Tuesday, April 25, 2023

Trip ke Hatyai Part 1

 

Assalamualaikum...hai again


malasnya aku nak update blog sekarang ni...ntahla..makin tua makin malas nak update dalam medsos..rasa macam hidup ni rahsia lagi best.. tapi nak la jugak kenangan dalam medsos.. tapi tu lah kan...hmm

ok kali ni cerita pergi hatyai. Aku pernah plan pergi bulan 12,2022 tapi cancel sebab kawan aku tak lulus dia punya permohonan luar negara. Tarikh nak gerak tu jugak Hatyai banjir besar. Ok la bukan masa dan tidak diizinkan pergi.  Kemudian plan lagi sekali tapi kali ni travel tiba-tiba sebab pergi masa bukan musim cuti sekolah dan tengah bulan..huhu.. asalkan permohonan lulus, jadi pergi ke tak belakang kira.

Walaupun dah banyak baca pengalaman orang travel ke Hatyai rupanya tak sama ye bila pergi sendiri. Memang kena pergi dulu baru tahu. hahahahahah

Hari jumaat abis waktu sekolah, balik rumah kutip beg masuk kereta konvoi ngan member yang kampung kat Jitra. So , solat jamaklah di Gurun. Lepas tu amik member terus ke Padang Besar. Tukar duit siap2 kat kedai money changer area pekan Padang Besar pastu park keta kat imigresen.. ingatkan parking kat belakang, rupanya depan pun banyak parking. Alhamdulillah.

Tengah amik barang datang mat-mat motor orang Thai tanya nak masuk dalam ke. Dorng tolong bawakkan..so tak yah jalan kaki.. huhu rupanya line motor kat imigresen pantas dari kereta. motor senang nak cilok lagipun jalan msuk imigresen Thai tengah renovate. Kami tak nak la kan tetiba plak naik motor ngan orang tak kenal. Pastu datang mamat ni tanya nk p Hatyai ke, dia bawak naik Hilux dia terus depan hotel kat Hatyai bayar 1300 baht je. mintak kurang dapat la 1100 baht. Aku pun tak da mood nak jalan kaki merentas imigresen sebab dah la baru habis sekolah drive plak 4 jam ke Pdg Besar. wohohoho masa kat imigresen Pdg Besa Thai tak ada orang langsung weh.. kami berdua ja beratur cop pasport siap beli simcard terus kat situ. ..dok baca pengalaman orang lain kena berbaris panjang.. lepas cop passport masuk kereta terus perjalanan 1 jam ke Hatyai.






punya santai travel aku ngan member ni sampai hotel pun tak booking.. mamat tu suggest area Lee Garden sebab situ macam happening sikit banyak hotel. Kami pun bodo piang ok je la padahal tak tau macam mana rupa area lee garden tu kahkahkah..

bila dah sampai perghhh nasib baik aku tak drive masuk hatyai. sesak weh.. tak kuasa aku nak bersusah payah drive kat tempat orang. mamat ni bawak kami terus depan area lee garden plaza hotel. Dan setiap hujung minggu situ ada jalan ditutup untuk buka laluan pasar malam.. perghhhh

ok turun je kereta baru la aku mengagau cari hotel. hotel ada tapi dari luar n lobi nampak macam 5 bintang. harga walk in mahal la sikit dalam 1900 baht 1 malam. Konon nak back pack berjimat tapi hotel tak booking padan uke. Situ pulak banyak restoran, kedai massage so hotel ciput tak berapa kelihatan. Ntah macam mana jalan sampai kaki dah lenguh tetiba nampak hotel terselit antara kedai terus aku terjah tanya harga lantakla mahal ke tak kaki aku nak tercabut dah ni. Another level aku punya travel amik bilik asing ngan member sebab aku tak reti hidup dengan orang hahahahahha. Aku suka tidur sorang2 gituh. Harga 2 malam 1960 baht cmtu lah. Hotel cantik wehh ..alhamdulillah kami dapat tingkat 4 paling atas ada rooftop dan lantai tu ada 2 bilik kami ja tak ada bilik lain hohohohoh mantaaapppp.bilik bawah semua style dorm.

keluar bilik ada ruang ootd lawaaa.. jenguk bawah pasar malam. depan plak lee garden plaza.privacy plak tu tak ada sapa naik atas ni , kami berdua je.



bilik ni sebenarnya untuk 3 orang sesuai la macam famili or backpackers.. sebab hotel ni terselit antara celah kedai massage, runcit, pharmacy ngan money changer maka keluasannya tak la besar mana. tapi cukup la ruang aku nak solat. Harga macam ni patut dapat bilik 3 bay dah tapi alhamdulillah setakat nak tidur ja no hal.












nanti aku sambung lagi ok first night kat hatyai. aku nak layan netflix.

selamat hari raya. =)