Showing posts with label whatsoever. Show all posts
Showing posts with label whatsoever. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

meehhhh


aiii...tak tahu nak post ape...tak ada perkara menarik selain daripada kemalasan melampau minggu ni. pelik betul. sebelum ni jarang aku tidur petang sebab tak mau muka sembab tapi minggu ni asyik menguap je..dah tak sabar balik rumah nak tidur..lepas tu pulak lapar. lepas makan tidur. wee this is not me!kenapa aku berperangai beruang kutub? tetibe. maka berat pun semakin bertambah dan badan semakin kembang. ye . aku sedar hal itu tapi aku betul2 nak makan dan tidur je.

since bukan masalah korang pun berat aku bertambah dan aku pun tak ada story but this is my blog who cares anyway nah gambar



welcome back rains...i miss u so much


Friday, February 15, 2013

tak semangat




sooo....here i am..at school... sekolah aku cuti seminggu...memandangkan aku ada banyak kerja so baik aku lepak kat sekolah...buat kat rumah pun boleh gak tapi confirm tak siap lah. Buat kerja time cuti sekolah memang best giler ah sebab boleh concentrate buat kerja tanpa gangguan ... 
ahhh best betul ada kelas sendiri hikhik.


sejak 2 menjak ini tak ada mood nak update blog.lagipun bukan ada benda berfaedah yang boleh ku kabor melainkan cerita merapu aku untuk buang masa emas korang. nak letak gambar selca aku lagi ah. aishh macam perasan lawa plak. sengal. so kawan rapat aku sekarang ialah laptop printer dan files...ye aku bersembang dengan fail2 aku je...g sekolah buat kerja senyap2, balik umah dok senyap2..esok dan lusa dan tulat pun begitu wah. bermakna sungguh hidup aku nih. nasib baik ada blog boleh gak aku merapu sikit. duduk kat rumah pun tak best sangat sebab rasa macam duduk dalam penjara. T__T


ok kerja i banyak lagi mungkin akan semakin jarang update so thanks for your support. kalau aku baik aku update ah. aku memang suke tengok masa emas korang terbuang begitu saje kuhkuhkuh









Saturday, January 19, 2013

sambil sambil




termenung panjang memikirkan masa depan. budak busuk yang asyik kepit bawah ketiak mak abah ini sambung belajar di Seremban.




lepas tu makan di restoran nasi arab di Rawang. yum yum









ermm..yeah that's all.


bai

Tuesday, January 1, 2013

what new year


assalamualaikum

hai selamat tahun baru.

orang sambut tahun baru kan .. dengan  kawan...famili...lover....

aku kan ... aku tak kesah pun sambut tahun baru tanpa kawan famili or lover... sebab aku jenis tidur awal.  dan aku tak suka tempat sesak dan ramai orang... cover

tapi aku tak bleh tahan betul sambut tahun baru tanpa internet n astro... hhuuuuuuhuuhhuhu..

walaupun aku tak kesah sambut tahun baru tapi aku tetap berpeluang tengok bunga api. dapat la juga tengok. mesti dorang kesian kat aku ataupun dorang tak sabar nak tunggu sampai jam 12 terus dorang nyalakan bunga api tu.

malam tadi plak tidur awal sebab letih drive sepanjang hari tengah malam terjaga sebab bunyi dentuman

'cilake sape plak main mercun tgh malam aku nak tidur pun tak boleh. Eh tahun baru le. Patut le pun'

sambung tidur.






nah aku belanje korang  Tat Nasi Ayam. yum yum







Saturday, November 24, 2012

Cerita aku


hey hey hey

baru nak mula bercuti. Minggu pertama cuti sekolah semua orang sibuk merancang nak buat ini itu pergi sana pergi sini tapi aku dan rakan sejawat stress gila uruskan program. Bukan program sekolah pun tapi buat mengalahkan program sendiri. Saper tak nak jaga nama baik sekolah kan. Oleh itu berkorban lah jiwa dan raga dan harta dan masa untuk kerja (kerja luar). Pada awalnya memanglah merungut sebab banyak benda tak kena lagi pun libatkan banyak pihak dan kalau silap sikit habis busuk nama sampai mati. Biasa la manusia, baik setinggi gunung orang tak ingat, silap sikit orang ingat sampai bila bila. Aku pun masuk kategori tu. wahahaha. 

