Saturday, October 30, 2010

Life is Full of Surprise-Reward for myself

Musim sekolah 2010 tinggal 3 minggu je lagi. 3 minggu ni la semua cikgu superb busy. For non teacher's reader, hujung tahun semua guru akan kemas kini fail,hantar fail,lengkapkan rekod murid tahun semasa or tahun depan,siapkan semua dokumen tahun ni dan tahun depan, di samping program sekolah yang mesti laksanakan before end school days also attend program/meeting jabatan. There is no such thing kerja guru senang-masuk kelas mengajar-balik kerja awal-boleh rehat kat rumah.NO!

Mari lupakan beban kerja guru. Kalau asyik ingat kerja bertimbun-timbun bawa balik kampung time cuti weekend ni alamatnya tak update blog.

I've wrote My Wish List on September. Saya mahu album Shinee Lucifer Type B. why Type B? hehehe..



this is what i want.I've been waiting for 2 month.First they come out with Lucifer Type A then Type B. Beli type B sebab ada random picS Shinee!
front
back
inside
my bias



But..the quality of photo book just crap..just photobook..not their voice,songs,charming..etc.

Sebelum ni rasa give up nak bli album Shinee sebab one of the group members involved in love scandal. Sounds like crappyfangirl  but who cares.Tapi dah masuk wishlist nak tak nak saya mesti tunaikan .Walaupun harganya buat saya terkedu *sikit je sbb memang dah agak harga mahal.* Patutla ada fans yang save duit dan sampai berlapar nak beli album ni. Set dalam kepala cuba nasib shopping hari ni mana tahu album ni dah sampai Malaysia.memang dah sampai lama dah pun.

also bought a new headphone.Although it is not dragonball headphone but i quite satisfied with it.


happy shopping!







i dun really like selca because i'm never looked good. This is just few pics i can pick*envy with ulhjjang*

and time to eat!




the reward-let celebrate angah day with white chocolate macadamia


Tiba-tiba teringinkan sebuah buku khas untuk catatan pemulihan saya. Satu buku yang cantik dan besar, yang sesuai untuk saya lukis semua idea-idea bahan mengajar pemulihan. Sebelum ni cuma lukis atas kertas A4 dan kepil je. Selekeh betul.


sayangnya nak guna..made in Korea!

kerja bertimbun sedang memanggil. Bye

Sunday, October 24, 2010

Hello Hello

Masa habis belajar Form6 cuma duduk di rumah.Tak pergi cari kerja sebab tak ada geng. Dahla geng sorang je. Dia plak sambung belajar kat UITM lepas SPM. Bosan gila lepas habis buat kerja rumah melengung termenung tak tau nak buat apa. Takkan nak kacau emak tidur. Mula selongkar buku kertas cari idea. Hasilnya:














 
semua potret berdahi luas dan lukisan senget.*baru tersedar*











Leptospirosis

atau nama lainnya virus kencing tikus.
Tiba-tiba entri berbunyi serius macam blog kesihatan. hahaha.

Baru saja minggu lepas-Rabu-saya keseorangan di rumah-housemate outstation- pergi wuduk untuk solat maghrib. Masa berkumur rasa tikus..tikus kasturi lak tu. Air tak rasa pelik cuma dalam mulut dan kepala saya penuh dengan bau tikus tu.

Oh   My ..

Sangat sangat sangat cuak. Teringat kes kencing tikus di sungai. Teringat kes cikgu yang meninggal sebab virus kencing tikus.

Ok nurul comel..Bawak bertenang. Kepala pening bau tikus tu. Lepas Isyak lepak tengok tv dan badan rasa lenguh lenguh. ok maybe hari ni lepas balik sekolah mengemas rumah so malam rasa sakit badan. Mungkin juga sebab minum kafein je dari pagi sampai petang. Rasa tak sedap hati call Acik - please google simptom virus kencing tikus.

Simptom virus kencing tikus:
-demam tinggi
-mata merah/kuning
-sakit kepala
-muntah/cirit-birit
-menggigil
-rasa ngilu di betis/pinggul
-batuk tanpa kahak
Simptom ini akan kelihatan dalam masa 4 hingga 9 hari.

