Wednesday, June 27, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Bad luck Tuesday
bank out of service
frust
cancel plan beli barang dapur bayar bil dan sewa
sangat frust
out of money
sangat sangat frust
tiba tiba dipaksa rela join koir persembahan hari guru. seorang. wakil sekolah. 5 lagu hoi.
try to keep a positive minded
aerial radio kereta patah. tak boleh dengar lagu.
almost flip the car
confirm aku nyanyi 2 lagu dah semput tercungap cungap. semua lagu nada tinggi.
buhbye
Monday, June 25, 2012
( ~____~)
rasa macam baru semalam je jumaat...dah hari isnin dah hari ni...isk isk isk
tak ada story menarik sebab elektrik putus putus 2 hari dan internet connection macam hampeh.
konon kononnya cuti sabtu ahad nak buat bahan mengajar tapi elektrik takde marilah melengung menatap langit dan pohon durian yang berbuah lebat kepunyaan jiran sebelah.
tiba tiba teringat pengalaman bertarung dengan haiwan liar di rumah sewa dulu...aku nak halau spider ni ke tempat lain akhirnya dia terkorban sebab kalah bertarung dengan penyapu aku. sorry la spider ..kenapa ko bagi renungan pembunuh kat aku..kan tak pasal2 aku ketar lutut hayun penyapu kat ko...sobbbss
tak sabar tunggu bulan puasa sebab ada orang bagi bubur lambuk freee!!!! hahahahah
telur dan ketam tu kena beli sendiri lah
bye
Friday, June 22, 2012
Hati hati dengan penipu FB
Sunday, June 17, 2012
Acik bertunang
Thursday, June 14, 2012
Not good enough
hi
hari ni ada kursus pemulihan di Gerik dan first time aku concentrate dengar ceramah dari pagi sampai petang. Sebelum ni tiap kali dengar ceramah aku berangan je..pastu cuak gila bila orang lain tetiba kecoh dan aku terpinga
'ha?ha? apa benda weh? dia cakap apa?
tak pun member sebelah aku tanya pendapat aku pasal taklimat pastu aku macam ' errr.er...entahla..tak dengar pun dia sebut pasal tu tadi..' teruk sungguh.
hari ni Pen. Pengarah Pemulihan Khas dan Tuan PPD bagi ucapan..and the best part is Tuan PPD dalam ucapan nya tiba tiba tanya
'SK Tasek ada tak kat sini? SK Tasek? Dan aku terkezzut beghok jantung nak berhenti 'wae?wae? aku ada buat salah ke? alamak mati aku! ah! tuan nak tanya aku ke? aah! aku blank! jangan tanya apa2 please3! aku pun angkat tangan separuh muka pucat cuak.
Tuan ppd 'Cikgu, ingat lagi tak saya datang sekolah cikgu kelmarin dengan isteri saya? Aku angguk laju laju. Tuan ppd 'saya datang sekolah Tasek hari tu dan masuk kelas pemulihan khas. Saya tengok kelas pemulihan tu banyak carta-carta dan bahan bahan abm...
Aku terus urut dada. Aku ingatkan ape tadi and Pen.pengarah pemulihan senyum je tengok aku gelabah gila. kukuku..malu betul. Tapi suka suka sebab jarang aku dengar orang puji aku..hahahaha..kalau ada pun *si bura je....(>;<)
Lepas tu aku terpikir alamak lepas ni mesti ppd serbu kelas aku.
Akhir sekali ada penyampaian sijil dan cenderahati untuk penceramah dan penyelaras data. Weeeeee bestnye dapat hadiah..masa aku bersalam dengan pen.pengarah pemulihan dia senyum dan cakap 'lepas ni boleh la pergi sekolah'
OHH MYYY SCHOOOOOLLL!!!!
Tuesday, June 12, 2012
Beauty Nat
hi.
remember her?
tadi ada meeting pibg and Nat datang ganti maknye.. wahh..aku tak sangka betul dia tinggi...
berebut nak berdiri di belakang..sorok body.
tak paham kenapa aku buat muka macam pedo.. anyway aku tetap huduh bila berdiri sebelah dia. hahhaha
ps: did u really enjoy my crappy post? i really wanna post more but post yang mengarut mostly bout my 'everyday-is-a-boring-day' if u can respond or if u really lazzyyyass just click lalala button ok fine why i'm asking u to do this i know u just read and leave.bye.
