Tuesday, February 21, 2012

Minggu yang Hellzzzzz

ok. Berakhir sudah minggu busy.
Sangat busy kay.. Tapi tiap kali benda x best datang mesti mulut ada sebut juga  'nasib baik...'

Siapkan sebuah fail makan masa berhari-hari.. inikan pula berfail-fail. Sebenarnya fail pemulihan sangat banyak tapi ntah kenapa fail aku tahun ni macam sikit je..hmp. aku tak study.

kalau nak bandingkan dengan cikgu KSSR lagi la bertimbun fail. Nasib baik aku guru pemulihan. lalalalala.
Kelas dorang pun penuh fail je. Dah tak da rupa kelas dah ni. Dah macam pejabat lak aku tengok. Sebab cikgu sekolah kurang murid ni sikit so tiap sorang cikgu pegang banyak jawatan. So, 1 jawatan dalam 2-3 fail dan lebih.. kadang2 aku teringin tengok camne style kerja cikgu2 sekolah besar ..

kalau cikgu sekolah kecil pikir:
' ala..cikgu sek besar ramai..so jawatan tu boleh bahagi sorang sikit...beban kerja pejabat kurang sikit'..

cikgu sekolah besar fikir:
'ala..cikgu sekolah kecik tak de hal..budak sikit senang nak control..jawatan pegang pun bukan ade ape sangat..mesti banyak relax...'

err..no comment.

Minggu ni mengejar masa siapkan fail dan kelas. Tension berganda bila masa yang ada tapi ada meeting. Tension berganda bila fail lebih penting kena buat tapi tetiba kena suruh hias dinding. Kalau fail tak siap kena marah dengan pemantau, kalau dinding tak siap  kena marah dengan _ _. OK.aku gembira sangat.

Tidur malam tak lena pikir benda apa lagi tak settle dan rasa malam tu nak tidur kat sekolah je..wah..semangat itu amat mulia. Sabtu ahad cikgu2 berkampung di sekolah pagi ke petang.

eh eh menawan betul fail pibg itu

and oh saya update juga kelas pemulihan ..'nasib baik' pemantau datang...kalu tak kelas aku mesti tak berupdate...

thanks Lurvely Lin sebab bagi info bahan.. Here


Bertambah debaran sebab pemantau ada di sekolah jam 7.00 hingga 12.30 tgh hari..nasib la kan kalau dia nak masuk kelas ataupun tetiba dipanggil dan kena jawab pasal fail..

'nasib baik aku tak kena'

fufufufufu

ok. pemantau masuk kelas aku dan tanya pasal LADAP. Tiba-tiba aku lupa sebab aku bajet dia tanya pasal pemulihan. hahhahahah. ok. itu saja. lalalalala.Muka blur aku terserlah di situ.

dan horreeehhhhhh!!!...malam tu tidur lena!!!

harus la aku celebrate dan qada makan!

 soup..y u so oily?  y u no like me?



Tuesday, February 14, 2012

huru hara hari hari

minggu depan ada pemantauan

semua cikgu stress

kemaskini fail, kelas, sekolah...

huhuuuuu..


banyak nyer kerja..xde mood sebab kena tegur tadi...zasssss!!!

ahh! xde masa nak feeling2. Hari nie kemas kini fail2 sampai muntah.

bye.



dan berlambak lagi....sobs

Monday, February 6, 2012

random

aku sepatutnya sedang kemaskini fail pibg

aku sepatutnya siapkan data murid

aku sepatutnya buat bahan mengajar

aku sepatutnya berjoging

tapi....

dah lama tak conteng.bye.


Sunday, February 5, 2012

Oh Volleyball

i'm back!!!

Balik awal sebab kalah.hahahaha.
Berkumpul di Gerik katanya 2 petang. Jam 2.05 dah terpacak di situ. Tapi awal awal lagi dah tau mesti gerak lewat sejam. Jangkaan ku tepat. Tepat jam 3 bertolak dan sampai di SMKAB jam 5.30 ptg. Not bad.

Sepanjang pjalanan cuaca panas terik dan bising. Budak2 Tasek ni stail dorang cakap macam menjerit. Walaupun kawan tu dok sebelah dia je. Cuping telinga mesti tebal untuk survive dalam kereta ni. Dan mesti bersabar sebab dorang pasang lagu siam sambil berkaraoke. Orang yang first time jumpa and talk dengan dorang mesti ada rasa 'awwww...anyonyonyoooo sweet nye budak2 siam ni...best nye dapat dengar dorang cakap siam..bla bla bla......' (aku dah biasa dengan reaksi ni)



Budak2 nie jugak alergic aircond. pffft. Aku cuba bersabar dengan panas maksima tu tapi argghhh!!! pasang aircond. Tak sampai 5 minit semerbak bau minyak cap kapak. Cissss!! Dah tu pulak kena layan budak2 yang excited dengan tegur setiap benda.

'cikgu! ada binatang mati kena langgar!
'Cikgu! hujan leeww..'
'Cikgu!Kenapa cikgu lain tak ada di belakang?
'Cikgu! potong kereta tu cikgu!
'Cikgu! Cikgu!Cikgu!

