Sunday, September 26, 2010

Bosan seyhh

Sebab bosan sangat so buat wishlist. Entah berapa kali buat wishlist. Lepas tu pulak tiap kali nak gaji buat list lagi. tapi masa beli barang tak tengok pulak list tu. heh. Ada banyak masa lapang sebab habis sekolah terus stay dalam rumah. Keluar? Jalan2? Baik tak payah.Duduk rumah tengok Spongebob lagi best.



Jadi perlu list kan juga aktiviti untuk isi masa:

  • melukis
  • habiskan baca novel yang baru baca 2 ms terus tertidur
  • buat bahan mengajar pemulihan BM dan Mate
dan..... aiseh tak de idea lah. kalau ada internet kat rumah sewa kan best. Mesti meletup lappy ni sebab on 24 hours.

Sebab duduk saja tak buat apa-apa kena elak makanan berat. Inilah lunch saya. Bosan tak? Kalau kawin jamu kat laki macam ni agak-agak kena cerai talak 12 tak? heh heh

By the way found this somewhere on tumblr :


"People think a soul mate is your perfect fit, and that’s what everyone wants. But a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that’s holding you back, the person who brings you to your own attention so you can change your life. A true soul mate is probably the most important person you’ll ever meet because they tear down your walls and smack you awake. But to live with a soul mate forever? Nah. Too painful. Soul mates, they come into your life just to reveal another layer of yourself to you, and then they leave."



sekian. lol

Saturday, September 25, 2010

Pemulihan Khas - Bahan Bacaan Suku Kata

 Selalu banyak idea untuk buat bahan mengajar pemulihan khas. Nak elakkan terlupa saya buat scrapbook. Macam buku Eric Leong. Cuma buku Eric Leong lagi cantik kemas dan mahal berbanding saya yang hanya guna kertas A4 putih lepastu stapler je tepi. Hari pertama UPSR dah plan nak buat bahan bacaan untuk murid. Sekolah kecil jadi semua kelas direhatkan. Kalau kami mengajar nanti mengganggu murid jawab UPSR. Dengan hati riang * sebab saya tak mengajar tahun 6* cikgu-cikgu dan murid menonton movie di makmal komputer. Sebelum ini dah buat bahan bacaan tapi dipamerkan di dinding. Jadi kena buat dengan lebih kemas dan banyak kategori suku kata such as KV KV, KV KVK, KV KVKK dan KVV.

print out-gunting-tampal-laminate

Untuk bahagian KV KV sahaja dah ada 10 helai.  Belum lagi 3 kemahiran suku kata yang lain. Penatnya tuhan saja yang tahu. Nampak mudah tapi penat oooo...

panas mesin laminate ni macam tengah duduk depan oven buat kuih raya

Akhirnya..TADAAA>>> setiap satu buku lebih kurang 11 muka surat. Rasa lebih seronok sebab ada gambar kartun/fanart idola saya (0_0) teruja*. Dan lebih excited sebab bila plan nak buat kerja menjadi.

Perlu lebih kreatif dan komited buat bahan bacaan/bahan mengajar sebab akhir-akhir ni murid saya rajin pinjam buku bawa balik sebab nak baca di rumah. Lagipun diorang memang kekurangan bahan bacaan di rumah. Yang ada cuma buku kerja dan buku teks sekolah je. Memang jakun kalau diorang tengok gambar dalam majalah National Geographic.

akibat leka buat benda lain

About School : Program Kepung SK Tasek 2010

Baru-baru ni sekolah buat Program Kepung. Program khas untuk Tahun 6 sebelum UPSR. Sebelum cuti raya saya amat busy. Ya Amat Busy . Sebab tahun ni dilantik jadi setiausaha program jadi kena buat persediaan untuk bentangkan kepada PIBG dan guru besar (kononnyala sebab akhirnya bukan saya yang bentang). Sebenarnya kerja tak teruk sangat pun sebab ramai cikgu senior yang tolong. Saya cuma buat kertas kerja dan surat-menyurat.

Tarikh : 17 dan 18 September 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: Rumah Rehat Pengkalan Hulu,Perak
Peserta: 17 orang murid Tahun 6 SK Tasek
Guru: 12 orang guru SK Tasek

Bermula pada petang jumaat dengan slot Sains dan BM Penulisan. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan supaya dua slot boleh buat serentak. Lepas sejam tukar slot pula.

Masa murid tengah buat kelas lupa nak ambil gambar. tapi masa semua cikgu masak barbeque tak lupa pula snap gambar makanan.(- -")

Masa malam ada jamuan untuk warga sekolah SK Tasek (guru dan staf), murid-murid Tahun 6, dan AJK PIBG.Dari jam 6 petang lagi AJK bakar ayam dah bakar membakar. Menu malam memang masyuk. Tapi start makan dah pukul 9.30 malam semua dah mengantuk letih lapar makan tak banyak.

AJK bakar ayam sosej ikan






Puan Zawzai GB




jemput makan bang




















Banyak lagi gambar makanan yang tak ambil sebab terliur tengok semua orang makan dengan penuh gigih.
Sepatutunya malam tu kena tidur di resthouse tapi buat keputusan sendiri nak balik dan tidur di rumah walaupun kena harung malam masuk rumah menggigil lutut sebab dah pukul 11.45mlm.

