Showing posts with label pemulihan khas:bahan bantu mengajar. Show all posts
Showing posts with label pemulihan khas:bahan bantu mengajar. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

pemulihan khas: cara buat roda impian- huruf vokal



assalamualaikum

lamanya tak update blog.busy ah. jadi ajk buka tender 3 hari (terlepas jamuan raya sekolah).. meeting... + nothing interesting.  

seperti yang dijanjikan permintaan pembaca minta tunjukkan cara buat roda impian. oleh sebab murid aku tak datang hari sabtu , so ada masa setengah  sepanjang hari buat roda impian.. 

but betul2 minta maaf sebab buat tak kemas sangat. kalau nak buat betul2 cantik mungkin ambil masa berhari-hari. maklumla buat bahan banyak kali try and error.. bila dah print tapi tak sesuai kena buat lain la.. bila dah potong tapi tak sama kena buat lain lagi.. bila warna tak match kena buat lain lagi...akhirnya nak siap satu bahan pun mgkin ambil masa 3 hari.

mula mula guna mounting board.kalau mounting board kaler terang lagi bagus. stok mounting board aku dah abis ..ni je tinggal..
potong bulat besar.


 potong bulat kecil pulak. 
adjust dulu supaya ruang untuk letak kad gambar muat atas board hijau

 print out and laminate
 ok dah tu. nak buat kad gambar design bulat pun ok jugak. up to you =)




 susun atur dulu. pastu baru letak gam double sided . walaupun gam ni tak tahan n mudah tercabut tapi senang nak perbetulkan kalau salah letak.lepas dah puas hati baru sapu gam UHU.


 guna paku payung di tengah2. sebenarnya ada paku khas untuk bahan pusing2 ni tapi sampai sekarang  belum jumpa..mungkin ada kat kedai stationary yang besar2 je kut. lepas tu check dulu board hitam tu boleh pusing dengan elok ke tak...kadang2 bila dah paku, kedudukan board hitam tu senget dari asal..

 bengkokkan paku belakang dan tampal dengan binding tape supaya tak lukakan tangan murid.kang tak pasal mak pak dorang mai saman. dalam kelas pun kena ada hammer paku bagai. hammer ni rm1.

 dah siap.lupa nak buat anak panah kat gambar alu.huhu.kad gambar pun patut susun elok sikit.sorry, kelam kabut aku buat.

cara main:
ajar terlebih dulu gambar dan huruf vokal.
murid pusingkan  huruf vokal pada gambar yang betul.




that's all for now...ada masa panjang dan tak busy nanti aku buat yang elok dan kemas..

bye!



p.s: Happy Besday Bura..semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia bersama keluarga =)









Sunday, April 29, 2012

Fokus! Fokus!


Hello!


Sedang berusaha selesaikan project attack!  ye nama yang aku bantai bubuh untuk projek abm aku... best betul dapat buat bahan mengajar sendiri yang cantik yang kemas yang menawan yang bila orang lain tengok
 ' wah..buat la banyak2..pastu jual..mesti laku!

tapi aku sorang je cakap macam tu sambil usap kepala sendiri * hebat hebat

idea selalu datang lagi lagi kalau ronda kat kedai buku bahan bacaan pra sekolah, tahap 1 and tahap 2. Kalau beli pun memang  lagi bagus cuma kadang-kadang bahan mengajar tu tak sesuai dengan kemahiran murid atau pun tak sampai ke tahap p&p murid tu..so kalau beli jugak kang membazir je.. lagi-lagi kalau aku survey bahan tu tapi dok pikir 'eh boleh buat sendiri jugak ni'...   hmmpp! hampeh langsung tak buat.


tapi best jugak bila murid tegur:

-ini cikgu buat ke?
-yup
-cikgu rajin lauuu
-kene la rajin sebab nak bagi kamu pandai tapi kamu sendiri balik rumah letak beg terus pergi main malam tidur awal tak pun tengok tv sampai tengah malam kerja rumah tak siap pastu kat sekolah kena marah tapi esok buat lagi harapkan datang sekolah je baru nak belajar kamu ingat cukupke ha? ha? ha? 



cover perasaan kembang kuncup tadi dengan berleter.


sejak dua menjak ni aku mengajar dengan marah marah je. Aku tak tau kenapa tapi otomatik aku jadi macam tu. Aku faham murid aku ni memang lambat terima info, cepat lupa, lambat bergerak, halangan komunikasi etc dan biasanya aku cool je tapi tahun ni lainlah.


aku tak boleh cool dengan murid aku sorang ni sebab kalau aku cool masa mengajar dia pun ikut cool juga masa belajar. Maksudnye dia pun buat main-main je.. bila abis kelas macam tak belajar apa apa. Scary...... mengajar macam nak tercabut dinding tapi at the end of class murid lost memory macam tu je...bila tanya benda yang sama esok semua nganga. Aku teringin nak tengok orang bukan cikgu yang kata kerja cikgu senang tu mengajar kes murid macam ni. muahahaha..

Tau tak dulu orang cerita ade sorang cikgu ni (bukan cikgu pemulihan) kata 'ell lehhh...senang sangat mengajar budak pemulihan ni...ajar  abc je tu pun tak boleh ke..? cikgu pemulihan senang la ajar budak eja batu, ciku cili pastu bagi budak main. hmp, kalau aku sehari je budak tu boleh baca.

dan cikgu tu pun cuba ajar sorang murid pemulihan tu eja batu.
'aku tak boleh dah! aku tak tahan dah ! silap hari bulan tangan aku naik ke muka budak ni! eja batu pun tak boleh!!!

booomkabaaaboooommmmmm!!!!



