Saturday, November 16, 2013

last days school 2013


Dalam minggu terakhir sekolah, masa itula buat lawatan, mesyuarat akhir tahun, hari anugerah, program alam sekitar, perkhemahan and jamuan akhir tahun. we are super busy.


 program alam sekitar by pertubuhan NGO.. it was fun tapi tak sempat join sebab tengah mesyuarat.


 kadang kadang aku rasa aku pekerja pejabat. next year kena tambah almari fail dan whiteboard utk list program-program sekolah.







 omg.apesal aku excited sangat.



yeay, tamat sudah sekolah 2013. okay tahun ni aku tak ada pencapaian yang membanggakan -__- . try again next year.bye.




Lawatan Ke Alor Setar


Isnin lepas  zon aku buat program rimup jalan-jalan ke Alor Setar. Destinasi pertama, Istana Anak Bukit. Best woh sebab bukan semua rombongan dapat masuk istana ni. Paling kurang pun depan pintu pagar tak pun pusing keliling istana je. Rombongan aku dapat masuk dalam kompleks istana,dewan santapan,tandas diraja (hehe-cantik woh) dengan zoo diraja. 


 penerangan daripada pegawai istana. 



baju aku yang oversize dan pertambahan berat badan yang isk isk..sampai ke tengah malam aku cuba jahit bahu baju yang menggelebeh tapi tak berjaya. baik aku tidor.




 dewan makan tetamu

dewan makan diraja






lepas tu ke pusat sains




 muzium padi




 makan tengah hari di wisma kedah

Menara Alor Setar




yeah, that's all bye.






Tuesday, November 5, 2013

jom ler shopping



assalamualaikum

tadi kan..tadi kan aku g shopping.

cuti deepavali aku tak balik kampung. Jadi otak aku beku sekejap walaupun hari deepavali tu aku ke lenggong sebab ada program bahasa. otak aku macam cair sikit bila aku keluar g shopping. cadangnya nak tengok wayang tapi rasa cam awkward plak sebab aku sensorang je..(T__T) sob sob.. baik aku shopping.



 bestnya kalau aku ada bilik penuh kasut macam ni!!!


 rembat kasut yang ada sale je. harga asal 90.00 tinggal 53.00 dan 55.00 jadi 27.00 rembat jangan tak rembat. pakai ke simpan ke belakang kira..muahahaha


voir pun tengah lelong baju,seluar,aksesori tapi biasa la baju semua untuk budak darjah 6 ke hape..susah betul nak cari saiz aku..70% diskaun rugi la tak beli. maaf gambar tak best.


yang kelakarnye, aku masuk burger king..ala biasala faveret aku kan. tak beli menyesal plak.dah la tengah boikot mcd nih. baru melangkah masuk sambil tangan aku dok raba dalam handbag nak amik dompet tetibe budak dalam 6 tahun kot pandang aku pastu hulur tangan. aku pun 'eh budak ni nak ape?duit ke? oh nak salam kot.' aku pun hulur tangan,dia siap salam n cium tangan aku. lepas tu lari kat tempat duduk famili dia. semua orang dalam tu dok tengok aku tercengang. apehal.


k.itu je. bye.








Friday, November 1, 2013

Kerja kerja kerja


assalamualaikum

busy sekarang ni. bermula dengan kursus selama 4 hari..sedia bahan untuk taklimat ibu bapa..hari sukan..hantar data.. kursus lagi.. hantar data lagi..dan hari cuti ni sepatutnya siapkan rumus data,laporan,update blog pibg, prestasi tahunan, minit mesyuarat tapi aku dok melangut depan tv. dah tahu kerja banyak tapi rasa tak mau buat. buruk perangai.


aku bukan la budak cerdik nak ingat pelajaran masa sekolah rendah dulu sampai sekarang. tup tup kena kursus muzik. perghh. berbelas tahun tak pegang rekoder kena main rekoder, baca nota muzik dan nama alat alat muzik. terbengong sekejap sebab semua sumbat dalam 3-4 hari. tapi dorang semua sempoi dan presentation dalam bentuk persembahan gerakan..ok la tu daripada kena bercakap..kuang3..akhir kursus siap karok n celebrate besday cikgu and JU lagi..



latihan beza huruf b,d,p,q

 lepas tu kursus pemulihan plak..member batch maktab dulu dah jadi JU..aku jugak ke laut..kuh kuh..ramai cikgu pemulihan dah lanjut ke Master..inshaAllah giliran aku buat master menyusul..amin.  


dorang cerita kalau buat bahan kad perkataan jangan buat kad yang bercorak bagai. Kalau boleh biar kad simple gila sebab corak2 tu mengganggu perhatian dan tumpuan murid nak baca. Kadang2 kita cikgu2 ni syok je buat bahan cari gambar kartun bunga kalau boleh semua gambar nak sumbat tapi budak yang lemah memang sakit mata dan kita sakit jiwa bila budak tak boleh ingat apa yang dia baca sebab budak bagi tumpuan pada corak2 tu...


lepas tu kalau hiasan kelas pulak, jangan tampal segala bahan di bahagian depan sebab ganggu tumpuan murid bila kita mengajar guna blackboard, mata murid pandang keliling blackboard sebab banyak bahan keliling tu..kalau nak letak, kena letak jarang-jarang...jangan rapat2 dan padat.. macam kelas haku



jumpa thiraphat masa gotong royong hari sukan.. budak yang masa dulu aku dok kapok, geletek, rotan, cubit, sampai dia pun tersasul panggil aku 'mak' , dah besar tinggi...tapi sayang dia dah berhenti sekolah menengah sebab lemah 3m.... masa sekolah rendah dia tak pernah ponteng walaupun teruk kena marah, esok tetap datang sekolah..aku rasa sikap dia sama macam di sekolah menengah..tak pernah ponteng..dalam ramai2 murid aku, aku paling kagum dengan dia..walaupun dia tak tahu baca tapi sikap dia bagus gila..dia tak peduli orang ejek dia tak tau baca, tak pernah ponteng, dengar cakap, bersopan, jenis tolong mak bapak, rajin...isk isk sebak plak..

tak apalah thiraphat...bill gates pun tak abis kolej.as long as thiraphat tak buat benda jahat (i know u won't) pandai cari duit (buat rumah) and happy, that would be enough.