Sabtu pula ada 3 slot -slot BI, BM dan Matematik dari pukul 8.30 pagi sampai 1.00 petang. Untuk dapatkan breakfast free saya pun dengan muka tak berapa malu pergi resthouse dengan  riak muka kononnya nak meninjau perkembangan program. Lepas makan nasi lemak lepak tepi tasik sorang-sorang sebab tak ada teman. Kalau ada tak kan saya nak tulis duduk sorang-sorang kut. Lagipun lepas breakfast ada minum pagi pula.Bihun.Jadi jangan lepaskan peluang makan free.










mari berjoging

Rumah rehat ni betul betul depan tasik
Program tamat pukul 1.30 petang. Sebelum bersurai ada makan tengah hari pula.Nasi Ayam.Sebagai orang yang amat menghargai makanan dan membazir itu amalan satan maka harus bawa sebungkus pulang. 


Selepas ni banyak lagi program hujung tahun. Perkhemahan, Hari Anugerah etc.Perlu bersiap sedia mental dan fizikal .



Wednesday, September 15, 2010

Holiday Tak ada Makna Kalau Tak Hangout Dengan BFF

Demam raya lagi ke?
It' s over. But my mouth still chewing raya cookies..now i'm worried bout my weight.

Saya ada kawan nama hampir sama umah selang dua rumah satu kelas satu sekolah. Dulu selalu hangout dengan dia. Saya kenal dunia sebab dia. Dunia komik, dunia cerita Jepun,Korean Wave, lagu-lagu best etc. Sejak dia dapat kerja baru dan tinggalkan semenanjung memang susah jumpa dia. Kami kena buat appointment dan pastikan jadual saya kosong untuk hangout dengan dia.

waiting for my meal

dat's look delicious



Cuti dah tamat. Esok kena balik Pengkalan Hulu. Barang belum packing. Mentang-mentang cuti lama, kereta pun dah lama tak warmup.

Bila nak mula sekolah baru teringat kerja sekolah tak siap lagi. Macam budak sekolah jugak. Sebelum garu kepala mundar mandir  sambil mengeluh kat mak kerja tak siap lagi kerja tak siap lagi x10000 saya nak enjoy surfing dulu. lalala

Monday, September 13, 2010

MV I Watch

video

 Miss A- Bad Girl Good Girl
Totally awesome!! Love the song and dancing moves.
This is their first debut after 8 years of training. Also win 1st place in Music Bank KChart.
And it is hard to win 1st on MB with first debut ya know. 2 of them are chinese while the other 2 are korean.

Entri Raya Lagi

Selamat Hari Raya
Dah tak larat dengar lagu raya kat radio bila dalam kereta. 
Sesi bersalam salaman guru dan murid di sekolah. Yeah! Lagu raya berkumandang di kampung Tasek..kampung yang majoritinya non muslim. Asyik dengar tok sami je baca doa pagi-pagi, ape salahnya bagi dorang  dengar lak lagu raya. Mana tau menusuk kalbu dorang ke...hihihi.






live happily ever after..hohoho (^O^)

Saturday, September 11, 2010

My Wish List

try to get attention?no mehh..


samsung galaxy s..rm2k ++...mahu ini supaya sama dengan ehem..ehem..lagipun henset saya dah rosak

  
bila sedar diri tak mampu samsung star pun takpela..rm500++

cr:fuckyeahuhljjang

yes i want this

bila dah rajin berblog mesti nak kena ada kamera canggihkan..walaupun blog ni bkn pasal blog fotografi
dragonball headphone rm170++
need one of this
lol
                                    SELAMAT HARI RAYA!!!






         RAYA KEDUA!!!! MAAF ZAHIR BATIN
       

Berjalan Untuk Merdeka

Kemuncak sambutan hari merdeka....


Berjalan Untuk Merdeka!!!

Tapi sebab bulan Ramadan- (^^) pheww.....- cuma cikgu lelaki yang join program ni...Cikgu Kok Wan Chow and Cikgu Ridzuan. Dijalankan pada 25 Ogos.. 3.30 ptg...ronda kampung Tasek sambil laung Merdeka!!

Wednesday, September 8, 2010

Merdeka-Menjana Transformasi

Salam...

Dah hampir pertengahan bulan September tapi entri bulan Ogos... ( T__T ) terlalu sibuk dan buat-buat sibuk. Ada masa terluang pun tak boleh pos entri sebab story bulan Ogos tak lengkap lagi..

PPD Daerah Hulu Perak menganjurkan pertandingan lukis kain rentang/sepanduk sempena sambutan Kemerdekaan ke 53. SK Tasek pernah menang tempat ke3 sepanduk merdeka tahun 2008 dulu. Tak dinafikan memang sepanduk tu cun habis. Paling best sebab semua cikgu lukis dan warna sama-sama. Kali ni kami bertanding lagi dan syarat bagi saiz kain ialah maksimum 5 meter panjang. Lebar tak dinyatakan/tak kisah. Kami pun buat 4 meter dan selebihnya untuk dijahit dan ikat pada kayu. Semua penyertaan kena pamerkan di PPD Gerik.

Oleh sebab masa suntuk dan sekolah pun ada banyak program/meeting, kami mula pada 19hb Ogos dan tarikh tutup pada 26hb Ogos. Suntuk tak? Memang suntuk habis tapi sebab semua cikgu termasuk staf sekolah sangat ringan tulang (^_^) alhamdullilah..siap pada masanya.

Enjoy the pics below...

Orang kuat kain rentang - cikgu Sharifah (kanan). Orangnya kreatif,tulisan cantik dan pandai lukis

 Antara cikgu paling rajin tolong-Cikgu Marina
Cikgu Norihan buat border


Ada tak budaya ni di sekolah you all?
Operasi mewarna di kelas Cikgu Hani (tudung oren)



Kak Juraida (PT) pun tolong
Mr Rosidi try to hide..hihi


fokus utama kain rentang. Something wrong with little girl's hand tapi dah dibaiki


                                                               AND THE FINAL DAY!!!!

Harap-harap dapat menang tahun ni. (^__^)v