Monday, August 12, 2013

Family Day at The Lereng



sabtu lepas keluarga belah mak kami berkumpul di The Lereng.. last post here.

oleh sebab hujan, air kolam agak keruh..huhu

























 mom, please don't look at me like that



Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya!



Selamat Hari Raya 

dan 

Maaf Zahir dan Batin 



to all my dear followers and readers...

agak busy sejak akhir akhir ni.

 gonna update soon!


bye!


Wednesday, July 17, 2013

Makan, makan dan makan



kali ni cerita bab makan. sebab aku tak de tajuk best nak dikongsikan di blog selain daripada entri yang semakin lama semakin berkurang.. ah sedehh. dulu kemain lagi 'aku nak beli kamera baru so aku boleh post gambar best dalam blog' tapi akhirnya kamera tu tersorok diam menanti tuan nya melatih bakat terpendam lah sangat yang tak kunjung tiba tu. of coz tuan kamera tu sangat berhasrat mengambil gambar persekitaran, malang sekali kehidupan dia sangat awkward. 

maaf jika korang tak paham perkara di atas. fikiran aku runsing sekarang. balik ke tajuk asal pasal makanan. yuhhhuuu




antara tempat makan feveret ialah western food di Baling. amboi duduk kat Perak, lepak kat Kedah giteww.. baru2 ni western food ni dah tukar owner so macam ada banyak pilihan western food weee aku paling suka western food. nampak tak ayam seketul tu? namanya chicken blue coral dan aku tak jumpa plak blu coral dan dalam ayam tu ada sebatang sosej yang besar! ayam seketul tu pun dah besar jumpa pulak treasure dalam tuh nak termuntah kekenyangan. tapi nyesalnye makan benda berat ni order plak nescafe supreme yang betul2 kaww...minum benda bersusu ngan ayam = muak. lupe lak gitau aku selalu pergi lepak luar negeri  dengan kak Hani. kalau order makan mestila penuh meja walaupun hanya kami berdua. kuhkuhkuh

Selain western food yang bersebelahan dengan perpustakaan Baling ni, kitaorang lepak makan di restoran Oishiin ..western food jugak..best. lain kali aku pergi, aku amik gambar.



pizza hut juga sudah wujud di Baling. maka 2 hari sebelum puasa marila menjamu perut. dan macam biasa kami 2 orang order penuh meja




selepas order macam makan untuk 5 orang, kami berbincang tentang kerisauan berat badan kami yang kian bertambah, baju yang tidak lagi muat, perlu shopping baju lagi dan cara untuk menguruskan badan dengan cepat...

selepas mendapat jawapan dan makanan pun sampai, kami makan macam kami ni underweight. lalalalala.sangat mujur pihak restoran tak sediakan meja yang lebih besar.


next is kuih....kuih ..ermmm..dah lupa nama. biasanya kuih ni warna kuning tapi aku cakap kat mak, ala boringnye warna.... tak kuning mesti hijau. so kami buat macam main masak2. lalalala



 kononnya nak buat warna purple tapi terlampau dark purple. and so pink and marble pink!


 pernah tak korang makan daging cicah air asam? it taste so delicious! biasa orang sini buat kenduri guna menu simple ni je. aku tak tau la plak asal mana makanan ni tapi serius sedap and sesuai untuk orang berdiet tapi perlukan daging dalam meal (aku) . nak buat pun simple bangat huhu suka3. just rebus daging sampai empuk pastu masukkan sengkuang. sengkuang tu sebagai pemanis sup daging tu. lepas tu buat air asam - bawang, tomato,cili, asam dll .. first time aku makan masa pergi kenduri toktam aku..siap tambah daging lagi. ugh sedapnye ( ^ ^,,)





k bye.







Sunday, June 30, 2013

a cake for monkeys




so .. adik aku merangkap chef yang sedang berlatih pulang ke kampung... dengan janji manis berbaur ugutan 'angah, beli tengkuk ayam balik nanti, kalu tak aku tak mau masak chicken chop kat hang' maka aku pun berusaha beratur lama di kedai makan Ainn semata mata untuk mendapatkan tengkuk ayam tersebut. tak lah aku kemaruk sangat chicken chop tu, tapi dah orang nak masak untuk aku kannn...muehehehe


dan sepanjang beberapa jam di rumah banyaklah request nak makan itu ini maklumla ada tukang masak gagaga akhirnya adik aku tu cuba masak kek kukus yang dia tak penah buat pun sebab resepi kek kukus tu kak aku yang pergi belajar dan buat...best kan. maka bergantunglah adik aku tu pada nota resepi yang tiada nota kaki pun sebab kak aku ni dapat nota dia tak suka conteng2 kot, kata mak aku.









expectation:







reality:


nailed it



tak 



berapa



 sedap.




tau tak ape berlaku pada lebihan kek tersebut? mak aku bagi kat monyet jalanan. sudah tentu selepas ni monyet2 tu demand nak makan kek pulak. hmmm..










