Friday, February 4, 2011

Pemulihan Khas - Dam Suku Kata

The Best Thing:
* Persaingan sihat di kalangan murid
*Gabungjalin- BM & Mate
*Erat hubungan guru dan murid - aktiviti perbincangan
*Sebagai aktiviti induksi
*Membina kreativiti murid (mengenal gambar + perkataan)
*Keseronokan bermain sambil belajar
*Guru -dapat kenalpasti tahap kelemahan murid
*Guru-Puas hati dapat bina bahan bantu mengajar sendiri


bOnUSS!!

Kad Gambar dan Kad Ayat
*Aktiviti bacaan murid (individu/berkumpulan)
*Aktiviti suai padan kad ayat dan kad gambar
*Aktiviti bina ayat tunggal/ayat mudah berpandukan kad gambar

Wednesday, February 2, 2011

Wish For My Wishes

Hai..meet again.
Agak risau sekarang sebab gain weight.  A lot.
After wedding  banyak makanan lebih.
kuih  ..  kerepek ... buah limau  ... lauk pauk ...
The effective ways for me to lose weight and get a slim body adalah dengan berlapar dan banyak buat kerja.
But for now berlapar adalah mustahil.
Mungkin selepas kembali ke tempat kerja boleh turn on mission losing weight in 1 month.

I wish to have a new phone. Sebab phone lama dah rosak. Susahnya kalau ada perkara urgent tapi tak boleh call or message. And muka tak malu nak phone Nokia C3 pink kaler. Orang lain pakai Blackberry Iphone segala tapi I terhegeh nak C3 je.. pfffttttt... mestila sangat jelous  tapi tak pe..nanti I dapatkan Ipad 3G terus.
 annoyingnya dalam setiap gambar ada date stamp.

kualiti gambar ? ok je..2mpx je
dapat apa?   ceh..memory card 4G je.. (tak pandai minta lebih)
soundcheck ? mantap
tahap best ? ok la...asalkan ada henset lorrr....

Sebenarnya nak warna pink tapi dah habis. Ada pulak design ini dan warna kesukaan. Terus kata Yess! I take it!
So already fulfill one of my November wishlist!

Lepas dah habis 1 masa yang cukup susah ( u know what i meant if u read older post) mestilah ada banyak masa bersenang lenang. Mahu baca buku tapi rasanya akan lebih banyak membuat tahi mata dari menambah ilmu. Sementara masih mampu dan ada idea I banyak melukis. 
Quite boring if u stay alone in a big house. Cuma bertemankan TV dan lappy dan sketchbook dan pen.

Mahu letak watermark tapi problem pulak.
Lukis apa sahaja yang muncul dalam kepala. Even tengah lukis ternampak cicak jatuh terus lukis cicak. Gempak punya bosan.

Hangout with my mum and sis at Nando's then cuci mata yang tak berapa terang ini fridge baru.
boleh menyorok dalam ni

pics w/o datestamp: by N-C3

another pics to waste ur time. haha
dat's all for now.
 Happy Chinese New Year !!

MySisterWedding

Busy + Tired + Lazy = Tak update blog

Adik dah selamat bertunang , nikah dan sanding. Kakaknya bila lagi? Sila cari jawapan dalam buku Sejarah Tingkatan 6.

Tak perlu cerita panjang gambar di bawah proses dari awal sampai selesai majlis.






11 dulang hantaran.. tak jumpa gambar hantaran lain T__T
yaey..dah boleh enjoy..

Friday, January 28, 2011

Cuti paling awal dan paling lama.

Hei hei hei lama sungguh tak update blog. Macam macam bahan abm dah buat tunggu masa nak upload. Baru hari Khamis dan saya sudah lepak di kampung. Balik kampung awal mengalahkan raya sendiri. Chinese pun tengah kerja lagi.

Sebab hari ni pergi klinik dan dapat cuti 2 hari. hurm? sakit aper? ke pura pura sakit sebab nak balik kampung awal sebab dah 3 minggu tak balik? tak kuasa mak ngah. 

Nak dijadikan cerita pergi farmasi nak beli ubat doxymycin atau doxycycline. Tahu apa guna ubat ini? 

Ubat ni memang berkesan kalau nak surutkan jerawat sekaligus samarkan parut parut jerawat. Bila nak dekat period dah memang tugas utama jerawat keluar membuak buak di muka. Tak kira jerawat batu atau jerawat kecil bernanah. It's normal for hormon tak stabil dalam badan selain toksin dan masalah persekitaran yang boleh rosakkan kulit. Pertama kali kawan rekemenkan ubat ni ialah masa sambung blajar buat diploma guru dan masa tu jerawat batu memang bertenggek megah. Lagipun masa tu tengah tension dan penat dengan kerja dan assignment. Di Jitra ubat ni murah je. Sepapan cuma RM3 dan ada 10 pil. Makan sebiji sehari  dan dalam masa 3 hari jerawat batu yang ambil masa 2 minggu nak surut terus hilang termasuk parut parut lain pun tenggelam. Dengan kata lain ia matikan kuman. Jerawat baru jangan haraplah nak timbul. Sepanjang makan ubat ni tak ada kesan sampingan   (utk saya). Dan ada terbaca kalau makan selalu akan sebabkan gigi kuning. Saya cuma makan masa jerawat timbul je. For those yang ada maasalah jerawat kritikal cuba ubat ni dengan nasihat doktor. Kalau biarkan jerawat di muka boleh buat kita loseconfident antisocial. Like me.               Ubat ni ada fungsi untuk penyakit lain juga. Saya bukan budak medic so better stop now.

