Sunday, July 9, 2017

Salam Syawal


is it?

is it?

is it time for the new post?

assalamualaikum hai!

rindunya blog! asal aku nak update je aku tidur. asal aku nak update je laptop buat hal.asal aku nak update je aku procrastinate. sekarang pun 2 minit mesyuarat belum bersentuh huhu abisla.

best raya korang? hmmm

kuih raya tahun ni tak banyak..on budget.. homemade sikit...kuih beli sikit.. jadi la kan. beli banyak kang tak sedap tak de sapa makan membazir ja.

Raya aku macam biasa la... duduk kat dapur..



tahun ni selera makan aku buang tebiat sikit. biasanya aku tak gemar makan ketupat lemang time raya.. berlagak seh nak makan sandwich..nasi goreng ... nasi lemak... tapi tahun ni aku asyik terliur je tengok ketupat palas dengan lemang..abisla..makanan yang aku anti sekarang dah jadi kegemaran pulak ni..






 ni la chef sebenar..huhuhu




dulu isi duit raya dalam sampul rasa gembira je..seronok dapat bagi kat anak sedara sebab dulu masa kecik mak bapak depa dok bagi sekarang turn aku pula bagi kat anak depa.. tapi kan tahun ni nak masuk duit raya dalam sampul hati rasa sayu je.. terkenang 40 hari lagi baru gaji isk isk...dengan harga barang mahal...tahun ni aku tak ada baju raya..baju kerja aku pun halal la kira baju raya..asalkan kat dapur ada makanan nak jamu kat orang..asalkan kelengkapan rumah cukup.

aku nak buat cadangan la..boleh tak kalau duit raya ganti dengan goodies je. ala goodies pun pakai duit jugak tau..budak2 pun happy dapat coklat..gegula..hmmm...duit raya bagi kat babies je sebab adik beradik aku ada baby.. kahkahkah.


 Muhammad Al Fateh

Dhia Alisya



Fayyad  .. ape ntah nama penuh dia..lupa lak..


hm ok la nak sambung makan kuih sambil taip minit mesyuarat.



bye!








Friday, June 9, 2017

Membebel


assalamualaikum... hai! salam ramadan...

lamanya aku tak update eh.last bulan 5 pulak tu..
aku busy tapi tak se busy dulu.. masih boleh membaca buku di beranda waktu petang kira ok la tu kan
aku banyak karang ayat/isu dalam kepala aku. 'ok lepas ni aku update di blog'. and then otak aku shut down. bila shut down ia terus down tak on dah.. kahkah..maaf ingatan aku tak berapa kuat. banyak terminum air bersemut barangkali.


beberapa bulan ni mental aku koyak sikit. tak sikit la..banyak jugak.. aku spesis overthinking. bila aku fikir sesuatu aku fikir sampai tak sudah..lepas tu kait pulak emosi segala jadi mungkin sebab tu jugak aku jadi pelupa?

aku rasa hidup tak tenang, asyik baran. moody. fikir bukan2. stress. sensitif. gelisah je. pergi kerja memang muka macam orang tak ada masalah..muka orang tak ada kerja..kahkah. tapi setiap masa aku tak tenang. ubat untuk anxiety ni senang ja. pergi bersenam di luar. memang senang tapi aku introvert maka benda tu susah. korang baca ayat ni mesti rasa menyampah kat aku kan. takpe korang normal la tu. kalau korang introvert level-99999 mesti korang faham. jeles jugak tengok orang ekstrovert ni tapi pikir balik baik banyak diam daripada aku banyak cakap. aku tak boleh terima kalau aku tersalah cakap walaupun takde niat/niat aku baik.

alhamdulillah setelah beberapa bulan mengalami masalah dalaman/mental, Allah bagi petunjuk punca semua ni berlaku. Banyak kali jugak, bila aku asyik fikir sesuatu Allah tunjuk jawapan.. mungkin aku patut mulakan hidup baru? eceh

jadi aku akan berusaha untuk update. kalau aku update selalu nampak macam aku tak de kerja kan. membuang masa dengan internet je kan..nampak tak kecelaruan membuat keputusan tanpa dipengaruhi faktor luaran ni? banyak kali aku belajar 'jangan peduli apa orang kata'  ' ada aku kesah?' nampaknya aku kena berlatih lagi...

banyak pulak membebel luahan perasaan. agak2 kalau aku tak ada nanti, ada tak orang ingat kat aku?
tetiba pulak.

bye!




p/s: aku sedih tak dapat beli buku bigbadboxsale.



Saturday, March 25, 2017

huhuhu







me right now
sorry lama tak update blog
eh macam fans beribu je hewhewhew
abis makan burger i update ye
tunggu i habis makan tauuu