Sunday, May 25, 2014

hari guru ^ ^,


tahun ni hari guru sambut sangat2 sederhana. yang penting semua cikgu murid enjoy dah cukup.





 me at the back: soon....soon..hahaha












Thursday, May 15, 2014

mural




 
 damn. salah eja. gambar mural kebanyakan aku ambik kat google je.kalau guna idea aku sendiri alamatnye dah macam vandalisme.

 tulisan equality tu sebenarnya nak tiru stail choccywoccydoodah.malangnya tak menjadi. penah tengok tak ? ala rancangan kedai kek kat Brighton..yang sorang ensem bernama tom yang tulis atas kek dengan tulisan yang best2 tu..


haa...tulisan macam ni la kononye aku nak buat. ape kan daya tulisan aku tak berseni. tulisan aku century gothic je.

 gambar sebelah kanan ni 2 hari siap. buat masa budak2 tengah jawab peksa. gambar ni pun google jugak. mural sebuah rumah kat korea.  lepas tu aku tambah awan2 so boleh la budak baca nilai-nilai murni. tapi aku rasa dorang tak baca.


kalau luntur nak touch up balik..isk..isk



k aku busy.bye.








Tuesday, May 13, 2014

masak memasak



dah lama. dah lama gila aku nak buat masak2 dalam pdp aku. masa mula mula posting pegi dengar taklimat dari ppd, pemulihan boleh pelbagaikan aktiviti dalam bilik darjah. boleh masak2, boleh main, boleh ronda2 sekolah, pendek kata semua boleh. idea memang membuak buak tapi sebelum buat apa2 kena selidik dulu stail budak2 n environment sekolah..bukan semua orang faham stail pemulihan.

pernah sekali sorang cikgu tegur aku ' Nurul, diorang ni tak belajar ke? nampak dorang ni asyik main je?'

tersentap beb. sentap. budak aku memang main tapi dorang main kad suku kata, dam, game+belajar daripada komputer.. nama pun budak pemulihan..tak kan aku nak bagi buku teks plak suh dorang baca. tak kan aku nak tulis kat papan putih suh dorang baca. aku pakai lcd.. baru canggih. 

tapi aku faham. cikgu yang mengajar aliran perdana susah nak terima stail belajar pemulihan.kalau aku cikgu perdana pun aku mungkin pikir macam tu. tapi masa tu aku ni kan cikgu baru...angguk je la walaupun aku hampir buka mulut buka buku panduan nak terangkan definisi pemulihan dan aktiviti pembelajaran pemulihan..kuhkuhkuh.

kalau bab masak2 lak boleh buat macam2 asalkan tak merbahaya pada budak n sekolah. bahaya kat cikgu takpe. jangan bahaya kat  murid.

dulu aku nak buat masak ni tapi kena tengok dulu kot2 budaya sini tak kena ke..mana la tau mak pak dorang tak bagi makan kalau bercampur ngan malay..mana la tau klau perut dorang sensitif, dorang sakit perut mampus aku nak menjawab.

 buat sandwich telur je pun. 
bahan2 semua aku sediakan. budak2 melenggang kangkung je masuk kelas ,kupas telur rebus.






dah kenyang. apa initpati kisah masak memasak nih. first, korang ajar budak2 ni dengar arahan. lepas tu enjoy makan. cikgu pun kenyang.lol.

aku nak buat stail sekolah korea yang budak2 tulis diari setiap hari. lepas habis sekolah hujung tahun diari tu dorang boleh simpan untuk kenang-kenangan. tapi memandangkan murid aku ni tak tau tulis macam mane nak tulis diari?

 -suruh dorang lukis-.


bye.



Wednesday, May 7, 2014

i'm fine

hari ke 3 hantar murid latihan pusat
badan dah mula nak menggigil
sebab tak cukup tidur dan rehat

hari ni balik lewat sebab taklimat pengurus pasukan
baru aku tau borang pendaftaran 'mesti' bertaip.
ah sudah.
ni yang aku tak suka buat kerja awal2.
akhirnya last minit jugak aku meraban macam orang buat kerja last minit.
tak pe.kerja ni bisa diatur. kena taip 6 orang je.
aku happy bila tugas aku settle awal tapi mmg 99% nanti last minutes ada ja benda tak betul.
ok lepas ni buat last minit la.

sampai rumah malam.
terkocoh kocoh bawak masuk printer ke dalam rumah.
opps printer bocor.
habis melimpah keluar ke lantai dan baju.
ok.
aku nak kena taip nama.print.
kemas baju barang untuk tidur kat sana
sekarang kena lap pula lantai.
rumah aku sewa lak tu.