Saturday, June 9, 2012
Dah tamat.Cuti dah tamat. uhhuuuu (T T)
hi.
Kalau tanya orang lain 'amacam cuti sekolah ni? ke mana korang pergi? 'owh..aku travel ngan member aku. Group diorang pergi Beijing so aku pun join lah' Tak pun ' aku pergi pusing Malaysia beb, lepas ni kami ramai2 nak pergi Indonesia pulak'
ughhh. Aku betul betul habiskan masa bercuti di rumah. Serious. Tak tipu. Kalau keluar pun sebab bawa mak beli barang. Lepas tu jumpa bff beli barang makan2 balik rumah. Sadis gila percutian ini.
Tak pe. Mungkin belum rezeki aku pergi melancong. Cuaca panas sangat sekarang. Kalau aku keluar pun mesti aku dah lebur. Duduk dalam rumah pun peluh mencurah curah. Inikan pulak melangkah setapak ke luar rumah. Tak payah bazir duit pergi sauna. Duduk dalam rumah dah cukup.
Tapi kan envy betul la aku tengok gadis gadis kat shopping kompleks dressing and make up lawa lawa je. Nampak cam budak sekolah lagi. Dah la dressing lawa make up pun lawa. Diorang keluar rumah make up tak luntur ke? Tak berpeluh ke pakai berlapis lapis. Tiap kali aku keluar rasa nak menangis je sebab panas gila..pakai baju simple selapis pun dah lenjun...pastu plak bukan main aku tempek makeup base la bedak ape kejadah la pastu 10 minit dalam kereta dah comot. Sampai shopping kompleks muka dah macam hantu. Time tu touch up pun tak jadi ape. Cisss. Perlukah aku buat plastic surgery? Kabooommmmm
Aku habiskan masa percutian ni dengan lepak di rumah dan mengemas dan makan dan tidur. oh bahagianya. Langsung tak sentuh kerja sekolah. pff macam student lak nak kena buat kerja sekolah tapi leh dikatakan aku agak loser sekarang ni sebab langsung tak buat benda yang berfaedah. Nak tau tak sebab ape? Sebab aku tak mau buat la. dusyummm
Lepas ni hidup aku yang lonely ni akan bertambah lengkap ke-lonely-an nyer sebab Farel and familinya berpindah ke Sungkai. Tiada lagi balik hujung minggu memanggil 'Farel, jum main bola'
sobssss T__T
Hanya ada mak abah di kampung itupun mak abah mungkin akan buat lawatan susulan ke rumah anak2nye yang betaburan di bumi Malaysia ini. Nampaknya lepas ini aku akan habiskan masa dan wang menonton drama2 Ko-Ja dan berpeleseran seorang diri di mall atau pasar dan tidur tidur tidur.. ah mungkin juga aku akan melukis semula. Dah lama tinggal hobi nombor 1 ni.
lepak dengan bff di Pizza Hut. Aku sebenarnya nak komen sikit bab food presentation tu tapi kita tak baik mengata makanan so aku pendam je lah. Seriously di cafe bowling Kroh 10 times better than this and lebih murah. Sebab aku lapar jadi aku lupa nak tangkap gambar. ngeh ngeh
kenapa ada gambar kawan aku je? gambar aku tak de ke? tak de sebab muka aku dah macam hantu.
selamat kembali ke sekolah.
Sunday, June 3, 2012
Wordless Sunday
Friday, June 1, 2012
Mari Belajar Bahasa Thai *Part 1
baiklah murid-murid.
Di pagi Jumaat yang ceria redup dan baru lepas hujan ini mari kita belajar bahasa Thai. Bila datang Thailand at least boleh sebut satu atau dua perkataan Thai pastu buat muka riak.
Aku ni harap je mengajar kat sekolah 99% murid bangsa Siam, dengar 5-6 days per week diorang cakap Siam tapi aku boleh faham je la tapi tak boleh bertutur dalam bahasa tu. Aku rasa aku boleh cakap siam kalau aku banyak tengok cerita2 Thailand. Memandangkan aku cuma tonton cerita2 korea and Jepun je, tak de harapan lah aku nak cakap Thai. Wah riak nya ayat aku
Macam tu jugak cikgu2 lain..kami boleh faham dan tuturkan sepatah bahasa Siam tapi tak bertutur sepenuhnya. Lagipun kami larang murid cakap Siam sebab dorang terlalu lemah bertutur Bahasa Melayu inikan pulak dengar cikgu mengajar langsung dorang tak faham ape. Sakit hati betul. Kalau korang boleh sabar tak bila korang bercakap pot pet pot pet at the end dorang tanya balik 'er..cikgu cakap apa saya tak faham' pada hal ape yang korang cakap tu tak lah terlalu bombastik ayatnya.
panjangnya mukadimah aku.