Ok saya tunggu dan lihat. Esoknya Khamis ke sekolah masa tunduk nak tekan suis rasa ngilu di pinggul. Eh kenapa sebelum ni tak pernah rasa ngilu kat pinggul? Kenapa hari ni sakit pulak? (~ ~) Badan masih rasa lenguh dan kebas macam orang yang tak tidur 3 hari. Sangat cuak. Jadi langkah pertama catatkan setiap perubahan in case kalau jadi apa apa such as koma ,waris boleh rujuk catatan saya. (personaliti-terlampau sistematik). Malam tu saya rasa nak demam tak demam. Sakit tekak, batuk dan sakit kepala. Semakin tak sedap hati tapi tak pergi klinik pun. Masih ambil jalan tunggu dan lihat. 

Jumaat- slight flu dan masih sakit kepala,batuk sakit tekak. Drive cepat ke kampung petang tu juga ke klinik.

Masa jumpa doktor:
Me: Doktor! ermmm..hari rabu kelmarinkan saya kumur lepas tu bau tikus.
Dr: Bau tikus? (muka cuak) Ada rasa hancing tak?
Me: Tak pun..bau je..lepas tu saya rasa lenguh badan..bla bla bla....
Dr: ok saya check.. ok..kamu ada demam tapi sikit je..37.8..tekak kamu ada jangkitan. Baring sekejap saya nak check. (check mata dan jantung or whatever it calls-tekan perut untuk check kalau ada bengkak hati)       i laugh hard coz tak tahan geli.
Dr: ok kamu tak rasa sakit tapi rasa geli je la ek?
Me: ha'a..(still laughing)
Dr: kamu cuma demam biasa saja..batuk dan sakit tekak..saya akan bagi kamu ubat.
Me: Jadi saya memang ok la doktor? Tak ada tanda kena virus kencing tikus tu la ek?
Dr: Tak ada..kalau kamu kena virus tu kamu akan terus demam panas sebab virus tu ganas sikit..bila kencing warna air kencing macam air teh. Dia effect pencernaan kamu.Lepas tu kamu akan rasa sakit bahagian hati atau bengkak hati.
Me: hohoho thank you doktor. Yeay-dalam hati

ermm..kenapa lepas jumpa doktor dah tak sakit kepala dengan ngilu pinggul? Dan hari ini cari ubat tak jumpa.

KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI
Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi. Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas. Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata. Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir.
(cr:yanmieonline.com)
Virus ni juga ada tempoh pengeraman dari hari ke2 hingga hari ke26.

Moral: Virus ini ganas. Ramai orang anggap demam panas biasa dan sakit sakit yang biasa lalu ambil ubat biasa. Bila virus merebak boleh menyebabkan koma selain organ dalaman tidak berfungsi.

Random: Mungkin tikus tu buat rombongan dan mandi sambil enjoy spa.

Sunday, October 17, 2010

Masa untuk Otak Serabut Jiwa Kacau

Sepatutnya saya kena study..




Tapi malasnye..Banyak info kena hafal...banyak benda kena ambil tahu.. tiap kali buka buku begini jadinya...


 
boleh ke i survive study sambil mengadap idol i?
insaf sekejap tengok buku yang i kena baca
  Baiklah. Saya study kemudian. Internet my priority now.

Saturday, October 16, 2010

Drama Murid Pendidikan Pemulihan


1#DramaMurid

Sebelum pengajaran bermula:

Cikgu Nurulcomel: Posayanond,buku latihan kamu dah habiskan? Kamu dah beli buku baru ke belum?

Posayanond        : Lupa cikgu.

Cikgu Nurulcomel:habis macam mana kamu nak salin ayat ni nanti?

Posayanond         :Cikgu! Esok ..errr..saya pegi kedai dengan bapa saya beli benda makan tu..kabed!

Cikgu Nurulcomel : ….. ha?

Posayanond          : Saya pegi dengan bapa saya ..pegi tesco..bapa saya beli kabed.