Tapi in the end, wow walaupun tinggal kami bertiga, kami boleh bertahan sampai akhir. Masa tu mental fizikal memang dah -0. Soobbsss.. 


kelas bertukar rupa lagi. selain jadi kelas boleh jadi tmpat mesyuarat, bilik operasi, bilik pertandingan, bilik panik, bilik sejuk ..what u expect from sekolah kecil.lalalala

malas la pulak nak story pasal kerja. lain kali lah.  




great. start school holiday dengan menjamah makanan berlemak bermanis dan segala ber-!. Nanti buka sekolah tahun depan semua orang tak kenal rupa aku.


habiskan masa bermain dengan Farel. yeay !


Sunday, November 4, 2012

Pendek


Oh hi there my love i miss u so much kekekekek . No. Not you readers.
Entri semakin pendek. Maafkan kecomelan ku. Malam ni kena buat surat dan minit mesyuarat dan tonton tv dan lain lain. Hati runsing. Bye.




Tuesday, July 31, 2012

merdeka raya.


assalamualaikum.

selamat berpuasa.

aku busy sangat sejak akhir-akhir ni. Busy tengok tv. Tengok channel Korea so kena tengok subtitle. So aku tak boleh nak update blog. Lepas tu busy tidur sebab .. sebab .. aku nak tidur. Aku nak update pasal koir tapi tak dapat gambar lagi so aku tak ada idea nak post apa. Macam boring pulak nak post pasal pemulihan aku  - malas. Nak post gambar pasal menu buka posa aku memang macam meminta simpati orang ramai je hulurkan sumbangan. Tapi aku suka benda free.


tak lama lagi raya. Berapa pasang baju korang? aku tak beli lagi. Baju kerja ada 2 pasang lagi belum pakai. Ok lah tu. Bukan orang tau pun. hahahhahaha. malas



baju raya 2012


sambutan bulan merdeka.


berjalan keliling kampung. wow. rasa macam 3KM. aku cuma pakai selipar. tahi anjing bersepah. Tuan rumah keluar menoreh si anjing menjaga rumah. Entah berapa kali kena block dengan anjing. shoh shoh





level: beginner


tq new follower! Selamat beribadat . Rebut pahala sebanyak mungkin.




Tuesday, July 24, 2012

Thursday, July 5, 2012

hey hey hey


sorry lama tak update

tunggu entri baru kah? heheheh

coming soon ek..ada tajuk best tapi kena ambil masa merenung kamera dan laptop dengan mata separuh buka. Bukan main lagi bertekad nak jadi blogger tegar dan rajin ambil gambar best best. Bila baca blog orang lain gambar cantik cantik gilos tapi sampai masa  nak update aku menguap je lebih.

hari ni rasa macam poyo dan galak sikit keh keh keh



kan best kulit aku licin macam  tu. Senang betul sekarang nak edit gambar. Aku akan delete post ni kalau sisters aku cakap dorang pening and muntah tengok aku cun. hahahahahahtuih


p/s:  Bura, aku dah lama gila beli jersey yang hang nak tu. Aku lupa habaq kat hang . Ada kat dalam almari dalam bilik mira. Hang nak pi la amik ..hahahahahhaha 


p/s2: hari ni aku jalan sorang pergi pasar malam. Hujan lebat pulak nasib baik aku bawa payung. Tengah aku jalan tiba tiba sunyi sangat sedangkan masa tu ramai orang. Macam orang kata 'malaikat lalu'...aku tengok betul betul  dan rasa pelik sangat kenapa tiba-tiba jadi sunyi bunyi hujan pun tak dengar. Pastu aku jalan la lagi nak g tempat parking aku dengar bunyi 'prakkkkk' kat belakang aku. Aku pusing belakang motor terbabas dan motor tu betul2 landing sebelah aku dengan pemboncengnya sekali. Nyaris aku pun terseret sama dengan motor tu. Nasib baik budak bawa motor tu pun tak apa apa. Pembonceng ni tergesel ngan kereta siam pastu leh plak kereta tu blah macam tu ja. Menggigil perut aku. Tak pasal pasal aku kena beli banyak makanan. hmp.







