Tuesday, June 26, 2012

Bad luck Tuesday



bank out of service

frust

cancel plan beli barang dapur bayar bil dan sewa

sangat frust

out of money

sangat sangat frust

tiba tiba dipaksa rela join koir persembahan hari guru. seorang. wakil sekolah. 5 lagu hoi.

try to keep a positive minded

aerial radio kereta patah. tak boleh dengar lagu.

almost flip the car



 confirm aku nyanyi 2 lagu dah semput tercungap cungap. semua lagu nada tinggi.


buhbye

Monday, June 25, 2012

( ~____~)



rasa macam baru semalam je jumaat...dah hari isnin dah hari ni...isk isk isk
tak ada story menarik sebab elektrik putus putus 2 hari dan internet connection macam hampeh.
konon kononnya cuti sabtu ahad nak buat bahan mengajar tapi elektrik takde marilah melengung menatap langit dan pohon durian yang berbuah lebat kepunyaan jiran sebelah.



tiba tiba teringat pengalaman bertarung dengan haiwan liar di rumah sewa dulu...aku nak halau spider ni ke tempat lain akhirnya dia terkorban sebab kalah bertarung dengan penyapu aku. sorry la spider ..kenapa ko bagi renungan pembunuh kat aku..kan tak pasal2 aku ketar lutut hayun penyapu kat ko...sobbbss

tak sabar tunggu bulan puasa sebab ada orang bagi bubur lambuk freee!!!! hahahahah

telur dan ketam tu kena beli sendiri lah



bye



Thursday, June 14, 2012

Not good enough



hi

hari ni ada kursus pemulihan di Gerik dan first time aku concentrate dengar ceramah dari pagi sampai petang. Sebelum ni tiap kali dengar ceramah aku berangan je..pastu cuak gila bila orang lain tetiba kecoh dan aku terpinga
 'ha?ha? apa benda weh? dia cakap apa? 
tak pun member sebelah aku tanya pendapat aku pasal taklimat pastu aku macam ' errr.er...entahla..tak dengar pun dia sebut pasal tu  tadi..'  teruk sungguh.



hari ni Pen. Pengarah Pemulihan Khas dan Tuan PPD bagi ucapan..and the best part is Tuan PPD dalam ucapan nya tiba tiba tanya 
 'SK Tasek ada tak kat sini? SK Tasek?  Dan aku terkezzut beghok jantung nak berhenti 'wae?wae? aku ada buat salah ke? alamak mati aku! ah! tuan nak tanya aku ke? aah! aku blank! jangan tanya apa2 please3!  aku pun angkat tangan separuh muka pucat  cuak. 

Tuan ppd 'Cikgu, ingat lagi tak saya datang sekolah cikgu kelmarin dengan isteri saya? Aku angguk laju laju. Tuan ppd 'saya datang sekolah Tasek hari tu dan masuk kelas pemulihan khas. Saya tengok kelas pemulihan tu banyak carta-carta dan bahan bahan abm...

 Aku terus urut dada. Aku ingatkan ape tadi and Pen.pengarah pemulihan senyum je tengok aku gelabah gila. kukuku..malu betul. Tapi suka suka sebab jarang aku dengar orang puji aku..hahahaha..kalau ada pun *si bura je....(>;<)

Lepas tu aku terpikir alamak lepas ni mesti ppd serbu kelas aku.



Akhir sekali ada penyampaian sijil dan cenderahati untuk penceramah dan penyelaras data. Weeeeee bestnye dapat hadiah..masa aku bersalam dengan pen.pengarah pemulihan dia senyum dan cakap 'lepas ni boleh la pergi sekolah'

OHH MYYY SCHOOOOOLLL!!!!









Tuesday, June 12, 2012

Beauty Nat


hi.

remember her?


tadi ada meeting pibg and Nat datang ganti maknye.. wahh..aku tak sangka betul dia tinggi...


 berebut nak berdiri di belakang..sorok body.


 tak paham kenapa aku buat muka macam pedo.. anyway aku tetap huduh bila berdiri sebelah dia. hahhaha












ps: did u really enjoy my crappy post? i really wanna post more but post yang mengarut mostly bout my 'everyday-is-a-boring-day' if u can respond or if u really lazzyyyass just click lalala button ok fine why i'm asking u to do this i know u just read and leave.bye.






Saturday, June 9, 2012

Dah tamat.Cuti dah tamat. uhhuuuu (T T)



hi.

Kalau tanya orang lain 'amacam cuti sekolah ni? ke mana korang pergi?  'owh..aku travel ngan member aku. Group diorang pergi Beijing so aku pun join lah'    Tak pun ' aku pergi pusing Malaysia beb, lepas ni kami ramai2 nak pergi Indonesia pulak'

ughhh. Aku betul betul habiskan masa bercuti di rumah. Serious. Tak tipu. Kalau keluar pun sebab bawa mak beli barang. Lepas tu jumpa bff beli barang makan2 balik rumah. Sadis gila percutian ini.