NOMBOR
1- nueng
2- song
3 -sarm
4 - see
5-har
6- hok
7 - jed
8 - pad *bunyi sebutan-ped
9 -garw
10 - sib
11 - sib ed
12 - sib song
13 - sib sarm
14 - sib see
15 - sib har
16 - sib hok
17 - sib jed
18 - sib pad
19 - sib garw *bunyi sebutan -ghau
20 - yee sib
SOALAN DAN PERMINTAAN
siapa? who?
khrai?
apa? what?
arai?
apa itu? what's that?
arai nah?
bila? when?
menuarai?
di mana? where?
nai? thi nai?
mengapa? why?
tham-mai?
yang mana? which?
anh nai?
bagaimana? how?
yangai? yang rai?
berapa harga? how much?
thao-rai?
berapa jauh? how far is it?
klai sak thao dai?
ok. setakat ini dulu. nanti sambung part 2 pula.
Friday, May 25, 2012
Happy Holiday!
ape plan korang cuti sekolah ni?
aku terpikir nak naik keretapi ke mana mana tempat. Sebab aku dah lama tak naik keretapi. Last masa umur errmm 6 tahun?
aku nak bawak mak abah pergi makan makan
aku nak shopping
aku rasa macam nak pergi cameron highland
aku rasa macam nak drive kereta ke mana mana negeri
aku rasa macam nak pergi Sarawak lepak rumah bff
ok cancel semua. aku nak beli vacumm.
tengah diorang ni mewarna..tetiba nyanyi lagu doa tok sami. Sebelum ni dalam kelas aku ada dengar dorang nyanyi lagu tu tapi aku fikir dorang nyanyi lagu lagu Thailand so aku tak berapa kisah sangat. Tapi baru baru ni aku dengar tok sami baca doa (pakai speaker) dan aku macam 'eh macam pernah dengar ayat ni'...Lepas nyanyi bersungguh murid ni berdoa.
yeppie holiday
Monday, May 21, 2012
because a simple wish is too mainstream
woowwww...weeeeeee
aku baru je baca kad kad hari guru tadi. Selalunya tak baca sebab aku tak faham ape yang diorang tulis.
woowww mula mula aku gembira lepas tu rasa nak marah sebab dia tak tulis ' pakwe yang kacak dan kaya raya'.
dayummmmm
Sunday, May 20, 2012
Teacher's day oh yeah
so...yeah
hari guru datang lagi..
rasa macam semalam kes hari guru 2 tahun lepas aku campak hadiah masa acara tukar hadiah sesama guru. Ye. AKU CAMPAK HADIAH YANG NYARIS KENA KEPALA CIKGU LAIN. hahahahahah.. mestilah ada kisah disebalik tragedi hadiah melayang pada hari guru tue.. ermm nak tau ke? nak tau ke kisah aku baling hadiah dengan sepenuh hati terluka pada hari guru itu? ape? cakap la kuat sikittt!!
sebenarnya aku dah pendam hati 'terluka' tu seminggu sebelum hari guru. Kes pertama pasal aku drive kereta dari KL ke kampung..daripada matahari terpacak sampai keluar bulan baru sampai rumah. exhausted? yeah..teramat sangat. Sampai rumah aku terkedu sebab rumah bersepah. Bukan sebab pencuri masuk tapi angkara adik aku sorang tuh yang
'24jamkatrumahtapirumahbersepahmacamlepaskenaributtaufan'.