Tuesday, June 26, 2012

Bad luck Tuesday



bank out of service

frust

cancel plan beli barang dapur bayar bil dan sewa

sangat frust

out of money

sangat sangat frust

tiba tiba dipaksa rela join koir persembahan hari guru. seorang. wakil sekolah. 5 lagu hoi.

try to keep a positive minded

aerial radio kereta patah. tak boleh dengar lagu.

almost flip the car



 confirm aku nyanyi 2 lagu dah semput tercungap cungap. semua lagu nada tinggi.


buhbye

Monday, June 25, 2012

( ~____~)



rasa macam baru semalam je jumaat...dah hari isnin dah hari ni...isk isk isk
tak ada story menarik sebab elektrik putus putus 2 hari dan internet connection macam hampeh.
konon kononnya cuti sabtu ahad nak buat bahan mengajar tapi elektrik takde marilah melengung menatap langit dan pohon durian yang berbuah lebat kepunyaan jiran sebelah.



tiba tiba teringat pengalaman bertarung dengan haiwan liar di rumah sewa dulu...aku nak halau spider ni ke tempat lain akhirnya dia terkorban sebab kalah bertarung dengan penyapu aku. sorry la spider ..kenapa ko bagi renungan pembunuh kat aku..kan tak pasal2 aku ketar lutut hayun penyapu kat ko...sobbbss

tak sabar tunggu bulan puasa sebab ada orang bagi bubur lambuk freee!!!! hahahahah

telur dan ketam tu kena beli sendiri lah



bye



Saturday, June 9, 2012

Dah tamat.Cuti dah tamat. uhhuuuu (T T)



hi.

Kalau tanya orang lain 'amacam cuti sekolah ni? ke mana korang pergi?  'owh..aku travel ngan member aku. Group diorang pergi Beijing so aku pun join lah'    Tak pun ' aku pergi pusing Malaysia beb, lepas ni kami ramai2 nak pergi Indonesia pulak'

ughhh. Aku betul betul habiskan masa bercuti di rumah. Serious. Tak tipu. Kalau keluar pun sebab bawa mak beli barang. Lepas tu jumpa bff beli barang makan2 balik rumah. Sadis gila percutian ini.

Tak pe. Mungkin belum rezeki aku pergi melancong. Cuaca panas sangat sekarang. Kalau aku keluar pun mesti aku dah lebur. Duduk dalam rumah pun peluh mencurah curah. Inikan pulak melangkah setapak ke luar rumah. Tak payah bazir duit pergi sauna. Duduk dalam rumah dah cukup. 

Tapi kan envy betul la aku tengok gadis gadis kat shopping kompleks dressing and make up lawa lawa je. Nampak cam budak sekolah lagi. Dah la dressing lawa make up pun lawa. Diorang keluar rumah make up tak luntur ke? Tak berpeluh ke pakai berlapis lapis. Tiap kali aku keluar rasa nak menangis je sebab panas gila..pakai baju simple selapis pun dah lenjun...pastu plak bukan main aku tempek makeup base la bedak ape kejadah la pastu 10 minit dalam kereta dah comot. Sampai shopping kompleks muka dah macam hantu. Time tu touch up pun tak jadi ape. Cisss. Perlukah aku buat plastic surgery? Kabooommmmm

Aku habiskan masa percutian ni dengan lepak di rumah dan mengemas dan makan dan tidur.  oh bahagianya. Langsung tak sentuh kerja sekolah. pff macam student lak nak kena buat kerja sekolah tapi leh dikatakan aku agak loser sekarang ni sebab langsung tak buat benda yang berfaedah. Nak tau tak sebab ape? Sebab aku tak mau buat la. dusyummm 