3 jam perjalanan. Seribu soalan. Jangan cuba tanya soalan balik pada dorang. Cuma jawab 'hm'  'entah' 'ok' saja untuk selamat.  fufufufu.

Selesai pendaftaran dapat dorm tingkat 3. Emm..not bad. At least ada gak aku bersenam naik tangga. Unfortunately kongsi dorm dengan student and guru sek menengah. Bayangkan serabut dan bersepah dan bodies berteraburan. Malam pertama aku menyumpah. Betul2 tak selesa walaupun aku ada katil sendiri. Kalau orang yang dah biasa bergelimpangan memang la tak de masalah. Mungkin sebab aku biasa dengan privacy so secara tak sengaja aku terbagi renungan membunuh pada setiap sampah, barang atas katil, tilam cadar selimut atas lantai, botol air dan  dalam dorm sempit tu suasana bising macam tengah berdiri di pasar malam. Malam tu langsung tak leh tidur.No words can described my feeling. Kenapa la cikgu sek men ni tak cari inisiatif cari dorm lain. Kenapa la aku tak beli mp3 so aku tak perlu dengar kebingitan ini. Whatever.


Next day game mula tengah hari. Bawa budak2 ni pergi Tesco. Tengah enak pilih roti tetiba ketua call "mana players? game dah nak mula ni? Eh, bukan pukul 12.30 ke?? Taklah!jam 11 dowh! NOW! Aku berlari dalam Tesco cari budak2 yang entah ke mana. Mesti securities tengok gelagat aku dorang gelak tebahak2. Loser. Terus pecut ke stadium. Kesian. Tadi ada di Tesco tetiba ada dalam gelanggang. Tak sempat warming up pun. 

Kalah.

Tapi tak leh balik kampung lagi. Ada 1 game lagi next day. Bayangkan 1 hari 1 game je. kat sekolah tu tak de kedai jual makanan. Budak2 asyik merungut lapar. Nama pun budak mana leh duk diam. Aku balik dari toilet dorang dah berdiri atas katil 2 tingkat nak main terjun2. Ape kah magik ini. Tak cukup itu dorang main kejar2 dalam bilik. Lepas tu sembang, lepas tu makan lepas tu bising. Nak bawa dorang main kat luar panas terik, dah tu lak mana leh aku dok dalam bilik biar dorang main kat luar. Macam biar anak ayam dimakan musang. wah wah.

  Pratthanaa tetiba suka sangat pakai tudung. Pergi makan di kantin pun pakai tudung.

suksuni: Cikgu, tak panas ke pakai tudung?
 le me: kadang2 rasa panas. tapi bila dah biasa tak rasa apa pun.
suksuni: saya tengok cikgu pakai rasa panas lauu..cikgu pakai lagi panas lauu...memang tak panas ke? (tabiat dorang tanya benda sama banyak kali)
le me: panas lagi api neraka.
...


Nasib baik next game 8 pagi




maybe it's time for a new camera.

best betul tengok sek men hulu perak main. Tak minat volley ball pun leh jadi suka. dorang menang.

sebelum balik ronda ronda kota raya dulu. 



yeah, selamat sampai di sk tasek jam 6 petang. Aku sambung drive balik kampung. Sampai rumah terhoyong hayang macam orang mabuk.

sekian, nite!.




Wednesday, February 1, 2012

go go


Hari ni bertolak ke Manjung. Perlawanan bola tampar peringkat negeri. Aku kalau tak bawa semua beg memang tak sah.

bye.

Tuesday, January 24, 2012

ihae doeseyo?

salam,

lamanye tak update blog. Sebab tak berapa rajin. Idea ada tapi tak tercapai jari ku menaip entri baru. huhu.
saya cuti seminggu. Sekolah ambil cuti peristiwa dan cuti tambahan 2 hari. yahuuuuu.... menimbulkan rasa jeles di hati bapa dan kakak ku kerana diorang kena sekolah. yahuuuuuu..untung sekolah siam..semua raya mesti cuti.

minggu depan kena jadi guru pengiring bawa pasukan bola tampar ke peringkat negeri. Again. Baru nak gembira sikit sebab ingatkan ada duit lebih dengan gaji baru tapi akhirnya ditangguhkan. Huuuhuuu..Bajet kurang bulan nie.tsk.

sedang berusaha realisasikan azam 2012. err baru  2% ..ngehngeh
Dah semakin gemuk. Bencinya.

 nite.bye

Monday, January 16, 2012

random



menumpang di library.
doktor gigi tengah pinjam kelas pemulihan untuk buat rawatan.
reward my pupils with games on ipad ..kalau tak buat perangai dan siapkan kerja.

