Friday, November 3, 2023

Trip Hatyai part 4

 Assalamualaikum..hi again. 


sambung lah ye trip ke hatyai part 4

Bila dah lama sangat tinggal ni, lupa habis dah benda aku nak cerita.

So lepas selesai petang kami ronda Floating Market, kami balik hotel. Rehat sat malam lepas maghrib keluar lepak pasar malam depan hotel. Waktu siang jual baju-baju, makanan sikit-sikit, malam lagi meriah.

jualan udang ni la buat aku terliur nak datang Hatyai. Macamla M'sia tak de udang ek
Ye la udang ni nampak macam sedap sangat hahahhaha


maka aku pun try la sepinggan. memang nampak gebu gebas udang tu ye. lepas pilih dorang ambil untuk goreng..so..bila sampai kat tangan kau, udang tu tak gebu gebas dah.. macam udang goreng biasa. hahahah makan je la kan..banyak cakap pulak.


nasi ayam ni memang sedap.. make sure kau makan nasi panas2 lah..kalau nasi sejuk baik tak payah.

kenapa la aku tak try benda ni. banyak gila makanan best-best tapi aku nak makan secebis je. Beli banyak tak habis membazir betul. Bawak pulak kawan tak berapa nak makan.

kekacang murah murah


aku nak cari thai milk tea tapi kebanyakan jual air kelapa. mesin thai milk tea kat 7e pulak rosak.. hmmm

ronda-ronda lorong gelap nampak kedai massage ni buka. tak de orang pulak tu.. yang lepak luar kedai semua pekerja perempuan.  boleh la kan try .. banyak kedai massage yang cermin clear orang luar kaki lima nampak la aurat nanti. Allah dah bagi rezeki nikmat macam2 kat kau, kau boleh pulak balas dengan 'ala, kaki je pun'.. giteww ...

 kawan aku ambil urutan full body so dia naik tingkat atas. aku urut kaki je.. aku minta kerusi pusing ke kaunter so bila orang lalu luar kedai tak nampak la kan aurat hahhahahh.. tapi bagus la tokey kedai ni ..dia faham walaupun non muslim..

tengah urut 2 lelaki india m;sia masuk nak urut jugak..gelabah aku tutup kaki.. tokey tu suruh aku naik tingkat atas..kahkahakah..urut kaki 200baht.. 








nampak sedap kan...tapi huhu





sotong semangkuk tu aku buang. liat dan tak rasa sotong. macam sotong lama... 



Ahad:

bangunlah awal pagi lihat suasana tempat orang 
pukul 6.00 pagi dah operasi bersih jalan.. patutla jalan/tapak pasar malam dorang bersih..begini rupanya..


keluar mencari makanan sebelum checkout. kami nak pergi cafe apa ntah nama kena naik grab..

aku suka tengok jalan raya bersih

malangnya cafe ni belum buka. kami sampai 9.30 pagi.. cafe buka 10.30 pagi.. so jalan kaki ke butterfly cafe sebab jarak ada la dalam 800 meter. ambil grab tak berbaloi.


cantik cafe ni.

harga standard cafe la.. tak mahal sangat.. banyak pilihan.. sedap


presentation cantik


masuk thailand kena makan ni ok. kenyang nak mampuih


7e sebelah cafe. mesti masuk 7e walaupun tak ada benda nak beli



nampak bangunan kelabu sebelah kanan? ha tu la hotel best tu.. hotel sebaris dengan hamid restoran.



tak try pun makan sini huhuuhu


interior hotel cantik




balik ke border padang besar kami ambil grab.. murah la grab daripada teksi sapu.. grab 5++ baht je berbanding teksi sapu 1+++ baht... dapat pulak kereta grab yang mewah perghhh 


alhamdulillah perjalanan balik lancar..sampai kat border padang besa punya la ramai beratur weh.. kami dengan beg besar macam pendatang haram (sebab beli jajan nak bagi officemate) ni macam tak sanggup nya nak berdiri beratur..(padahal tadi dok rileks ja dalam grab).

tak sampai seminit ada la 2-3 orang siam sembang nak ke naik motor.. tak payah beratur.. line motor lagi cepat terus dorang hantar kat tempat parking keta nanti. kami pun ok la 60baht je hahahahhahah
memang line motor cepat gila. hulur pasport atas motor terus dia cilok2 celah lori kereta semua , sampai border m;sia turun scan bag lepas tu hulur pasport  terus hantar ke kereta.. peghhhhhh  alhamdulillah 


dan begitula tamat trip hatyai yang hentam je la  dan pandai2 la survive sendiri

aku ada expectation tinggi kat makanan kat hatyai ni sebab ramai kata sedap gila la.. tapi kan nak kata sedap gila tu tak la juga.. boleh la buat rasa2.. aku tak singgah kar tod decha dimsum steamboat apa semua tu sebab kami berdua tak rasa nak makan benda tu pun.. makanan jenis tu sesuai la kalau pergi group ramai2.. setakat makan sebungkus nasi ayam dah kenyang sampai petang tak payah le bazir.. gituh.


ok that's all, bye!