Friday, November 28, 2014

suka suki sekolah 2014


assalamualaikum..

baru ada masa nak bersihkan sawang dan debu dalam blog berkarat ni. hujung persekolahan sangat dinanti nantikan oleh budak2 terutamanya cikgu. kadang2 aku rasa macam nak jerit 'horeeyyyy cuti sekolah!!!' kat depan budak2 aku. dulu aku malu tapi sekarang aku horey je depan dorang.

dah la tengah hot isu sekarang pasal cikgu. meh aku tambah minyak sikit kat isu ni. masa aku start kerja 2007 aku dapat concentrate dengan kerja aku sebagai cikgu. serius 2-3 tahun kebelakangan ni aku rasa macam kehilangan. hilang nikmat jadi cikgu. cikgu yang MENGAJAR. walaupun aku cuma cikgu pemulihan..jawatan yang orang luar even cikgu2 sendiri pandang sebelah mata ni pun rasa rindu dengan tugas sebenar..inikan pulak cikgu2 kelas perdana..kelas aku ibarat pejabat. tempat aku dikelilingi rak fail dan buletin board sebab aku pegang jawatan s/u..aku bimbang kelas pemulihan aku tidak berfungsi sebagai kelas sebaliknya menjadi pejabat. lol. aku masih dapat mengajar tapi tak macam dulu sebab aku rasa macam dah lebih menjadi kerani daripada mengajar. aku harap tahun depan aku boleh mengajar bersungguh2.
kalau aku cerita lebih2 pun bukan orang faham situasi sebenar so aku berenti sini je lah. apepun alhamdullillah kerana ini ujian untuk guru.

selamat menatap gambar.




























Sunday, November 2, 2014

volleyball


tu diaa aih..bulan lepas tulis update soon..soon la sangat. Memang nak update blog tapi laptop masuk kilang balik..dah la baru je beli laptop tu..lenovo ni sensitip sangat ke ha? selain kerja sekolah aku habiskan masa dengan tidur. Mengantuk + letih macam tak tidur sebulan.

akhirnya...selesai kejohanan bola tampar kebangsaan..huhu..

3 kali latihan pusat di unit sukan ipoh..kali ni aku jadi pengurus kontinjen bola tampar negeri. sebelum ni jadi pengurus pasukan daerah ke peringkat negeri so tercalon la aku ke peringkat kebangsaan..

nah jamu mata


 bestnya kalau sekolah aku ada stadium besar macam ni





bertolak ke Pahang jam 10 pg. Sampai di asrama 3.30 petang..perghh..jauh gila weh..tabiat aku kalau memulakan perjalanan jauh lagi2 urusan kerja memang aku tak makan dan minum. kalau makan pun secubit je..aku memang tak berapa gemar singgah toilet luar..sebab aku cerewet sikit bab toilet yang tak berapa mesra alam. kemudian sesi mengangkat beg ke asrama di tingkat 3.nasib baik petang tu cuma rehat..so just lepak dalam bilik. dah nama pun pengurus..kena la ada dengan budak 24 jam..24 jam tahu! 3 orang budak aku demam panas tapi dalam penat angkut beg sempat lagi selfie. bawa budak2 manja pulak so memang dorang semua tak pandai uruskan barang2 diorang..atas lantai penuh dengan sampah baju segala. aku ni dah la jenis cakap sekali korang tak dengar tak pe ah, baik aku cakap dengan dinding. haha..so sepanjang masa  hari di asrama memang aku kutip sampah sarap dan tolak beg2 dorang ke tepi..kalau tak takde ruang ah kaki nak memijak lantai. siap arah dorang turun awal2 sebab aku nak kemas bilik dulu. selain tu tugas pengurus jaga murid yang sakit. serius perghh mencabar mental fizikal dan kewangan aku weh. alhamdulillah masa tu gaji awal sebab nak raya deepavali, so ada la duit poket aku nak beli ubat-ubatan dorang. first aid tu ada tapi ubat untuk demam tak ada..banyak jugak la habis kat ubat. malam tidur2 ayam je sebab nak kena check suhu budak2 demam..tapi tak pe aku suka..sebab berat aku dah turun 2 kg hahaha

 di gelanggang kejohanan - Bentong, Pahang.









saat yang mendebarkan. mesyuarat pengurus pasukan. sebab masa ni kena submit dokumen pendaftaran pasukan. ye walaupun dah check dokumen banyak kali, walaupun dan minta orang check, kerisauan tu tetap ada selagi urusetia tak cakap lengkap tau tak. bayangkan kalau ada sehelai borang tercicir mampus aku pasukan tak boleh bertanding. mampus ah kalau ada sehelai dokumen yang ketua unit sukan tak tandatangan. giler nak patah balik dari pahang ke perak mencari orang untuk tandatangan? hari sabtu pulak tu. tapi alhamdulillah negeri aku tak de masalah. aku kena submit dokumen dalam bentuk buku tu lah. walaupun ada kontinjen lain tak bukukan dokumen pendaftaran, tapi boleh je asalkan lengkap. cover buku tu bukan aku buatla..pt daerah aku yang buatkan ..smart giteww..


 badan semua haluih2 tapi bab makan masya Allah..takut aku tengok.asal ada masa terluang je mesti dorang makan.


ini semasa di gelanggang pemain lelaki. tempat dorang jauh giler ah dari asrama. mempaga. serius masa ni buat aku terpikir panjang pasal hidup aku. memang aku tak pernah terlintas dalam kepala aku terlibat dalam hal berkaitan sukan ni.walaupun aku dulu ambil course pengurusan sukan. dan ye aku sendiri tak percaya aku ambil course pengurusan sukan. mana tak nya..sepanjang aku sekolah rendah dan menengah aku tak pernah libat dalam sukan sebab masalah kesihatan. main pj pun dah ponteng sekolah esoknye sebab tak boleh bangun. macam mana aku boleh ambil course pengurusan sukan plak? mane aku tau.aku daftar semua bahagian ekonomi and business study..tup2 buka result pengurusan sukan dengan ujian fitnes bagai.tapi sepanjang belajar sport management aku tak pernah sentuh permainan/sukan..bola baling?bola tampar?tenis?even badminton? no!course aku tak de benda2 camtu..yang aku buat senamrobik dan outdoor activities je..camping..themepark etc..dan aku plak jenis introvert, memang jauh panggang dari api aku nak melangkah ke tempat2 sukan yang ramai lelaki. tak pernah.

tapi kali ni aku berdiri di dalam stadium. penuh sesak dengan peminat sukan. pemain.jurulatih.pengadil. bau peluh menusuk hidung. penuh dengan lelaki. sorakan bergegar dinding. betul ke ini hidup aku? nanti jap..dalam ramai2 lelaki kat sini aku patut mengorat seorang dua lol.




 majlis makan malam dengan MB Pahang..yuhuuu esok pagi2 dah boleh balik!



dan yang terakhir..kemaskan bilik asrama seolah2 tak de orang duduk..budak2 aku dah diberi tazkirah supaya disiplin and kemas bilik betul2..lega sikit dorang menyapu and kutip sampah semua..mana makanan berlebihan tu kami sedekah kat tuan punya bilik..auuww baiknye (sebenarnya tak larat nak angkat barang dah)


oh ye..kami dapat tempat ke 8 je..tengok pemain sarawak, pahang , terengganu selangor main..pergh dahsyat weh.tak macam budak sekolah rendah. dah macam pro.