Monday, December 6, 2010

Cameron Highland, here i come

20 November 2010

Dear diary,
Hari sabtu pertama cuti sekolah, sekolah saya buat lawatan ke Cameron Highland. Seronok 50%, tak seronok 50%. Why? Sebab saya nak cuti dan balik kampung la. Seronok sebab saya belum pernah ke Cameron Highland dan saya dah target nak beli banyak strawberi. Sebab strawberi baik untuk kulit.

Cikgu Kok awal awal dah pesan;
'Nurul,esok datang sekolah sebelum pukul 7 pagi ok?'
'ye la tu...suruh datang sebelum pukul 7, tapi bas sampai pukul 8'
dan ya..memang bas sampai sekolah lewat. Cuma sebuah bas saja pun. 5 cikgu dan famili naik bas dengan  murid dan cikgu-cikgu lain drive sendiri ke sana. Perjalanan lancar macam biasa.
Ku sangkakan tempat ni masyuk cantik kemas teratur rupanya tidak. Jalan raya terlampau sempit dengan kereta, trak parking bahu jalan sesuka hati. Pembinaan bangunan macam kedai-kedai pun bersepah-sepah.Hmmm..mungkin sebab kawasan berlereng dan berbukit, tuan punya tanah tak ada pilihan lain. Tapi sayang betul sebab tempat ni tumpuan pelancong, malu seh dorang tengok tempat ni dalam rupa zaman dulu.

Tempat hentian pertama ladang teh Cameron Valley. Sampai sini lebih kurang jam 12.00 tengah hari.











 Taman Lebah / Bee Farm




 Kea Farm






Dah penat memanjat bukit ladang teh, shopping2 baru kami check in hotel. kami menginap di hotel Hill Garden Lodge.Kediaman macam apartmen. Ada 3 bilik, 2 bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Memang sesuai untuk pelancong yang datang beramai-ramai macam kami. Dan sebab saya bujang trang tang tang saya kena tidur dengan murid. Rutin wajib bagi guru bujang trang tang tang. Masa check in lebih kurang pukul 3 petang. Lambat masuk sebab jalan sesak. Bilik saya nombor 5 berdepan dengan bilik cikgu dan murid lelaki. Lupa bagi tahu saya bawa adik saya bersama.lalalala.

Dear diary,
Sesuatu yang buruk berlaku masa saya dan 'anak-anak' (murid) seramai 9 orang itu bersiap untuk keluar pada jam 4 petang. Sedang kami lepak tengok tv di ruang tamu tiba-tiba bunyi kaca pecah! Betul-betul tempat seorang anak cikgu tu berdiri. Masa tu saya rasa nak marah sebab ingatkan budak-budak ni tak duduk diam kemudian pecahkan pula pintu bercermin hotel tu...Saya pergi check rupa-rupanya jubin lantai yang meletup dan pecah. Creepy u know !! Masa tu saya sangka 'alamak,bangunan nak runtuh ke?, gempa bumi ke? tanah mendap ke? Tidak!!!!

Saya terus berlari ke pintu keluar nak panggil cikgu Kok dan cikgu Wan..rupa-rupanya diorang pun dah dengar bunyi pecah dan datang ke bilik kami...muka semua orang memang cuak.

cikgu Kok: kenapa ni?kenapa ni?
me: cikgu kok!cepat!tengok sini! lantai pecah!
cikgu kok: ha?macam mana boleh jadi macam ni?
me: mana saya tau...tiba-tiba dia pecah!

Tengah asyik tengok jubin yang bersepai tu tiba-tiba lantai bahagian lain meletup dan pecah. Terkejut + terjerit + panik =RUN FOR YOUR LIFE!!

seriously, masa tu memang terbayangkan hotel tu nak runtuh. Kami semua lari turun ke bawah dan bagitahu cikgu-cikgu di bilik tingkat bawah supaya lari keluar. Lutut menggigil muka pucat tak payah cakaplah. Lepas berkumpul di bawah baru reda sikit gemuruh. Saya lari naik atas tinjau keadaan dan cikgu Kok dah panggil owner hotel untuk siasat. Rupanya jubin tu yang bermasalah. Lagipun bangunan tu dah lama dan penghuni ramai yang keluar masuk bilik tu sebabkan lantai tu pecah. Kenapa la time kami datang jadi benda ni..hmmm..

Lepas bincang, kami pun pindah ke bilik tingkat bawah. Nasib baik lantai kayu. Dah la penat baru sampai, naik tangga banyak kali, terkejut pulak dengan jubin pecah. Rasa dah tak ada mood nak keluar. Pukul 5.30 petang kami ke Taman Kaktus tapi saya tak masuk pun..cuma  ronda-ronda di kedai jamu mata hati saja.