Lepas ni hidup aku yang lonely ni akan bertambah lengkap ke-lonely-an nyer sebab Farel and familinya berpindah ke Sungkai. Tiada lagi balik hujung minggu memanggil  'Farel, jum main bola'    
sobssss T__T

Hanya ada mak abah di kampung itupun mak abah mungkin akan buat lawatan susulan ke rumah anak2nye yang betaburan di bumi Malaysia ini. Nampaknya lepas ini aku akan habiskan masa dan wang menonton drama2 Ko-Ja dan berpeleseran seorang diri di mall atau pasar dan tidur tidur tidur.. ah mungkin juga aku akan melukis semula. Dah lama tinggal hobi nombor 1 ni.




lepak dengan bff di Pizza Hut. Aku sebenarnya nak komen sikit bab food presentation tu tapi kita tak baik mengata makanan so aku pendam je lah. Seriously di cafe bowling Kroh 10 times better than this and lebih murah. Sebab aku lapar jadi aku lupa nak tangkap gambar. ngeh ngeh
kenapa ada gambar kawan aku je? gambar aku tak de ke? tak de sebab muka aku dah macam hantu. 


selamat kembali ke sekolah. 





Thursday, May 17, 2012

My omma and appa







Terima kasih kawan kawan yang ingat besday saya dan bagi banyak hadiah .. wahhhh..banyaknye hadiah besday tahun nie...saya sangat terharu ni..tahun ni sangat bermakna buat saya =D



*


*


 *



*




ok fine..itu semua mimpi belaka.
Tahniah untuk abah ku yang selamat bersara.. ye abah dah bersara dari karier cikgu. sobs. Kagum dengan abah yang banyak pengalaman dalam bidang perguruan. Dah banyak merantau. Dah banyak memimpin macam macam jenis sekolah. Sekolah di felda, sekolah di pedalaman, dan di pekan. Ramai orang kenal abah. Jejak selangkah kaki di luar rumah orang dah menyapa. Baru keluar sebelah kaki dari kereta nak teman mak ke pasar malam orang dah hulur tangan tanya khabar. Lalu mak terpaksa jalan seorang sebab abah perlu menjalani saringan sosial. lol. Jumpa kawan setiap langkah. 

11 Mei sekolah abah sambut hari pra persaraan abah. Siap sewa Hilux dan buat pelamin untuk abah. huhuhuhuu






hahahah Farel pun ikut sekali.

Esoknya cikgu2 sekolah abah buat majlis dan lunch di Hotel Summit. 










happy besday abah and happy mom's day. love u omma appa

dulu mak selalu marah sebab tiap kali aku balik kampung hujung minggu sabtu ahad mesti aku bangun pagi lambat. ofkos la mak kau marah bangun pagi lambat. Walaupun kena marah tapi aku still bangun lambat. hahaha. Dah tu lak lepas bangun terus g dapur breakfast dengan muka tak bersalah. hm aku rasa aku memang tak buat salah. Tapi lepas tu aku cakap kat mak:

ala mak..hari sabtu ahad je angah dapat merasa tidur pagi. angah dari kecik sampai besar pergi sekolah..bangun pagi2..buat kerja sekolah..angah teringin nak rasa macam mana tidur pagi.

lol

sebenarnya aku bangun lambat sebab aku berjaga sampai kul 2 pagi berinternet.
lepas tu mak dah tak marah aku bangun kul berapa pun. hahahahah. mak suruh bangun sebab suruh makan breakfast. Tapi kebelakangan ni aku lak dah tak leh sambung tidur sebab perut aku lapar so aku pun bangun awal dan breakfast sama. Akhirnya sabtu ahad aku bangun pagi macam nak pergi sekolah. Sengal betul. Dah la channel KBSWorld citer best2 waktu pagi sabtu. Nak tak nak aku kena ready depan tv.


omma appa sarangae