pemulihan tiada masalah disiplin. Cuma mereka malas belajar, lambat belajar tak siap kerja. Boleh dikatakan murid saya tahun ini lebih bersopan santun, mendengar kata dan ingat pesanan contohnya:

-Buat kerja mesti kemas
-Lepas ambil barang simpan dan susun elok elok
-Setiap kali nak guna barang dalam kelas saya mesti minta izin dahulu.

Hehe..Tahniah untuk diri sendiri!