Balik ke  hotel jam 7 petang tapi sampai hotel hampir 9 malam sebab stuck dengan jalan sesak. Sejam lebih kami melangut dalam bas.Sebelah malam rehat dan bersiap pergi makan malam. Saya ambil kesempatan pergi ke pasar malam and beli 4 kotak besar strawberi. Tamak betul..saya nak beli lagi tapi si adik dah jeling-jeling.

Balik ke hotel pukul 10.30 malam dan bersiap nak tidur. Y'all fikir saya boleh tidur lena dengan murid perempuan seramai 9 orang + 2 orang anak cikgu? No! Sekejap bising..ok fine i tegur dengan lembut.. tengah tidur diorang ketuk pintu sebab orang budak muntah..ok fine..i bagi baju i sebab baju dia dah kotor..tengah tidur lagi terjaga sebab diorang main di ruang tamu..ok fine i sound lagi suruh diorang tidur..then i betul-betul meletup sebab diorang main tendang-tendang pulak dalam bilik (not sure apa diorang buat tapi bising) last warning i jerit suruh tidur. Baru la senyap san masa tu jam 2.30 pagi TAPI SAYA PULAK TAK BOLEH TIDUR! SEBAB ASYIK TERJAGA DAN BUNYI BISING ORANG KARAOKE DI TINGKAT BAWAH HOTEL! Damn!

Tak perlu hairan kalau next pics muka sembab mata bengkak sebab tak lena tidur..haissshhh...
Dan saya cuak juga pagi tu kalau-kalau budak -budak tarik muka sebab kena marah dengan saya tapi datang si Cameran kata ' Cikgu, nasib baik cikgu marah kami semalam..sebab lepas cikgu marah baru kami semua boleh tidur., kalau cikgu tak marah kami tak boleh tidur lagi lew..' .     Kalau la saya tau dari awal.. (-...-)


























 Dear Diary,
sebelum kami balik, kami ke Tanah Rata, Kea Farm dan Taman Kaktus, Ladang Teh Bharat.


That's how my school's trip ended. Sampai sekolah dah jam 10.00 malam. Saya drive balik kampung terus. Lagipun strawberi bukan tahan lama. Sambil drive melelong mengantuk sambil makan strawberi.


Moral: Jangan beli terlampau banyak strawberi macam saya


Sunday, December 5, 2010

Holiday..Yippie!!!

will update soon...

quite busy right now even dah start cuti sekolah...

see!!!! saya baru nak cuti sekolah !! (T__T) whatever..

thanks for comment from xietinlovesdbsk and emmediana! youaresocool!

tak sabar nak menaip entri terbaru nie..huhu..bye for now (^^)v

credit to the owner

Saturday, November 27, 2010

My Wishlist

oh!another wishlist?
guess what i want?



Fuji Instax Mini 7 Camera RM268.00 (camera+instax mini film)


Adalah sangat cool dapat simpan gambar polaroid. Just like my Shinee..ehem. and actually i'm inspired by this:






also wanna get this
rm 120  small but cool pic effect



 hmm..not sure bout this,but why not?by the way it's pink



that all for now..

My November Part 2

wow wow wee again.....
serius..saya penat tenat minggu ni.
Walaupun masih bujang senang still rasa penat dengan kerja dan berulang alik kampung. Bayangkan susahnye cikgu yang berfamili nak kena uruskan suami/isteri/anak. Bayangkan sekarang.
Sebelum ni rileks je tak ada program sekolah dan ppd. Bila habis sekolah berturut-turut pulak program dan kursus ppd. Nasib baik tak tempah tiket flight pergi vacation or whatever..

raya haji rabu -khamis=balik kampung
jumaat=sekolah
sabtu-ahad=lawatan ke cameron highland
ahad-isnin=balik kampung
selasa=sekolah
rabu-khamis=kursus di ppd
jumaat=sekolah
jumaat-sabtu- ahad=balik kampung
isnin=mesyuarat di ppd
selasa-jumaat=sekolah

orang lain dah cuti macam nak rak apesal saya masih berulang alik sekolah dan ppd? saya bukan bahagian pentadbiran pun. funny.*sebenarnya jeles tak dapat join member uitm yang tengah bercuti di Terengganu (T___T)

Ok..Ok..tak baik merungut taww..eeuuww..

Sambung balik kisah my november hari anugerah cemerlang..

Persembahan Nujum Pak Belalang... cut off with suar suir kemuning.