Cikgu Nurulcomel : Beli kabed..? kabed tu apa?

Veendy                  : Yang orang  makan tu cikgu!  (buat gaya minum)

Cikgu Nurulcomel: Minum ke..?  (dalam hati dah marah sebab tgh tya pasal buku tiba tiba cakap pasal kabed)

Posayanond          :Ya ..yang orang tua suka minum tu?

Cikgu Nurulcomel : Ooooo....Carlsberg!

Posayanond          : Ya..!!

Cikgu Nurulcomel : Habis tu apa kena mengena dengan buku latihan kamu?

Posayanond          :Saya dengan bapa saya pegi tesco ..bapa saya beli banyak carlsberg lepas tu saya lupa beli buku

Cikgu Nurulcomel  : Ooooo..semalam ke kamu pergi tesco?

Posayanond           : Ya

Murid masih keliru konsep esok,semalam,kelmarin……dan masih keliru makan dan minum
Saya kena guna bahasa paling mudah untuk terangkan sesuatu benda.



2# DramaMurid

Vivoy murid tahun 2. Semasa tahun 1 saya pernah lilhat dia belajar. Dia berbeza daripada murid lain. Kepala dia asyik tunduk pandang meja. Masa saya depan dia suruh mengeja dia langsung tak angkat muka seolah olah dia pernah buat salah dan malu nak tengok muka orang. Suara dia sangat3 perlahan. Dan tak ada manusia boleh tahan sabar bila suruh murid mengeja tapi kita tak dengar suara. Even kalau kita cakap kat telefon pun kalau tak dengar suara orang tu kita mula kuatkan suarakan? Benda macam ni natural. Vivoy lambat baca dan eja jadi masa Tahun 2 dia masuk kelas pemulihan saya. Pada awal sebulan dia  masih tunduk menghadap meja macam kepala dia nak masuk dalam meja. Menakutkan.

I know budak macam ni kena bagi galakan dan pujian. Apabila ada kanak-kanak dengan sikap macam ni bermakna dia perlukan kata semangat,pujian,sokongan.

Vivoy, bila belajar cuba kamu angkat kepala kamu. Jangan asyik tunduk je. Pandang depan ok . Tak perlu rasa malu. Kita datang sekolah untuk belajar. Kalau kamu tunduk macam tu macam mana kamu nak belajar. Masa eja kena sebut kuat kuat. Bagi dengar suara tu ye. -That what i said to him.

Setiap kali suruh murid eja saya panggil nama dia dan suruh pandang depan. Lama lama dia dah mula angkat muka. Mula senyum. Yang penting bila dia bersuara kita dengar dan bagi respon.

Masa saya bawa murid saya 4 orang ini ke Pusat Sumber, Vivoy ambil satu buku dan duduk depan saya. Masa tu saya tengah tulis buku rekod. Dia buka buku tu dan tunjuk sambil cakap;

Vivoy :Cikgu….ini ayam , cikgu!
(Tapi gambar tu gambar ikan!!)

Me     :Tak sayang, itu ikan….

Dia buka muka surat lain dan tunjuk gambar itik sambil kata:

Vivoy :Cikgu…ini ayam lei cikgu

Me     :Tak ….bukan…itu itik…..

Vivoy  :Oooo…

Pada masa dia cakap itu ayam,muka dia berseri seri sambil senyum. Can you get angry if your pupil doing the same thing to you. At that time I just thought, kasihannya …saya macam sedang bercakap dengan budak berumur 2 tahun yang baru nak kenal dunia. Tapi pada masa sama saya bangga kerana dia ada keyakinan dan berani berbual dengan saya sambil beritahu nama haiwan yang salah. Daripada seorang yang langsung tak angkat muka..suara halus yang cakap terpaksa berdiri di tepi untuk dengar,seorang yang sangat pemalu,pendiam akhirnya boleh pandang dan berbual dengan saya. Pendek kata perasaan bangga ini macam perasaan ibu dengar anak sulungnya paggil dia ‘ibu’. 