pergi check kereta.
tutup pintu kereta terkepit jari.
berdarah.
ok.
aku kena taip nama. jari luka berdarah. perut lapar. otak badan letih.kena packing barang. menyampah tengok kereta belemuihh dengan lumpur.tak de harapan kereta aku bersinar bersih esok.lantak ah.

alhamdulillah
barang semua siap packing.
siap print pndaftaran
tapi sekarang aku tak boleh tidur.
tak mengantuk langsung.
esok start pertandingan.

ggrrrr.

bye






Saturday, April 26, 2014

aku suka !! ...makan.


post kali ni didedikasikan kepada cikgu wan. sebab dia paling tak gemar aku update pasal makanan. bhahahaha.

nurul, cuba nurul update benda lain pulak.

benda ape?

ape ape la

more foods?

.....


aku makin jarang masak. kalau ada mood baru aku masak. kalau bulan puasa aku masak sebab aku suka makan panas2.  kebiasaan aku masak daging sebab bila dah rebus daging boleh simpan dalam peti. rasa nak makan bihun inti daging potong je teruih, rasa nak megi inti daging, potong je teruih, nak ngunyah cubit je teruih. giteww haa.. 

budget nak jaga pemakanan la konon siap air lemon bagai. padahal sekali masak macam untuk 3-4 orang.

ni resipi chicken chop adik aku yang belajar kulinari. tapi sos dia kering sikit ah. black pepper mmg kegemaran ku.



chicken rice shop

hari tu aku tak balik kampung, boring tak de idea nak makan ape last2 keluar beli big box ni ha..ambik kau bekalan makan 3 hari.



hari ni mak pak aku melawat cucu dorang so tinggala aku sensorang kat rumah. so dah sorang aku malas a masak. sebenarnya aku rajin tapi aku tak de mood nak masak lololol  bestnya set lunch aku hari ni. aku rindu nak makan loveats kat tanjung malim tu tapi alahai jauhnye. weh burger king ada burger ninja weh sedap.






lepas tu termenung tengok penimbang.









Monday, April 21, 2014

monday blues






 naib johan peringkat daerah. ke peringkat negeri pulak bulan 5 ni.



Saturday, April 12, 2014

aku pun nak shine bright like a diamond



hai. assalamualaikum.
sesaja hari ni aku nak rekomen produk best yang aku pakai. saje lah kan. buka blog asyik natap gambar otak je cemuih la jugak kan. kasi berbulu sikit mata hati uolls dengan produk murah tak seberapa ni. sekali sekala nak entri macam bloger2 cun barang mewah2 tapi apakan daya tuan punya blog ni tak berapa  cun, pakai barang murah je..bundle pulak tu.


habaq mai body wash ni bau dia mak aihhhh....sedap sungguh..minggu lepas p beli kat watson tengah buat sale. niat masuk nak beli sunblock ja tapi tengok banyak barang sale lagi2 aku memang suka barang mandian wangi2 nih melayang jugak la duit barang yang tak masuk senarai ni. tapi puas hati la lalalalalla

 haa..ni pun bau sedap . dah nama pun strawberry dan faveret buah pun strawberry tengah murah tak ambik balik kang menyesal pulak. kalau ikutkan dalam bilik mandi ada 4 jenis shower gel. tapi aku cepat bosan kalau pakai yang sama tiap2 hari. lagi2 kalau test bau kat kedai macam sedap je, balik rumah pkai bau macam pencuci toilet.


 produk aku pakai sekarang. nasihat untuk wanita, makan vitamin ye. aku pun baru  dok belajar vitamin c dalam botol gelap and botol putih ada beza... kena makan vitamin e dengan c untuk cepat serapan ..tak boleh overdose..patutnya ambil vitamin e paling elok tapi harga pun dalam rm90. tunggula aku kaya nanti baru aku beli. .. 


 yang ni urrmmmmm...entahla.jarang benar aku pakai ..rasa nak let go je kat sapa2 hahahaha. macam2 benda dok tempek kat muka. risau jugak aku. tapi bila tak de face mask sebok pulak mencari. tak paham aku ngan orang pompuan ni.




ok that s all. bye









Tuesday, April 8, 2014

tumpang lalu jap






cepat lupa nama orang
cepat ingat nama makanan
sedaya upaya elak daripada bertentang mata dengan orang
elak tempat ramai orang
rindu kawan2 tapi tak contact
kalau buat reunion tak mungkin datang
panik cemas menggelabah tahap cipan
sanggup tak beli makanan yang diidamkan sebab jurujual tu lelaki atau pun tempat tu ramai lelaki ataupun ramai orang
pura-pura cakap di telefon untuk elak bercakap dengan orang
hilang ingatan bila tiba2 kena soal walaupun soalan tu 'dah berapa lama kerja sini'

yup pizza