Wednesday, June 26, 2013

serabut








aku give up. arghhh!! 
tak de mood nak update. stress datang lagi. biarkan aku nomnom kejap.ughh nak makan pun pikir banyak kali. baju banyak tapi boleh tengok je tak boleh memakai. menyampah.



Monday, June 10, 2013

Kulit oh kulit



hamboihhh berdebu sungguh blog nih. hidup aku terlampau membosankan untuk dikongsi di blog. cuti sekolah 2 minggu? yeah aku cuma ke Bukit Tinggi je. tak sanggup aku nak keluar rumah mengenangkan terik mentari perghh..tak sanggup. tengah bersiap pun menitik peluh inikan pulak menapak di luar. lagipun Farel ada di rumah yuhuu best main dengan Farel.


setelah beberapa lama menggodek perut blog aku dapati ramai yang link ke ubat jerawat... hmm aku patut buat review skit pasal produk yang aku pakai sekarang

pertama sekali habaq mai kulit aku tersangat sensitif, tak tahan panas sikit terus kulit merah. kalau lama pulak terus hitam berjelaga. garu sikit muka dah merah.nak tambahkan lagi sensitif naik jerawat lepas tu bernanah dan berparut. sedih tau. 


aku juga ada resdung. makan ayam lebih had, naiklah bengkak dan gatal2 kulit muka badan. jerawat pun same ah. lagilah jerawat tu bertambah kebal. dulu aku tak tau nak budget makan ayam banyak mana supaya tak bengkak. chewah makan ayam tiap hari tu. tak juga, lauk ayam ada banyak masa raya atau musim kenduri. jadi sebagai seorang yang appreciate makanan sudah tentu peluang tidak akan dilepaskan. tapi sekarang dah ok sikit kot.


sebelum ni aku post pasal ubat antibiotik doxymycin/doxycycline..aku dah stop makan ubat tu. sebab aku perasan ubat tu dah macam tak berkesan kat aku. lagipun kan kecoh ari tu antibiotik yang imun dan jadi racun pada sistem badan? tapi tak nafikan la antibiotik tu memang berkesan. lepas tu aku dok pikir ubat ape lagi yang boleh kecutkan jerawat ni...dulu aku penah pakai Topicil dan sabun acne aid



cr pics: as tagged

tapi topicil susah nak dapat kat farmasi dan harga mahal dalam rm40 (dulu). acne aid ok gak tapi kena jerawat pedih skit...(dua dua produk pedih sobs) isk isk bukan senang nak hilangkan jerawat nih. lagi2 kalau kulit berminyak, sensitif, orangnye plak tak berduit nak ke dermatologist kat korea nun so terpaksa lah aku menyembunyikan diri di rumah mengelak sang matahari dan manusia yang tidak paham penderitaan kulit ku. pergh.

lepas tu makan vitamin c. ye dulu aku tak heran sangat dengan vitamin2 nie..tapi setelah baca review orang berkulit mulus ghupenya makan vitamin c. lepas sebulan makan nampak sikit perubahan kulit aku dah kurang masalah.tak tau la kalau aku sorang yang perasan kan. aku suka vitamin c yang kunyah2 tu sebab boring tak de cokelat yang boleh ku kunyah, aku kunyah je vitamin c tu. lol jk. tapi jerawat still there cuma kadang2 je naik banyak.

lepas tu aku beli clindamycin lotion T3. sama macam topicil. harga 2 bulan lepas rm26 je. tapi 2minggu lepas adik aku beli rm34.whatdafish

 erm pada pendapat aku not bad la produk ni...jerawat cepat kecut. tapi benda berasid campak kat muka bersirap la juga darah kan. ok demi kulit i tahan je.



lepas jerawat kurang banyak la pulak parut kelihatan. mulanya adik aku pakai bio oil.aku pun pakai la jugak n parut berkurang cuma aku tak berkenan sangat sebab melekit. bila pakai malam nak tidur melekat plak kat bantal. so aku pakai mederma bila sapu n gosok2 tak melekit.aku pun tak lah rajin sangat nak menyapu segala gel krim kat muka waktu malam.mungkin atas sikap aku tu menyebabkan parut lambat sikit nak hilang. muahaha.


sekarang jerawat n parut kurang la berbanding dulu. cuma masalah sekarang ialah large pores. bila sapu foundation kena belek muka betul2 kot2 ada foundation tak rata dan sangkut dalam pores tu. sedey tau. aku harap mak andam aku alert tentang ni. selain tu wrinkles juga mengganggu hidup aku. hmmm...ada cadangan produk yang best tak? huhu bye