Showing posts with label berjalan utk merdeka. Show all posts
Showing posts with label berjalan utk merdeka. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Love your country



hai. assalamualaikum.

selamat hari raya, selamat hari merdeka.

gambar lama yang terperam dalam sdcard harus dikeluarkan untuk menyedut udara segar. Kamera murah ku menjadi harapan sekolah kalau ada program. huhuhu. Aku kena buat usul lepas ni supaya sekolah beli kamera dslr dan lantik aku jadi photographer sekolah lepas tu aku cebik di sudut bangunan sebab muka orang lain semua ada tapi muka aku tak ada dalam gambar. ~__~







woohoooohoooo jauh giler weh berjalan. 
Daripada berjalan tegak , jalan terbongkok bongkok dan jalan perut ke depan..kawasan kampung tasek yang berbukit bukau cukup untuk menegang urat betis..sakit pinggang tak payah cakap lah. berjalan pula di jalan yang motor pun tak boleh lalu sebab bukit terlampau tinggi. Tahi anjing bersepah sepah. Anjing pula buat roadblock ..aku dan ckgu wan tertinggal di belakang... tak pasal pasal kayu bendera jadi guard.kekeke..

Apepun Selamat Hari Kemerdekaan ke 55!





Tuesday, July 31, 2012

merdeka raya.


assalamualaikum.

selamat berpuasa.

aku busy sangat sejak akhir-akhir ni. Busy tengok tv. Tengok channel Korea so kena tengok subtitle. So aku tak boleh nak update blog. Lepas tu busy tidur sebab .. sebab .. aku nak tidur. Aku nak update pasal koir tapi tak dapat gambar lagi so aku tak ada idea nak post apa. Macam boring pulak nak post pasal pemulihan aku  - malas. Nak post gambar pasal menu buka posa aku memang macam meminta simpati orang ramai je hulurkan sumbangan. Tapi aku suka benda free.


tak lama lagi raya. Berapa pasang baju korang? aku tak beli lagi. Baju kerja ada 2 pasang lagi belum pakai. Ok lah tu. Bukan orang tau pun. hahahhahaha. malas



baju raya 2012


sambutan bulan merdeka.


berjalan keliling kampung. wow. rasa macam 3KM. aku cuma pakai selipar. tahi anjing bersepah. Tuan rumah keluar menoreh si anjing menjaga rumah. Entah berapa kali kena block dengan anjing. shoh shoh





level: beginner


tq new follower! Selamat beribadat . Rebut pahala sebanyak mungkin.




Saturday, August 20, 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke 54 2011 SK Tasek

 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera




Honestly bila bergambar beramai-ramai memang sakit kepala masa nak upload gambar sebab macam-macam  rupa dan gaya..ini je gambar yang semua orang pandang kamera. 




Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 54


Saturday, September 11, 2010

Berjalan Untuk Merdeka

Kemuncak sambutan hari merdeka....


Berjalan Untuk Merdeka!!!

Tapi sebab bulan Ramadan- (^^) pheww.....- cuma cikgu lelaki yang join program ni...Cikgu Kok Wan Chow and Cikgu Ridzuan. Dijalankan pada 25 Ogos.. 3.30 ptg...ronda kampung Tasek sambil laung Merdeka!!

Wednesday, September 8, 2010

Merdeka-Menjana Transformasi

Salam...

Dah hampir pertengahan bulan September tapi entri bulan Ogos... ( T__T ) terlalu sibuk dan buat-buat sibuk. Ada masa terluang pun tak boleh pos entri sebab story bulan Ogos tak lengkap lagi..

PPD Daerah Hulu Perak menganjurkan pertandingan lukis kain rentang/sepanduk sempena sambutan Kemerdekaan ke 53. SK Tasek pernah menang tempat ke3 sepanduk merdeka tahun 2008 dulu. Tak dinafikan memang sepanduk tu cun habis. Paling best sebab semua cikgu lukis dan warna sama-sama. Kali ni kami bertanding lagi dan syarat bagi saiz kain ialah maksimum 5 meter panjang. Lebar tak dinyatakan/tak kisah. Kami pun buat 4 meter dan selebihnya untuk dijahit dan ikat pada kayu. Semua penyertaan kena pamerkan di PPD Gerik.

Oleh sebab masa suntuk dan sekolah pun ada banyak program/meeting, kami mula pada 19hb Ogos dan tarikh tutup pada 26hb Ogos. Suntuk tak? Memang suntuk habis tapi sebab semua cikgu termasuk staf sekolah sangat ringan tulang (^_^) alhamdullilah..siap pada masanya.

Enjoy the pics below...

Orang kuat kain rentang - cikgu Sharifah (kanan). Orangnya kreatif,tulisan cantik dan pandai lukis

 Antara cikgu paling rajin tolong-Cikgu Marina
Cikgu Norihan buat border


Ada tak budaya ni di sekolah you all?
Operasi mewarna di kelas Cikgu Hani (tudung oren)



Kak Juraida (PT) pun tolong
Mr Rosidi try to hide..hihi


fokus utama kain rentang. Something wrong with little girl's hand tapi dah dibaiki


                                                               AND THE FINAL DAY!!!!

Harap-harap dapat menang tahun ni. (^__^)v