Sunday, July 17, 2011

Cipta tajuk kesukaan anda.

aktiviti hujung minggu










Pesta air di Pengkalan Hulu. Cuma 200 meter dari rumah. Tapi saya tak pergi pun.







Helikopter survey tempat mendarat. Huhuhu..Dalam setahun, sekali je dapat dengar bunyi airplane kat sini so agak ..ehem..jakun sikit..


Persediaan untuk kelas tambahan LINUS setiap sabtu. Program kelas Linus ni memang bagus tapi perancangan untuk capai objektif murid cemerlang 3M agak/memang FAIL !! Harap pihak berwajib buat post mortem untuk program ni. Please. Before it's getting worse.






Isnin - Selasa ni busy.  Selamat malam.

Ah. Happy Birthday Taemin. Harijadi yang ke 18 pada 18 Julai. Sweetnya! 

million of fanboys and girls waiting for18th July.

wow. u'r amazing.


*uweks.. gewdikkss si pedonoona. hahahaha.

Monday, July 11, 2011

1Murid 1Sukan

salam..

so..let the pics talk
 


Kami bertiga ikut shortcut. Hehehe. So we enjoy the scenery and mata melilau pandang kiri kanan takut ada anjing serang hendap. Cuaca sangat baik. It should be super cold that morning, mungkin sebab jerebu so tak sejuk and tak panas sangat. Dan pemandangan sangat perghh..amazing..u watch japan or korean drama's, u'll get the feeling. Kalau Jepun dapat 5 bintang, i bagi 2 setengah bintang untuk scenery Kg.Tasek. Tolak markah sebab kena beware takut terpijak tahi anjing. Dog's poo poo everywhere bebeh.












Masa sukantara sangat panjang. Saya dah mula boring sebab suara saya tak cukup kuat untuk panggil nama murid. Pastu kalau saya cakap pun dorang bukan dengar. Dorang macam tengah tengok filem hitam putih tanpa suara. Jadi saya pun ajak budak-budak ni main. Bukan main ape pun. Ambil gambar gaya lompat je.
And dorang sangat cool!!







Sambung lagi sukan di sekolah sehingga tengah hari..





Pratthanaa yang snap gambar lompat jauh ini. Bagus kan?





The time u want to jump like cool person in the world

EXPECTATION:


REALITY:

Monday, July 4, 2011

Random Post

Makin busy bulan ini. Bulan July bulan sihat. Program kesihatan berceretet setiap hari..dan aku juga makin sihat. Ah. Tak.Hari ni aku selesema. Esok meeting PIBG. Minggu ni ada kelas LINUS. 2 minggu lagi kena kursus 3 hari. Program senamrobik setiap pagi. My life is complete.

this is just random post.

1#
I think my life at workplace just like Korean drama..u kow rite how sunbae treat maknae or newbie at workplace or school sort of? Me just like that although I’m not maknae..maybe coz i'm newbie..or single newbie..hahaha. In one meeting they mentioned my name all the time for the task of course..everybody just like’ Nurul! nanti buat suratbla bla bla.. Nurul! program nanti nurul buat ni eh.. Nurul mana fail/surat/benda blab la bla..  Nurul!sediakan blab la bla.. Nurul nanti pergi program bla bla bla..   Nurul!    Nurul!    Nurul! and I'm  like: ‘oh..ok.....ah.....yaa…eh?saya?.......lol..suddenly I remembered hit drama Babyface Beauty. And someone noticed about this too and save me. (>_<) but I know this trend will never last.

I'M THE MAIN CHARACTER

2#
I’m glad teaching pemulihan. But sometimes I feel depressed because my pupils did not show any good performance in their classroom. Also I felt like embarrassing coz teachers would mentioned bout budak pemulihan buat hal and also bout my mentee..is it my fault for the kid behave like that? I know my pupils not good in study but I’m not the one responsible in their gen/brain/effort. Kalau dah budak tu jenis kalut, menggelabah, hyper aktif, muka tak senyum, melawan cikgu, tak fokus, degil, mimpi, bla bla bla..is that my fault? Lain la kalau tu anak saya yang saya bawa ke hulu hillir or stay with me..eventhough they spent most of their time at school with me that doesn’t mean I can change their behavior easily..they are not robot. If their parent didn’t guide them to well behaved, who am I to them? Even if they change, it will be messy or back to asal after school holiday..tsk. I know I’m not a good teacher. Aku patut sambung belajar dalam bidang kanak-kanak masalah belajar n masalah kesihatan. seriously, aku mati kutu ajar budak yang ada masalah kesihatan ni...T___T

3#
 My 3 boys,pemulihan, getting easy with me now. U know an ad of father and son’s conversation?
’ayah, itu burung apa?
‘itu burung murai.
‘ayah, itu burung apa?
‘itu burung murai sayang.
‘ayah, itu burung apa?
‘burung tu burung murai.
‘ayah itu burung apa?
   ……

