Saturday, November 27, 2010

My Wishlist

oh!another wishlist?
guess what i want?



Fuji Instax Mini 7 Camera RM268.00 (camera+instax mini film)


Adalah sangat cool dapat simpan gambar polaroid. Just like my Shinee..ehem. and actually i'm inspired by this:






also wanna get this
rm 120  small but cool pic effect



 hmm..not sure bout this,but why not?by the way it's pink



that all for now..

My November Part 2

wow wow wee again.....
serius..saya penat tenat minggu ni.
Walaupun masih bujang senang still rasa penat dengan kerja dan berulang alik kampung. Bayangkan susahnye cikgu yang berfamili nak kena uruskan suami/isteri/anak. Bayangkan sekarang.
Sebelum ni rileks je tak ada program sekolah dan ppd. Bila habis sekolah berturut-turut pulak program dan kursus ppd. Nasib baik tak tempah tiket flight pergi vacation or whatever..

raya haji rabu -khamis=balik kampung
jumaat=sekolah
sabtu-ahad=lawatan ke cameron highland
ahad-isnin=balik kampung
selasa=sekolah
rabu-khamis=kursus di ppd
jumaat=sekolah
jumaat-sabtu- ahad=balik kampung
isnin=mesyuarat di ppd
selasa-jumaat=sekolah

orang lain dah cuti macam nak rak apesal saya masih berulang alik sekolah dan ppd? saya bukan bahagian pentadbiran pun. funny.*sebenarnya jeles tak dapat join member uitm yang tengah bercuti di Terengganu (T___T)

Ok..Ok..tak baik merungut taww..eeuuww..

Sambung balik kisah my november hari anugerah cemerlang..

video
Persembahan Nujum Pak Belalang... cut off with suar suir kemuning.

video
Persembahan pakaian tradisional masyarakat Siam.
Cool kan? Mungkin Sekolah Tasek Pengkalan Hulu satu-satunya sekolah yang ada 100% murid berbangsa Siam tapi kami bukan sekolah jenis kebangsaan(SJK) tapi SK. Ingat senang ke nak ajar murid yang bahasa Melayunya bahasa kedua? Ramai orang beri perhatian pada sekolah murid asli, Cina dan India ,tapi bukan sekolah kami sedangkan susah kami mengajar sama macam mengajar sekolah jenis kebangsaan.Sedih sebab sekolah selalu tak cukup bajet, tak banyak peruntukan. Mudah mudahan ada rezeki 2011.amin

Find out more pics in sktasekonline.blogspot.com hehehe

Balik dari sekolah jumpa pula si rama-rama comels..memang comel dong..besar pulak tu. rasa macam 'oh,it's my day'..saya pun tak faham.=P

also pretty evening view from my house at Pengkalan Hulu.





Sekarang lihat pula wishlist i've made last September..
Berjalan-jalan di kota raya nak cari kasut best untuk lawatan sekolah ke Cameron Highland. Terjumpa pula kedai kasut yang jual kasut baji yang dah lama ku cari ecceh. Punyalah berbulan-bulan cari kasut baji yang murah,sedap pakai,nampak ada brand dan paling penting cun. Selalu jumpa kasut tapi mahal gila tak sepadan dengan rupa kasut. Bukan brand cap beruang pun. Standard cap ayam jugak.
love this

lepas ni akan borong sakan di kedai Amberwalk..huhuhu.Moral: berbelanja ikut kemampuan.(kalau saya kaya saya tak tulis sebegini (T_T)  )
p/s:lupakan kaki berkarat itu

night everyone. nak edit gambar lawatan pulak.

Monday, November 22, 2010

My November

wow wow weee....lamanya tak update blog. Super busy dengan kerja dan personal life.Penat tapi enjoy..
Apa yang saya buat sepanjang 3 minggu ni? Kelas berjalan macam biasa...meeting PIBG..kumpul and submit data Pemulihan zon ke PPD..kumpul nama murid penerima hadiah hari anugerah..buat brochure hari anugerah..ujian untuk murid pemulihan..kursus LINUS untuk guru pemulihan..hari kokurikulum+perkhemahan...cool padat betul program. Pegang pulak jawatan penting-SU PIBG,Penyelaras Data Zon,SU Hari Anugerah..heh hambik kau selambak kerja. Tapi fikir positif dah tahap profesional apesal lak tak boleh buat kerja-kerja ni. Mengada =P     

Baru-baru ni pergi kursus LINUS untuk guru pemulihan selama 2 hari di PPD Gerik. LINUS= Literasi dan Numerasi.Banyak info yang kami dapat tapi dapat atas angin jer sebab suara cikgu yang bersembang lagi kuat dari penceramah. Make sense juga jadi macam tu sebab kami tak dapat modul dan penerangan penceramah berjaya mengaburkan perhatian kami..nama pun cikgu pemulihan..hahahahah.. the end of the day ada majlis sampaikan sijil..wah wah dah lama tak kena panggil ke depan ambil sijil (pernah ke? hahaha) dan wakil zon diminta menerima sijil bagi guru-guru zon masing-masing.




ouchhh..matchingnye reben dengan baju i..hihihi...perkara paling memalukan sepanjang kursus ni saya batuk kuat..tension betul..baru baik dari selsema tapi tekak pula rasa gatal ...hari pertama dapat duduk dekat dengan pintu keluar so tak ada masalah berlari batuk di luar. Tapi hari kedua duduk belakang dan nak keluar pun susah sebab ada cikgu lelaki halang laluan i..nampak tak belakang saya tu..huhuhu..terpaksa batuk kuat kuat dalam dewan. Sorry..



with my best fren ..zarina..

selesai je kursus tengah hari tu terus balik (walaupun dipanggil lunch dulu) petang tu terus pergi sekolah dan siapkan buku program untuk hari anugerah..berdedikasi betul sya ni..heh.. sebab pertama kali jadi SU hari anugerah dan SU sebelum ni pulak berkursus, saya banyak buat silap...lupa panggil ketua kampung..lupa buat surat jemputan ibu bapa...nasib baik majlis buat waktu petang..sempat la bereskan semua waktu pagi..

Walaupun bilangan cikgu masa majlis anugerah cemerlang tinggal 8 orang tapi majlis berjalan lancar..yessss....kagum betul dengan cikgu-cikgu sekolah saya nie..semua buat kerja dan dengar arahan penolong kanan =)


tunggu giliran ambil hadiah


pelakon nang-nak?
cowok hangat

Banyak lagi gambar nak post...wait for part 2..i'll post the vid of their performance..esok kena balik pengkalan hulu.Cuti sekolah pun macam tak cuti. Kena susun atur kelas, cat mural slogan sekolah, buat bahan bantu mengajar pemulihan( tahun depan superb busy dengan linus dan pemantauan), tebas rumput keliling rumah..bla..bla ..bla..Belum kemas barang lagi. Badan penat sebab tak cukup tidur dan drive dalam cuaca panas terik.

buh-bai (^___^)v