Monday, January 9, 2012

it's monday,monday gotta get down on monday

 lagu ubahsuai dari Rebecca Black

rasa macam pelik sangat sangat...sebelum nie setiap awal tahun kalut dan semangat gila nak buat bahan mengajar... tapi tahun nie tak buat apa langsung.. mungkin sebab bahan dah banyak..(banyak ler sangat..tuih) lagipun bahan pameran  bertempek di dinding dah penuh...huhuhu.. 

lagi pelik sebab aku datang sekolah tapi tak mengajar sangat...eeeiikkkkk..makan gaji buta hapee... murid pemulihan dah kurang..tahun 4 - 3 orang murid je..tahun 5- sorang je itupun masuk time matematik...tahap 1 takder..ada sorang je LINUS tapi dia di bawah guru kelas tahun 2...2 murid Tahun 6 tak dibenarkan masuk pemulihan sebab kena brainwash...dalam jadual bukan main lagi 33 waktu tapi kelas kosong...ala...tak sedap hati cikgu2 lain lalu lalang depan kelas tapi kelas aku kosong...tak best nya!! (lagi tak best kalau aku kena buat kerja lain plak)

baiklah! tak de kerja cari kerja!
misi kali penuhkan lagi dinding sampai cicak tak leh lalu.. wakakaka..

semalam shopping di kompleks Seruntun Maju di sempadan Thai Malaysia..nak masuk ke Betong kena buat border pass lak ..leceh. Rupanya beberapa hari ni ada kes so dorang dok check betul2 suma kereta kuar masuk sempadan. leceh ah.. 


lepas ni nak shopping coklat langkawi dan perfume tak payah pergi jauh jauh dah. Sini pun boleh..gila 5 tahun dok sini baru kali ni aku masuk kompleks seruntun maju.. lol

100 meter dari kompleks tu lak ada banyak kedai Siam yang jual baju, skirt, kasut, beg, seluar, toto, buah2 n kerepek segala macam barang serupa kat Padang Besar. Yes jimat duit daripada pergi jauh2 kat sini pun dah cukup..dah la baju lawa2 giler..saiz aku lak tu..huhu.

nampak sangat aku ni tak keluar tengok dunia kan?


Wednesday, December 28, 2011

Be nice to me 2012

Goodbye 2011 .. Welcome 2012

Ape yang aku dah buat sepanjang 2011 nie..
Sebelum tutup sejarah tahun 2011 sukacita nya aku nak mencatat perkara best /tak best aku lalui 

-          Tahun nie banyak kali aku menangis
- Stress stress stress
   -Interview SPP. Tension. Study sampai muntah. Tak leh tidur. Tak lalu makan. Tension. Tension. Tension nak mati. Leh katakan aku asyik menangis sebab terlampau risau dan tension. Sadis.
-          LULUS SPP.
-          Jatuh tangga di sekolah. MC. Salah makan ubat kulit bengkak. MC.
-          Dapat pindah rumah tapi belum berjaya beli rumah sendiri. Cis
-          Accomplish 2 wishes
-          Berjaya drive ke KL! One of my wishes(^^,)
-          Stress kerja. Menangis lagi.
-          Ada Farel! Syok nye dapat main ngan Farel.
-          -Berat badan turun ke paras ideal. Syoknyer… tapi school holiday dah hancurkan ‘impian jadi kenyataan’ ni
-          Banyak kali 'putus cinta' lololol

KL here i come.

walaupun dah biasa drive alone or with family ke Kuala Terengganu, Jitra, Tanjung Malim, Ipoh, Penang, Shah Alam tapi tak confident nak drive di KL. Selain jalan bercabang, kereta yang banyak, tol berderet, kena alert dengan signboard..wow..bilakah aku dapat drive di KL dengan rileks dan cool?   

Tapi year end sale harus celebrate di KL..aiseh macam mane ni? naik bas? tak mungkin

sebab terlalu concentrate pada gps and travel guide so tak tersembur dari mulut ku untuk minta adik amik gambar kami bershopping.

and lepak di Easycafe Tanjung Malim
chocolate strawberry ice blended and chocolate peppermint ice blended

Hari ni shopping lagi..Menghabiskan sisa sisa wang dalam bank. Bulan depan boleh buat muka miskin kat mak abah.

bought this at Daiso! Daiso Jusco Rawang




Wish u a Happy New Year!




me celebrate new year with internet and food. tsk.



Friday, December 16, 2011

update la weii




Tak update blog sebab asyik ber-tumblr.
lukis guna sketchbookXexpress on ipad.
lol

Saturday, December 10, 2011

Wednesday, December 7, 2011

Random

yeah.

1 Disember dah pindah rumah. Sebelum ini duduk di kuarters . Atas bukit . Tepi hutan.
Sekarang dah pindah ke kawasan perumahan. Rumah banglo. Masih lagi tepi hutan. 

Hurreh!! Rumah yang besar. Banyak barang kelengkapan penginap dulu tinggalkan. Save budget. Tuan rumah pula sangat baik hati sediakan langsir semua tingkap, cadar..etc dan repair barang rumah yang rosak. Hurreh!!

Minggu ni bertugas di sekolah. Jadi diarahkan untuk mengecat semula lukisan dinding yang dah luntur warna.  Selain mengajar, cikgu juga merupakan tukang cat bangunan. Makan masa 3 hari sebab buat sorang2.. T___T





Dah tak larat. Sakit pinggang. Esok dan lusa ada taklimat di Grik. bye.




p.s: congrat Bura dan isteri dapat baby girl!!!  Jaga baby baik2 tau..nanti auntie angah bagi hadiah..hehehe