Lol.that’s happen to me. Not only ONE. But three..well sometimes 4. 4 orang budak tanya soalan sama berulang ulang. Bila dah jawab diorang tak dengar. Ulang lagi. Lepas tu tanya lagi soalan sama. Saya jawab lagi. Lepas tu budak lain pula tanya soalan sama sedangkan budak yang baru tanya tadi duduk sebelah dia je.Dan dalam kelas saya pula ada saya dan 4 orang murid ni je.Tiada gangguan bunyi. Tapi kenapa tanya banyak kali. Sebab dah tahu perangai budak dan tahu diorang nak betul2 confirm dengan jawapan maka saya layan dengan jawab berulang kali. I don’t know sampai bila boleh bertahan.
Kalau anda di tempat saya anda tentu dah hempas meja tak pun tarik telinga budak tu dan jawab di telinga dia pastu warning dia ‘tanya lagi siap kamu!’. hahahahahah.


 next post

sorry for my bad engrish..muahahaha.Ah kantoi pulak aku pakai selipar. Kaki ku melecet tahu.

Sunday, June 26, 2011

miserable

my new wish


  • jadi lebih penyayang and can show it without segan n maluewww..
  • lebih ramai kawan n sahabat dan sayang diorang as my own family..
  • always be humble and smile
  • be brave
  • help people walaupun tak kenal or orang tu pernah tikam belakang
  • prihatin
  • melihat orang dengan hati bukan sekadar mata
  • help people even its hard 
  • ikhlas
  • fikir positif pada orang lain dan diri sendiri
  • only say good things
  • hardworking

my past experienced teach me to be selfish ...  arrogant ...  confused ... stubborn ...

i hope i can change before it's too late..

jiwa kacau

Sunday, June 19, 2011

Entri ini agak EMO. 18PL

Berkarat sungguh blog nih..(blame tumblr) sungguh tak ada idea nak menulis. Kalau ada pun rasa macam tak menarik sangat. Dan kalau ada pun tak boleh post lagi sebab .... sebab... rahsia. hehehe.. Lagi pun 3 bulan ni tak ada aktiviti menarik di sekolah (except teacher's day)..yup..busy gilos masa awal tahun dan akhir tahun. Jadi kehidupan sekarang cuma pergi sekolah balik sekolah dok senyap senyap dalam rumah balik kampung hujung minggu dan pergi sekolah balik sekolah.

Musykil tak dengan tajuk? Tajuk kena gempak walaupun story tak segempak manapun..(sorry saya tak pandai mengarang cerita) Nak story benda ni pasal jadi isu perbualan di kalangan kawan sekerja..

Bermula dengan seorang rakan sekerja yang bercerita pasal cikgu sekolah lain sebut pasal murid sekolah Tasek 'teruk'. Teruk tu mendalam sangat maksudnya sebab ia macam teruk disiplin, teruk pelajaran, teruk perangai teruk segala-galanya.Seorang cikgu ni kebetulan sembang dengan kawan saya dalam satu perjumpaan (baru kenal) cikgu tu cakap 'budak SK Tasek teruk betul la' lebih kurang macam tu. Kawan saya tersirap sungguh darahnya yang dah memang warna sirap tu balas balik ' Kak, saya ni dah mengajar sekolah Cina, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Asli dan Sekolah Siam..saya tahu macam mana seksanya nak mengajar budak yang sekolahnya 100% budak Siam tapi dalam kategori SK!'  Bagus betul kawan sayer sorang ni...kalau saya kat tempat dia maunye terdiam terpaku terblank balik rumah baru mulut ringan je nak balas balik. 

Memang diakui cikgu Sekolah Tasek dan cikgu cikgu sekolah di pekan ni bahawa budak budak siam dari Sk Tasek agak teruk bila jejak  sekolah menengah..masa sek rendah baju sekolah comot...muka berpanau sebab banyak main panas..gemuk...pendek...perangai masya Allah..kawan depan mata pun bersembang macam menjerit....yang tak kenal abc..apatah lagi baca dan mengira...


Tapi ada banyak perubahan bila diorang melangkah ke sek menengah..Yang perempuan dulu comot..pendiam dah jadi angsa cantik tinggi lampai dan peramah...paling ketara perempuan sebab masa sek rendah memang tak lawa. tapi bila ke sek menengah..perghh....come lote mu nih......yang lelaki pulak dulu buncit demok dah jadi kurus tinggi tegap kacak bergaya..(diorang siam maa....cun weh) pernah terserempak dengan ex student pemulihan di pekan dan mata i memang tak leh blink...kikiki..

Pada masa sama yang perangai hantu dulu akan dibawa ke sekolah menengah..diorang dah ada klik sekampung perangai hantu dapat pula kelas hujung di sek menengah tak ke menambahkan sekutu ala ala Crows Zero?

