Monday, March 28, 2011

Losing Soul

hai...
i will update soon...
i'm just too tired...
too lazy...
hv to gain my energy back..
lot's of story wanna tell you but i need to rest...
ini muka penat + fed up
 bye

Friday, March 18, 2011

Pemulihan Khas: Bahan Bantu Mengajar

Saya just upload random pics bahan bantu mengajar from my class which i made this masa belajar di maktab dulu. All pics might be a little bit blur coz pics taken from my cheap cam handphone.

Kebanyakan alat ni tak berapa kemas sebab saya bukan reti buat kerja kemas sangat.haha.forgive me. Masa tu buat bahan pakai duit sendiri weh...kena la berjimat cermat beli and guna bahan macam kertas, laminate paper dsb. Harapnya tahun ni bersungguh buat bahan bantu mengajar lebih cantik dan kemas. Gambar2 ni pun masa tahun 2008 dan 2009. Mengajar sekarang lebih banyak guna perisian powerpoint daripada alat2 ni. cekidaut.

Buku Pop-up Huruf Vokal
Pop up book (A-Z)




Roda Impian Ku Impian Mu Jua

Let's Bowling Yo!  Math
carta cabutan soalan math





Kad Selak (A-Z)






Kad Cantum Mencantum




Token chart and organisation chart




kedai yg buat




kedai buat jugak










garam kasar. Kalau guna pasir,kotor..



untuk latihan jari/tangan, rangsang kreativiti murid

kad cantum abjad dengan gambar


Semua bahan mengajar ni dibuat bersungguh2 tapi budak budak buat dekk je..Diorang lagi berminat dengan bahan mengajar guna komputer..lagi lagi gambar yang beranimasi...So kebanyakan bahan mengajar saya sekarang dalam bentuk power point and scan bahan bacaan daripada buku untuk paparkan pada skrin..

Sadisnya sekarang laptop ni tunggu masa je K.O...coz virus attack..argghhhhh!!!nyawaku!
...LCD skrin di kelas pun asyik jadik yellow screen...sudahla mengajar pun rasa macam tak ada kualiti sebab asyik tersepit dengan tugas lain (buat surat....program sekolah..kemaskini sistem fail yang teramat banyak...hal sekolah etc)..haihhh..berkat ke rezeki aku nih...

Lain kali nak update bahan dari power point pulak..(^__^) have a nice weekend!


IT'S EASY TO BE A TEACHER BUT IT IS NOT EASY TO BE A GOOD TEACHER

Wednesday, March 16, 2011

Hey Volleyball

Sudah pulang dari Teluk Intan. Kejohanan Bola Tampar  Peringkat Negeri Perak.

Cerita edisi tak berapa nak best.

Hari Khamis minggu lepas balik kampung sekejap ambil Gen2. Lagi senang drive jauh bawa Gen2. Takkan pula nak drive jejauh pakai Iswara...mau nye on da way i ngan kereta i masuk bengkel. Jumaat petang dah bertolak dari Grik ke Teluk Intan. Pergi pula berkonvoi..ramai giler.. ada la dalam 10 biji kereta. Dalam semua kereta ada students. Konvoi ni bawa team volleyball sek menengah and sekolah rendah. Kami (cikgu) diberi duit poket RM40 untuk 3 hari.

RM40  sahaja

RM40  sahaja

errrr.....(-___-''')

Sakit jiwa dah mula terasa masa berkumpul di Gerik. janji pukul 3.30 petang berkumpul dan bertolak. Tapi pukul 4 lebih kami masih tunggu 2 orang cikgu and student yang belum sampai. Letih dah satu hal.. Tension sebab kena jaga anak orang masa cuti sekolah dah satu hal..akhirnya hampir 4.20 petang baru bertolak. Lagi sakit jiwa pula ada seorang saja cikgu lelaki yang tau jalan ke sana dan cikgu2 lain di belakang tak tau langsung jalan ke Teluk Intan. Cikgu2 lain di belakang pula cikgu perempuan. Macam biasa cikgu lelaki bawa laju giler dan tak sangka cikgu2 perempuan lain boleh kejar rapat kereta si cikgu lelaki.. perghhh....

Entah berapa saman  dapat lepas ni. Langgar lampu merah n double line semata mata takut kena tinggal dengan kereta depan. Lagi nak sedapkan cerita sepanjang perjalanan hujan lebat selebatnya.


Sampai di Teluk Intan lebih kurang 8.30 malam. Singgah kedai mamak makan dan rehat..lagipun asrama tempat kami menumpang tak sediakan makan malam. Semua drebar (cikgu) muka dah letih sebab guna tenaga aksi drive kejar mengejar. Pukul 10 malam baru check in asrama. Dan disebabkan nama pun asrama tak payah bajet tempat tidur empuk, bilik tidur asing guru and students, bilik air bersih berkilat. isk! (rasa nasib baik sangat zaman sekolah dulu tak duduk asrama! rimasnya!) tapi i dapat tempat tidur yang agak strategik n selesa sikit. Malangnya malam tu langsung tak boleh tidur.