So kesepahan itu amat mengguris hati. sobsss..Aku nak kemas rumah tapi sangat letih. Aku nak tidur tapi kesepahan itu menari-nari di depan mata. Esok pagi2 buta aku kena drive balik Pengkalan Hulu pulak. Aku pasrah. chewahhh. Sebab aku dah biasakan diri rumah sentiasa kemas sebelum tidur dan sebelum keluar rumah. At least kalau pencuri masuk, pencuri tu puji 'wah kemas dan bersihnya rumah orang ni..tak sampai hati aku nak geledah rumah orang nie"
Pagi kul 5 bangun bersiap pula balik Pengkalan Hulu.Hari tu besday aku. Selalunya bila aku drive pagi2, mak bancuhkan air kopi kat aku. Tapi pagi tu aku bancuh sendiri. Aku rasa sedih sangat sebab hari tu besday aku pastu lak aku kena bancuh kopi sendiri. Kopi 3in1. Rasa nak menangis masa aku kacau kopi tu.Aku sedih rumah bersepah dan sedih bancuh kopi di hari jadi. Dan biasanya ada bekal tapi pagi tu tak ada. Aku lapar. Aku sedih.
Aku tahu korang rasa nak lempang aku kan? kahkahkah
Dan aku teruskan hidup aku macam biasa sampaila hari guru. Pagi2 lagi sorang cikgu ni dia lupa nak beli hadiah untuk acara tukar hadiah guru guru. So dia datang kat aku
'Nurul, saya lupa la nak beli hadiah! Nurul ada kotak tak? Ada pembalut tak? Aiseh...saya nak balut kotak kosong dulu lah..nanti baru beli..adoiiii..macam mana la boleh lupa ni...errr...Nurul tolong balut boleh tak?
so aku pun dengan ikhlas hati balutkan. kotak. kosong. itu.
masa yang ditunggu tunggu telah tiba. Semua hadiah dah diaturkan. Aku pun cabut nombor. Dan aku dapat kotak kosong tu. Cikgu tu menahan gelak sebab hadiah yang dia suruh balut tu dapat kat aku. Aku tergamam. Semua kesedihan aku masa aku tengok rumah bersepah dan bancuh kopi di hari jadi tiba tiba jelas di mata aku..aku frust. Dan aku tak sedar aku baling hadiah kotak kosong tu . Ye aku baling sekuat hati aku dan cakap
'tak maaauuuuuuu!!!!!'
aku dah gila.Hoorrreeeeyyy
Sejak kejadian tu tiap kali hari guru semua cikgu ingatkan beli hadiah dan jangan bagi kotak kosong. wahh kelakar betul semua cikgu terdiam dan terkejut tengok aku. Mungkin sebab aku ada imej budak baik diorang tak sangka aku tiba tiba buang tebiat mengamok baling hadiah (>_<) kikiki
Tahun ni kami sambut kami sambut 2 hari. Hari pertama buat sukaneka dan hari kedua baru majlis rasmi.
*update
request from bff =) )
puteri umno hadiahkan kek.
'jangan passing bola kat saye yee!!!
nampak jelas murid tu nak tangkap bola tapi aku berdiri di tepi berposing sakan. Dalam kamera aku banyak gambar dengan muka derp termasuk muka aku. Letih menapis gambar.
kak ju pembantu tadbir gantikan tempat GB. spot the camera. smile.
kali ni aku tak menang apa apa anugerah guru. at least aku tercalon tempat kedua dan ketiga guru paling rajin, paling kemas dan paling baik hati. hewhewhew
aku buat. ye aku tak da skill photoshop bagai.
makan dengan mentee
Salah satu tanda seorang pendidik yang hebat
Adalah kemampuan memimpin murid-murid
Menjelajahi tempat-tempat baru
Yang bahkan belum pernah didatangi sang pendidik
(Thomas Groome)
Mengajar bukan profesi. Mengajar adalah kegemaran
Aku telah mencapai sebuah kesimpulan yang menakutkan bahwa aku
adalah unsur penentu di dalam kelas.
Pendekatan pribadikulah yang menciptakan iklimnya
Suasana hatikulah yang membuat cuacanya.
Sebagai seorang Guru, aku memiliki kekuatan yang sangat besar
untuk membuat hidup seseorang menderita atau gembira.
Aku bisa menjadi alat penyiksa atau pemberi ilham,
bisa bercanda atau mempermalukan,
melukai atau menyembuhkan.
Dalam semua situasi, reaksikulah yang menentukan
apakah sebuah krisis akan memuncak atau mereda
dan apakah seseorang akan diperlakukan sebagai manusia atau direndahkan.
( Haim Ginott)
Guru biasa memberitahukan
Guru baik menjelaskan
Guru ulung memeragakan
Guru hebat mengilhami
(William Arthur Ward)
cr.din.wordpress.com
nite!
Subscribe to:
Posts (Atom)










.png)

.png)