Tahun ini murid pemulihan tiada masalah disiplin. Cuma mereka malas belajar, lambat belajar tak siap kerja. Boleh dikatakan murid saya tahun ini lebih bersopan santun, mendengar kata dan ingat pesanan contohnya:

-Buat kerja mesti kemas
-Lepas ambil barang simpan dan susun elok elok
-Setiap kali nak guna barang dalam kelas saya mesti minta izin dahulu.

Hehe..Tahniah untuk diri sendiri!

Internet Is My Priority

Seksanya sekolah tak ada internet. Semua orang resah tauu...nak buat kerja tak boleh, nak cari bahan tak boleh,even nak FB lagi la. Sekarang pulak trend hantar dokumen pakai email je. Tension ooo..2 minggu line rosak even telefon pejabat pun tak boleh pakai. Sudah la bosan balik kerja tak ada benda nak buat ditambah pula tak dapat surf internet. 2 minggu kehidupan saya macam minum kopi pahit setiap hari. You still alive but facing bitter days. Akhirnya setelah memandu laju tahap gaban pulang ke kampung untuk bermuka dengan streamyx. 

Tiba tiba terdengar soalan dari pembaca entri ini berbunyi 'apesal ko tak pakai broadband?' 'apesal ko tak pasang streamyx kat umah sewa ko?'   Dan jawapan saya ' pemakaian broadband di Pengkalan Hulu adalah TIDAK RELEVAN kerana walaupun berfungsi tapi terlalu slow. Buang masa dan duit saje pakai broadband.' (broadband company sila ambil tindakan) Dan ' saya dah pernah buat tempahan dan bayar deposit kepada TM untuk pasang streamyx tetapi banyak alasan macam - tiang penuhla..dalam senarai menunggu la..bla..bla..bla...and so i give up.'

Saya tinggal di kuarters yang dikelilingi flora dan fauna. Masa awal duduk rumah ni jumpa haiwan yang saya cuma nampak dalam buku jer. Saiz pula faham saja la 2x lebih besar dari saiz biasa. Kadang-kadang rasa macam duduk dekat zoo sebab nampak ular tengah rehat atas pokok, nyamuk hutan, ulat bulu supersize, mengkarung yang saya sangka cicak spesis baru. har har har. Akhirnya saya standby kamera setiap hari supaya dapat rakam benda menarik kat rumah saya. Even keluar rumah untuk pergi sekolah pun boleh jumpa macam-macam.












I saw this creatures in the morning. Dulu bilangannya sangat banyak tapi sekarang dah makin kurang. Saya dah kena penangan sengatan semut ni. Memang Power! Bila berdiri dekat je diorang serang.




Spider ni mennyorok dalam poket beg lappy saya dan saya hampir pegang spider ni! Lepas aksi spray dan buang rasa menyesal pulak. Kan bagus kalau saya simpan dalam balang dan bela jer dia. Tak susah pun nak bagi makan.huhuhu.






lipan di sekolah

 Bagus kan rumah saya (^ ^,) but i need to move out. 

Ini pula pemandangan Pengkalan Hulu. Not bad for a small pekan atas bukit. Dulu pekan ni sejuk sangat sampai minyak masak boleh beku. Tengah hari tidur berselimut tebal dan  kipas angin hanya hiasan di siling. Hampir semua rumah pakai air panas. Tapi sejak ramai orang ambil balak dan kawasan perumahan makin banyak tempat ni dah panas. Dan rumah saya diami sekarang masih rasa sejuk sebab keliling dengan hutan. Kawan saya dari Lenggong pernah datang rumah dan dia menggigil sejuk sampai pakai stoking dan baju tebal. hohoho. You know what i'm going through every morning mandi air batu.Alah bisa tegal biasa. ha ha.










welcome to Pengkalan Hulu .. la la la

Sunday, October 3, 2010

MV I Watch

Since i love dancing i always watch this MV.Try to follow but mehh...macam kayu yang bergerak gerak. Tarian Orange Caramel nice dan senang nak follow. Harapnya boleh hilangkan lemak yang bergayut di lengan dengan tarian wiper.

video
                                                                    Orange Caramel
video
                                                            Lucifer- Dance Version

suka betul lagu Korea sekarang ni. Musik diorang catchy.MV pun best.Bila agaknya dapat pergi Korea?