                                              (saya suka ke3 dari kanan.harap maklum)

Yang si perangai yang agak 'kureng' ini tidak tahu baca menulis mengira...tapi diorang still sambung belajar..Ramai juga terkandas sebab bosan asyik kena marah dengan cikgu, tak boleh buat kerja sekolah atau kerja kursus sebab tak tahu baca dan tulis baik ponteng sekolah cari duit belanja ataupun berhenti sekolah cari kerja. Life must go on. Jika si perangai 'kureng' ini tidak berhenti maka mereka akan membuat onar di sekolah. maka cikgu cikgu sekolah tersebut sakit jiwa sebab terpaksa tahan perasaan dengan mereka ini. (fahamkan di sini - student buat perangai-cikgu tegur-student hancurkan kereta cikgu-cikgu tak boleh buat apa apa-cikgu sedih-tekanan perasaan) Perkara ini berlaku almost everyday in every school but media just highlight cikgu *****,etc...

Dan komen cikgu yang mengatakan budak Sk Tasek teruk ada benarnya tetapi perlu  lihat dari perspektif  budaya hidup murid 'teruk' itu di kampung Tasek sebelum membuat andaian negatif. Boleh jadi kerana satu ungkapan menyebabkan ramai salah faham kepada murid SK tasek dan guru Sk Tasek sendiri. Mereka akan andaikan guru Sk Tasek tak mengajar..bermasalah...tak pedulikan murid padahal kami mengajar separuh mati.

Perkara Pertama: Bahasa
Bahasa memang jadi satu masalah sebab BM adalah bahasa kedua di kampung Tasek. Pertuturan seharian ialah Bahasa Thai. Contoh: bila mengajar kena cakap seringkas dan semudah yang mungkin. Kalau kau mengajar dan cakap' Menuntut ilmu dan menjadikan ilmu sebagai pelita hidup, maka kita pasti akan berjaya menjunjung aspirasi negara dan menjadikan kita generasi yang boleh memimpin negara pada masa akan datang' maka kau akan mengalami strok 5 minit lepas kau habis berkata-kata. The truth. Contoh 2: hari ni kau ajar eja 'itik' dan kau tunjuk gambar itik yang kau bangga downlod dari google image. Student kau boleh baca dan ingat. Lepas tu kau bagi latihan dan gambar itik tu lain sikit dari apa kau ajar tadi.





Maka kau kena bersedia menerima soalan bertalu talu dan berulang ulang sehingga seminggu.

Perkara Kedua: UPSR
Kenapa result sekolah kami agak 'ehem' dibandingkan dengan sekolah lain? Sebab murid menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan mereka BUKAN Melayu 100% tetapi kami kategori Sekolah Kebangsaan. Soalan UPSR untuk SK dan SJKC/SJKT adalah sangat berbeza. Soalan SJKC/SJKT adalah sangat mudah yang mana kalau murid Siam jawab memang boleh score 5A tetapi kerana kami taraf SK maka soalan adalah sangat sukar difahami oleh murid Tasek. Masa mula posting dan kena jaga UPSR SJKT memang saya terkejut tengok soalan BM mudah betul. Macam soalan murid Tahun 3..Rupanya bila check kertas soalan SK..isk..isk..


Perkara Ketiga: Budaya
Tak dinafikan walaupun Kampung Tasek bersebelahan dengan kampung Melayu gaya hidup memang berbeza. Memang la berbeza sebab kalau kampung Melayu ada masjid boleh dengan orang mengaji dan azan. Tapi kampung Tasek ada wat dan tok sami baca doa. Kampung Tasek ni pulak 100% Siam,Cina,Asli dan India. Jadi bila diorang boleh guna bahasa Melayu dengan  betul? Selain tu budaya sini tak anggap belajar tinggi tinggi tu penting. Yang penting pergi sekolah lepas tu kerja bina rumah atau motong getah. Belajar dan pergi sekolah hanya untuk cukup syarat hidup. Kami di sekolah mengajar macam nak keluar anak tekak tapi murid dah set dalam kepala 'tak payah belajar bagus sangat pun-yang lain tak belajar pun dapat hidup macam best je'. So adakah kitaorang just give up je dengan murid yang ada masa depan cerah tapi tutup kecerahan tu sebab silau sangat? (melalut).. No.

Jadi tak perlu memberi andaian negatif.

Walaupun diorang macam tu tapi diaorang ada adab sopan yang tak ada pada budak Melayu di sekolah.
Walaupun diorang macam tu diorang hormat guru.
Walaupun diorang macam tu diorang cuma budak yang mencontohi persekitaran kehidupan ibu bapa mereka.
            
emo bukan? tak ke...tak pe ah...




selamat malam (^ ^)



eh dah pagi (~ ~)