Kes pemulihan biasanya murid cepat lupa, kurang fokus, hyperaktif dll. Jadi  dah biasa ulang 1 perkataan lebih kurang 10 kali dan menunggu murid tulis 1 perkataan tu ambil masa paling lama 5 minit dan kadang-kadang 10 minit. Deabak. Contohnya perkataan 'berenang'.


Guru:  * sebut 'berenang'
Murid: apa wa cikgu?
Guru: be-re-nang
Murid: berenang ke?
Guru: iye
Murid:* mula tulis  sambil sebut be-re-nang
Murid: * tulis ber-nang
Guru: saya sebut BE-RE-NANG. mana -re? dengar betul2. BE-RE-NANG. ada 3 bunyi.
Murid : berenang ke?
Guru: iyeeeeeeee
Murid: *tulis beranang
Guru: bukan...be-re-nang.....be-re-nang.....be-re-nang....cuba eja
Murid: be....re...na..... berenang!
Guru:  ..........

so perbualan ini ambil masa hampir 10 minit. Untuk seorang murid. Jika 3++ orang murid ??......

Tapi murid macam ni jugak yang sejukkan hati. Kadang-kadang ada harinya dorang terror. Boleh eja sendiri , buat ayat lengkap, jawab soalan semua betul..dan ada masanya dorang nak tulis huruf  G pun lupa. Dorang la buat teman bual cikgu pemulihan yang terperuk dalam kelas sebab waktu mengajar penuh.
Nevermind. That's why i'm here for you. cewah.





Jadi aku kena berusaha sediakan bahan mengajar! Hwaiting!!






dam suku kata...roda impian....buku selak....kad cantum....lalalala





but me today


Tuesday, April 12, 2011

Nak Tak? Nak tak?

Hai

Rasa macam nak buat baik hari ni.

Saya nak bagi suku kata bergambar kepada pembaca yang mahu ajar murid atau anak (1 tahun - 8 tahun) membaca dan mengenal suku kata. Lebih kurang kamus bergambar. Saya buat buku ni sebab murid saya tak kenal gambar atau benda dalam Bahasa Melayu. Tapi diorang kenal benda tu dalam Bahasa Thai. That's why. Kalau saya sebut lubang, diorang tanya 'cikgu, lubang tu arai? / cikgu,lubang tu apa? so saya kena lukis  atau tunjuk gambar on spot dari google images barula diorang  'ooooooo...tau lew'..

Sila tinggalkan email anda di ruangan komen dan saya akan hantar bahan melalui email.
anda cuma perlu print (warna) dan laminate. Kalau tak laminate mesti rosak kena air liur atau tangan berpeluh..

Mungkin bahan tak disend dengan segera kerana saya perlu bertugas juge... lol

p/s: minta maaf kepada emilia yusuf kerana ambil art tanpa kebenaran. tapi sya akan tukar gambar lain untuk give away ni.sorry juga untuk fan art shinee. your drawing just amazing.


horeyyyy!!!esok cuti sebab perayaan Songkran...hmmm nak pergi ke tak nak eh..kalau pergi kena simbah air....hmmm (-___-)



Friday, March 18, 2011

Pemulihan Khas: Bahan Bantu Mengajar

Saya just upload random pics bahan bantu mengajar from my class which i made this masa belajar di maktab dulu. All pics might be a little bit blur coz pics taken from my cheap cam handphone.

Kebanyakan alat ni tak berapa kemas sebab saya bukan reti buat kerja kemas sangat.haha.forgive me. Masa tu buat bahan pakai duit sendiri weh...kena la berjimat cermat beli and guna bahan macam kertas, laminate paper dsb. Harapnya tahun ni bersungguh buat bahan bantu mengajar lebih cantik dan kemas. Gambar2 ni pun masa tahun 2008 dan 2009. Mengajar sekarang lebih banyak guna perisian powerpoint daripada alat2 ni. cekidaut.

Buku Pop-up Huruf Vokal
Pop up book (A-Z)




Roda Impian Ku Impian Mu Jua

Let's Bowling Yo!  Math
carta cabutan soalan math





Kad Selak (A-Z)






Kad Cantum Mencantum




Token chart and organisation chart




kedai yg buat




kedai buat jugak










garam kasar. Kalau guna pasir,kotor..



untuk latihan jari/tangan, rangsang kreativiti murid

kad cantum abjad dengan gambar


Semua bahan mengajar ni dibuat bersungguh2 tapi budak budak buat dekk je..Diorang lagi berminat dengan bahan mengajar guna komputer..lagi lagi gambar yang beranimasi...So kebanyakan bahan mengajar saya sekarang dalam bentuk power point and scan bahan bacaan daripada buku untuk paparkan pada skrin..

Sadisnya sekarang laptop ni tunggu masa je K.O...coz virus attack..argghhhhh!!!nyawaku!
...LCD skrin di kelas pun asyik jadik yellow screen...sudahla mengajar pun rasa macam tak ada kualiti sebab asyik tersepit dengan tugas lain (buat surat....program sekolah..kemaskini sistem fail yang teramat banyak...hal sekolah etc)..haihhh..berkat ke rezeki aku nih...

Lain kali nak update bahan dari power point pulak..(^__^) have a nice weekend!


IT'S EASY TO BE A TEACHER BUT IT IS NOT EASY TO BE A GOOD TEACHER