Miss You

Saya belajar di SMK Dato Haji Hussein Selama Perak, SMK Kenering Gerik, UITM Shah Alam, Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus DarulAman Kedah(IPDA). Dalam banyak tempat saya belajar yang paling best ialah UITM walaupun si ayong my sis anti dengan student UITM. Anti sebab kami bayar yuran ciput. har har har. Katanye lagi student UITM ni jenis yang tak berjenis. har har har. Mestilah kami jenis yang tak berjenis sebab kami ni jenis kreatif smart. lol.

Kenapa UITM yang best? Kenapa bukan IPDA ? 
Kalau dah stayed hostel 3 tahun dengan classmate yang setakat 25 orang jer mestilah best kan? First dapat stayed hostel daripada  hostel gred 3 sampai gred 1. Gred 1 macam 5 bintang. Dapat duduk hostel lak 3 tahun berturut-turut dan mestila ada pengorbanan di sebalik daya usaha mendapatkan tempat tinggal di bandar besar. Hei hei saya tidak ada transport dan datang dari kampung kenapa nak menyusahkan mak abah dan diri sendiri mencari tempat tinggal yang serba mahal. Pada awal sem pula saya dapat seorang sahaja housemate untuk 3 orang sebilik. Heaven! Masa semua orang 3 orang sebilik saya pula 2 orang je sebilik. 
Tahun ke 2 pula pindah blok asrama 2 orang sebilik. And again Heaven! Asrama pula serba baru sebab baru renovated. Tahun ke 3 duduk di hostel gred 3 tapi tetap heaven sebab kawan sekelas dalam blok yang sama dan kedai koperasi di tingkat bawah bilik. Heaven Heaven! When you have your own room you will appreciated it. Sebelum ni tak merasa bilik sendiri sebab berkongsi bilik dengan 4 beradik lain. You have your own room your own space OMG I Love This.


Saya juga dapat makan di kantin asrama. Walaupun kena bayar tapi nikmat betul. Mungkin sebab saya tak ada transport lepas tu pula tak ada slave oh i mean bf yang boleh kita calling calling belikan i nasi lemak teh tarik on Sunday morning. Masih ingat lagi hari Sabtu dan Ahad saya orang pertama buka pintu kantin untuk breakfast. Segan juga dekat orang kantin macam orang kebulur sangat nak makan tapi saya dah bayar saya peduli apa. Dah tu pulak muka tak malu nak ambil telur lebih ingatkan ramai student tak turun breakfast on Sunday morning sebab tak bangun tidur lagi.(- ,-)

Dan saya juga slimm and fit sebab banyak jalan kaki naik bukit turun bukit naik tangga turun tangga pergi kelas pergi cucuk duit pergi shopping.

Dapat belajar dalam Bahasa Inggeris. Tuhan Maha Kaya since i love this subject walaupun tak hebat tapi dapat belajar di tempat yang hampir sepenuhnya guna Bahasa Inggeris memang berbaloi.

Lot of GREAT FRIENDs..( ^ ^) eh eh macam la kat tempat lain tak ada kawan. Berbanding dengan tempat tempat yang saya pernah studi, kawan-kawan UITM paling saya suka.Masa sekolah saya tak ramai kawan dan tak ada pun yang nak berkawan dengan saya. lol. Masa maktab pula jumpa pun sekejap je. Jumpa untuk belajar, bincang, submit assignment,jawab exam then ikut haluan masing-masing. Kemudian jumpa lagi, submit assignment jawab exam and so on.

Hidup ni macam roda ada pro dan kontra.Sekejap cerah sekejap mendung. Tiba tiba teringat kawan kawan lama dan baru. Sepatutnya saya post entri jamuan raya sekolah tapi sejak aktif update blog sekolah tak perlu saya post lagi di sini.

Untuk baca entri jamuan raya dan gambar yang gempak klik sini Jamuan raya SK Tasek 2010


UITM FSR 03-06





IPDA 07-09 SKM 1