Pagi2 kami semua berkemas sebab kena berpindah ke asrama sekolah lain pulak. Kalau y'all rasa tension tak. Y'all sampai dari daerah paling jauh tumpang tidur kat asrama then ya'll kena pindah pula ke tempat lain sebab nak bagi dorm tu untuk sekolah lain pula. 

Tak pe. Bersyukur sebab ada tempat tidur daripada menumpang masjid or tidur dalam kereta.

Pagi tu sebelum kami berpindah ke asrama baru , diorang buat mesyuarat and taklimat untuk pengurus2 pasukan di dewan makan asrama. Nasib baik tahun ni i tak jadi pengurus pasukan. hahahaha.

Lepas tu bertolak pergi check in asrama di sekolah lain pula. Tengok pemandangan dari luar nampak sekolah tu cantik dan kemas berbanding sekolah kami menginap sebelum ni. Tapi....tapi....tapi......

Kami diberi dorm yang super berhabuk. Hairan juga masa masuk dorm tu 'apesal berhabuk,bersawang,bertahi cicak macam tak ada orang guna?'. Tapi soalan tu kami bincang sama kami je.




click for large view





 ( >o<)/  aku nak balik rumah!!!!

So i pergi check bilik air pulak..hurrmmmm...ok i bagi 3 bintang sebab 2x lagi ok dari asrama sebelum ni. Bilik air nye lebih bersih kurang berlumut dan tak berbau sampah hancing bagai. Lepas kemas sikit n buang habuk semua bertolak pergi tempat pertandingan sebab game mula 2.30 petang.

Perlawanan awal :
Hulu Perak Vs Kinta Utara. Menang = Kinta Utara
Hulu Perak Vs Kuala Kangsar. Menang = Hulu Perak








So kena stay another one day. Petang tu Pengurus pasukan tanya pihak asrama untuk tukar bilik n rupanya dorm tu memang dah lama student tak duduk. Patutla berdebu bersawang! Sampainya hati ..huhu..malam tu dapat tidur dorm lain and once again i dapat katil yang agak selesa sebab dekat dengan kipas sebelah tingkap. Malam tu bertekad nak tidur nyenyak lagipun malam tu hujan lebat...

Kesiannya cikgu Ain..masa game petang tu dia tengok parent bawa anak kecil sebaya anaknye. Malam tu dia teringat kat anak dia. Cikgu Ain bagus sebab dia ikut sekali bawa budak walaupun nama dia tak tersenarai pun dalam surat. Kiranya volunteer la tolong hantar budak  dan dia tak bagi alasan ada anak kecil so tak leh buat kerja.. Dia menyampah cikgu yang ada anak bagi alasan anak masih kecil untuk elak daripada buat kerja..hantar budak..so on...  Tapi bila dia dah setuju tolong last2 dia yang kena settlekan semua..Niat dia untuk tolong last2 dah jadi kerja 'tetap dan berpencen'. Adakah anda guru yang sering bagi alasan anak untuk elak tugas?  Tepuk dada tanya hati.


Hari Ahad

Game mula 3 petang. Pagi tu ronda Teluk Intan bawa murid ku cari cikedis dan suratkhabar. Baru ku tahu Jepun kena landa tsunami..isk isk..kalau tak beli paper rasanya sampai ke sudah tak tau ape jadi kat dunia ni.

Tengah ari dah lepak di tempat pertandingan. Sebelum game mula kami ramai ramai ronda pekan Teluk Intan makan kfc pergi The Store. Kesian lak budak budak ni ada yang langsung tak pernah masuk supermarket. Naik escalator lagi le. Semua takut takut.

Pertandingan Penentuan XY

Daerah Hulu Perak Vs _________ (haha dah lupa) = Hulu Perak Kalah
Daerah Hulu Perak VS Kerian = Hulu Perak tarik diri.

Sebab mata jaringan bawah sepuluh..tengah game hujan lebat n game kena tangguh sekejap. Masa tu coach tarik diri sebab kalau sambung main lagi pun tetap kalah. (yeay boleh balik!)

Bertolak balik jam 6 petang. Cuma 3 kereta berkonvoi pulang. Pasukan lelaki awalnya nak balik sama kami tapi lepas tu diorang cabut balik dulu. On da way balik pun hujan lebat lagi...Tak sabar betul nak sampai rumah..hhuhuu..

muka pura pura gumbira



Sememangnya edisi tak best.