Persembahan pakaian tradisional masyarakat Siam.
Cool kan? Mungkin Sekolah Tasek Pengkalan Hulu satu-satunya sekolah yang ada 100% murid berbangsa Siam tapi kami bukan sekolah jenis kebangsaan(SJK) tapi SK. Ingat senang ke nak ajar murid yang bahasa Melayunya bahasa kedua? Ramai orang beri perhatian pada sekolah murid asli, Cina dan India ,tapi bukan sekolah kami sedangkan susah kami mengajar sama macam mengajar sekolah jenis kebangsaan.Sedih sebab sekolah selalu tak cukup bajet, tak banyak peruntukan. Mudah mudahan ada rezeki 2011.amin

Find out more pics in sktasekonline.blogspot.com hehehe

Balik dari sekolah jumpa pula si rama-rama comels..memang comel dong..besar pulak tu. rasa macam 'oh,it's my day'..saya pun tak faham.=P

also pretty evening view from my house at Pengkalan Hulu.





Sekarang lihat pula wishlist i've made last September..
Berjalan-jalan di kota raya nak cari kasut best untuk lawatan sekolah ke Cameron Highland. Terjumpa pula kedai kasut yang jual kasut baji yang dah lama ku cari ecceh. Punyalah berbulan-bulan cari kasut baji yang murah,sedap pakai,nampak ada brand dan paling penting cun. Selalu jumpa kasut tapi mahal gila tak sepadan dengan rupa kasut. Bukan brand cap beruang pun. Standard cap ayam jugak.
love this

lepas ni akan borong sakan di kedai Amberwalk..huhuhu.Moral: berbelanja ikut kemampuan.(kalau saya kaya saya tak tulis sebegini (T_T)  )
p/s:lupakan kaki berkarat itu

night everyone. nak edit gambar lawatan pulak.

Monday, November 22, 2010

My November

wow wow weee....lamanya tak update blog. Super busy dengan kerja dan personal life.Penat tapi enjoy..
Apa yang saya buat sepanjang 3 minggu ni? Kelas berjalan macam biasa...meeting PIBG..kumpul and submit data Pemulihan zon ke PPD..kumpul nama murid penerima hadiah hari anugerah..buat brochure hari anugerah..ujian untuk murid pemulihan..kursus LINUS untuk guru pemulihan..hari kokurikulum+perkhemahan...cool padat betul program. Pegang pulak jawatan penting-SU PIBG,Penyelaras Data Zon,SU Hari Anugerah..heh hambik kau selambak kerja. Tapi fikir positif dah tahap profesional apesal lak tak boleh buat kerja-kerja ni. Mengada =P     

Baru-baru ni pergi kursus LINUS untuk guru pemulihan selama 2 hari di PPD Gerik. LINUS= Literasi dan Numerasi.Banyak info yang kami dapat tapi dapat atas angin jer sebab suara cikgu yang bersembang lagi kuat dari penceramah. Make sense juga jadi macam tu sebab kami tak dapat modul dan penerangan penceramah berjaya mengaburkan perhatian kami..nama pun cikgu pemulihan..hahahahah.. the end of the day ada majlis sampaikan sijil..wah wah dah lama tak kena panggil ke depan ambil sijil (pernah ke? hahaha) dan wakil zon diminta menerima sijil bagi guru-guru zon masing-masing.




ouchhh..matchingnye reben dengan baju i..hihihi...perkara paling memalukan sepanjang kursus ni saya batuk kuat..tension betul..baru baik dari selsema tapi tekak pula rasa gatal ...hari pertama dapat duduk dekat dengan pintu keluar so tak ada masalah berlari batuk di luar. Tapi hari kedua duduk belakang dan nak keluar pun susah sebab ada cikgu lelaki halang laluan i..nampak tak belakang saya tu..huhuhu..terpaksa batuk kuat kuat dalam dewan. Sorry..



with my best fren ..zarina..

selesai je kursus tengah hari tu terus balik (walaupun dipanggil lunch dulu) petang tu terus pergi sekolah dan siapkan buku program untuk hari anugerah..berdedikasi betul sya ni..heh.. sebab pertama kali jadi SU hari anugerah dan SU sebelum ni pulak berkursus, saya banyak buat silap...lupa panggil ketua kampung..lupa buat surat jemputan ibu bapa...nasib baik majlis buat waktu petang..sempat la bereskan semua waktu pagi..

Walaupun bilangan cikgu masa majlis anugerah cemerlang tinggal 8 orang tapi majlis berjalan lancar..yessss....kagum betul dengan cikgu-cikgu sekolah saya nie..semua buat kerja dan dengar arahan penolong kanan =)


tunggu giliran ambil hadiah


pelakon nang-nak?
cowok hangat

Banyak lagi gambar nak post...wait for part 2..i'll post the vid of their performance..esok kena balik pengkalan hulu.Cuti sekolah pun macam tak cuti. Kena susun atur kelas, cat mural slogan sekolah, buat bahan bantu mengajar pemulihan( tahun depan superb busy dengan linus dan pemantauan), tebas rumput keliling rumah..bla..bla ..bla..Belum kemas barang lagi. Badan penat sebab tak cukup tidur dan drive dalam cuaca panas terik.

buh-bai (^___^)v