Saturday, August 21, 2010

Pemulihan Khas- Dulu dan Sekarang

murid generasi teknologi..

kelas pemulihan (2007-2008)





dalam proses ubahsuai kelas baru..(Dec 2008)

super serabut juling biji mata..tahu mengemas tapi tak pandai decorate

Harap-harap lepas ni kelas jadi lebih cantik dan tak berserabut. Akibat dah terbiasa simpan dan kumpul barang terpakai/terbuang (kononnya nak buat abm) tapi last-last jadi artifak je. Masih banyak gambar perubahan dekorasi dan abm tapi lain kali baru upload.(^x^)

Saturday, August 14, 2010

Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Ini  merupakan blog pertama saya mengenai kerjaya dan diari guru serta murid Pemulihan Khas SK Tasek Pengkalan Hulu, Perak. Saya pernah buat blog pemulihan sebelum ini tapi separuh jalan. Tujuan saya menulis blog ini ialah kerana saya ingin berkongsi dengan guru-guru pemulihan serta pembaca-pembaca blog mengenai suasana, rutin dan pengajaran dan pembelajaran di kelas saya.

Bagi saya, pemulihan khas serta warga sekolah SK Tasek amat unik dan istimewa kerana sekolah saya adalah satu-satunya sekolah kebangsaan yang 99% murid berbangsa Siam ( seorang murid India). Sekolah saya dikategorikan Sekolah Kurang Murid (SKM) kerana terletak di luar bandar. Keunikan dan keistimewaan sekolah ini ialah dari segi perbezaan budaya,bahasa pertuturan dan bangsa.

Saya amat berharap melalui pengalaman dan coretan saya di blog ini mendapat maklum balas dan sokongan daripada pembaca-pembaca. Maaf sekiranya saya melakukan kesalahan dari segi penulisan. Saya masih baru dalam dunia blog dan teknologi. Saya akan berusaha memperbaiki diri.

Entri mengenai sekolah dan kelas akan menyusul nanti. Thanks!!

Waktu pagi di Pengkalan Hulu