Tak pe. Mungkin belum rezeki aku pergi melancong. Cuaca panas sangat sekarang. Kalau aku keluar pun mesti aku dah lebur. Duduk dalam rumah pun peluh mencurah curah. Inikan pulak melangkah setapak ke luar rumah. Tak payah bazir duit pergi sauna. Duduk dalam rumah dah cukup. 

Tapi kan envy betul la aku tengok gadis gadis kat shopping kompleks dressing and make up lawa lawa je. Nampak cam budak sekolah lagi. Dah la dressing lawa make up pun lawa. Diorang keluar rumah make up tak luntur ke? Tak berpeluh ke pakai berlapis lapis. Tiap kali aku keluar rasa nak menangis je sebab panas gila..pakai baju simple selapis pun dah lenjun...pastu plak bukan main aku tempek makeup base la bedak ape kejadah la pastu 10 minit dalam kereta dah comot. Sampai shopping kompleks muka dah macam hantu. Time tu touch up pun tak jadi ape. Cisss. Perlukah aku buat plastic surgery? Kabooommmmm

Aku habiskan masa percutian ni dengan lepak di rumah dan mengemas dan makan dan tidur.  oh bahagianya. Langsung tak sentuh kerja sekolah. pff macam student lak nak kena buat kerja sekolah tapi leh dikatakan aku agak loser sekarang ni sebab langsung tak buat benda yang berfaedah. Nak tau tak sebab ape? Sebab aku tak mau buat la. dusyummm 

Lepas ni hidup aku yang lonely ni akan bertambah lengkap ke-lonely-an nyer sebab Farel and familinya berpindah ke Sungkai. Tiada lagi balik hujung minggu memanggil  'Farel, jum main bola'    
sobssss T__T

Hanya ada mak abah di kampung itupun mak abah mungkin akan buat lawatan susulan ke rumah anak2nye yang betaburan di bumi Malaysia ini. Nampaknya lepas ini aku akan habiskan masa dan wang menonton drama2 Ko-Ja dan berpeleseran seorang diri di mall atau pasar dan tidur tidur tidur.. ah mungkin juga aku akan melukis semula. Dah lama tinggal hobi nombor 1 ni.




lepak dengan bff di Pizza Hut. Aku sebenarnya nak komen sikit bab food presentation tu tapi kita tak baik mengata makanan so aku pendam je lah. Seriously di cafe bowling Kroh 10 times better than this and lebih murah. Sebab aku lapar jadi aku lupa nak tangkap gambar. ngeh ngeh
kenapa ada gambar kawan aku je? gambar aku tak de ke? tak de sebab muka aku dah macam hantu. 


selamat kembali ke sekolah. 





Friday, June 1, 2012

Mari Belajar Bahasa Thai *Part 1


baiklah murid-murid.

Di pagi Jumaat yang ceria redup dan baru lepas hujan ini mari kita belajar bahasa Thai. Bila datang Thailand at least boleh sebut satu atau dua perkataan Thai pastu buat muka riak.

Aku ni harap je mengajar kat sekolah 99% murid bangsa Siam, dengar 5-6 days per week diorang cakap Siam tapi aku boleh faham je la tapi tak boleh bertutur dalam bahasa tu. Aku rasa aku boleh cakap siam kalau aku banyak tengok cerita2 Thailand. Memandangkan aku cuma tonton cerita2 korea and Jepun je, tak de harapan lah aku nak cakap Thai. Wah riak nya ayat aku

Macam tu jugak cikgu2 lain..kami boleh faham dan tuturkan sepatah bahasa Siam tapi tak bertutur sepenuhnya. Lagipun kami larang murid cakap Siam sebab dorang terlalu lemah bertutur Bahasa Melayu inikan pulak dengar cikgu mengajar langsung dorang tak faham ape. Sakit hati betul. Kalau korang boleh sabar tak bila korang bercakap pot pet pot pet at the end dorang tanya balik  'er..cikgu cakap apa saya tak faham' pada hal ape yang korang cakap tu tak lah terlalu bombastik ayatnya. 

panjangnya mukadimah aku.


NOMBOR

1- nueng
2- song
3 -sarm
4 - see
5-har
6- hok
7 - jed
8 - pad      *bunyi sebutan-ped
9  -garw   
10  - sib
11 - sib ed
12  - sib song
13  - sib sarm
14  - sib see
15  - sib har
16  - sib hok
17  - sib jed
18  - sib pad
19  - sib garw   *bunyi sebutan -ghau
20  - yee sib

SOALAN DAN PERMINTAAN

siapa? who?
khrai?


apa? what?
arai?

apa itu? what's that?
arai nah?


bila? when?
menuarai?

di mana? where?
nai? thi nai?


mengapa? why?
tham-mai?

yang mana? which?
anh nai?

bagaimana? how?
yangai? yang rai?

berapa harga? how much?
thao-rai?

berapa jauh? how far is it?
klai sak thao dai?





ok. setakat ini dulu. nanti sambung part 2 pula.