doxycycline/doxymycine
Sambung balik cerita utama. Masa minta ubat tu di farmasi si kakak ni kata ubat tu dah abis dan dan dia syorkan ambil ubat lain dan lagi baik dari doxycycline. Mahal lak tu. Sebiji RM1. Sepapan RM10.
 ubat ni ler......

Ok saya fikir cuba dulu mana tau kot kot lebih bagus. Makan 4 biji sehari. (woowww banyaknyer) lepas makan ubat malam tu dah mula gosok gosok muka. Apesal muka merenyam je ni...resdung kot. whateverla. Pastu mula rasa merenyam gatal badan. Lepas garu garu sikit meleret leret pulak gatalnya. Ini dah pelik ni.Lupakan dan terus tidur. 

Pukul 4 pagi terjaga dan rasa muka kembang gila. Tenyeh mata ..apesal kulit keras??! Lari tengok cermin  MasyaAllah..... muka ku bengkak..mata kembung sepet...alamak mati aku...camner nak pergi sekolah? Patutnya kata Yahooo..leh pergi klinik, Masuk sekolah lambat sikit.....

Masa tu sebab di rumah ..alone..cemas dan cuak. Ape nak buatx3. Benda ni tak pernah jadi dan dah 3 tahun tak ambil MC sebab jarang sakit teruk. Lepas message orang penting sekolah, pergi klinik.

Doktor: haaa..ni kenapa muka bengkak ni....ada silap makan ke..
Saya: ha'a...semalam saya beli ubat ni kat farmasi lepas tu malam tu jadi gatal gatal muka. Bangun pagi muka bengkak..badan gatal gatal macam kena ulat bulu.
Doktor: Kamu allergic ubat ni.  Ubat ni doktor yang bagi ke staff situ yang bagi.?
Saya: Staf dia yang bagi. Dia kata ubat ni lagi ok dari ubat hijau tu.
Doktor: Tak boleh ni. Kamu tak boleh ambil ubat sebarangan.Make sure ada doktor and dia yang bagi ubat. Makan ubat hijau tu tak da kesan sampingan ke?
Saya: Tak da pun..ok je..
Doktor: (Check tekanan darah.) ok i bagi injection lagi cepat dia elok. Lagipun memang teruk ni bengkak muka kamu dengan kulit pun dah merah.
Saya: Haaa!!? injection ??...(alamak) urmmm..ok la.
Doktor: Nah! amik ko!    (...kiddo...)
Doktor: Hari ni tak kerja ke?
Saya: Ha a...leh tak amik MC..(tak kan nak mengajar dengan muka merah bengkak kot)
Doktor: Boleh...
Doktor: Ubat tu jangan makan dah tau. Lepas dah baik sakit ni baru makan doxymycin tu.
Saya: Heheheheh...ok..Tenkiu tenkiu..

Kena lak pantang makan seafood ayam...huhuu..lapar nih! Lepas abis sesi membayar duit ubat, pakai penutup mulut dan pergi sekolah settlekan buku rekod mengajar dan apa apa yang patut. Cuti sekolah pula  seminggu. WEEEEEeeee..ermmm ape nak buat sepanjang cuti ek....
Moral: Hati hati semasa beli ubat di farmasi dan pastikan doktor yang bagi ubat tu. Tanya doktor habis habisan. Padan muka i n horeyyy dapat cuti.

Wednesday, January 12, 2011

hahahahaha I'm Back!!

menghabiskan sepanjang 3 minggu dengan






Aku calon SPP paling kelakar. Study macam nak jawab exam bertulis. Last-last masa interview tunggang terbalik cakap. Haiisshhhh...

Sepanjang 3 minggu tidur dengan buku dan surat khabar. Tak lalu makan dan berat turun 2kg. Semua perkara yang selalu buat dan suka buat macam tengok tv, dengar lagu, internet, membuta di siang hari terpaksa ditangguhkan sehingga selesai interview SPP nie. Lagipun saya bukan budak bijak yang baca dan dengar sekali terus ingat sampai bila-bila.

Dan akhirnya!!!! Lega dah habis interview..walaupun bagi jawapan macam tak masuk akal. bila balik rumah and fikir balik macam..'eh, ape benda yang aku jawab kat Datuk tadi? rasa macam dia tanya lain aku jawab lain.' hahahaha. Tension woh. Saya orang pertama kena interview. Harapnya lulus. Amin.
muka teruja habis awal interview.


what u need for interview ?
handbag skeeema
1 file je
kasut bertutup
 Name tag/tanda nama

Lain kali baru update. Tetiba rasa risau dengan result.