Friday, November 3, 2023

Trip Hatyai part 4

 Assalamualaikum..hi again. 


sambung lah ye trip ke hatyai part 4

Bila dah lama sangat tinggal ni, lupa habis dah benda aku nak cerita.

So lepas selesai petang kami ronda Floating Market, kami balik hotel. Rehat sat malam lepas maghrib keluar lepak pasar malam depan hotel. Waktu siang jual baju-baju, makanan sikit-sikit, malam lagi meriah.

jualan udang ni la buat aku terliur nak datang Hatyai. Macamla M'sia tak de udang ek
Ye la udang ni nampak macam sedap sangat hahahhaha


maka aku pun try la sepinggan. memang nampak gebu gebas udang tu ye. lepas pilih dorang ambil untuk goreng..so..bila sampai kat tangan kau, udang tu tak gebu gebas dah.. macam udang goreng biasa. hahahah makan je la kan..banyak cakap pulak.


nasi ayam ni memang sedap.. make sure kau makan nasi panas2 lah..kalau nasi sejuk baik tak payah.

kenapa la aku tak try benda ni. banyak gila makanan best-best tapi aku nak makan secebis je. Beli banyak tak habis membazir betul. Bawak pulak kawan tak berapa nak makan.

kekacang murah murah


aku nak cari thai milk tea tapi kebanyakan jual air kelapa. mesin thai milk tea kat 7e pulak rosak.. hmmm

ronda-ronda lorong gelap nampak kedai massage ni buka. tak de orang pulak tu.. yang lepak luar kedai semua pekerja perempuan.  boleh la kan try .. banyak kedai massage yang cermin clear orang luar kaki lima nampak la aurat nanti. Allah dah bagi rezeki nikmat macam2 kat kau, kau boleh pulak balas dengan 'ala, kaki je pun'.. giteww ...

 kawan aku ambil urutan full body so dia naik tingkat atas. aku urut kaki je.. aku minta kerusi pusing ke kaunter so bila orang lalu luar kedai tak nampak la kan aurat hahhahahh.. tapi bagus la tokey kedai ni ..dia faham walaupun non muslim..

tengah urut 2 lelaki india m;sia masuk nak urut jugak..gelabah aku tutup kaki.. tokey tu suruh aku naik tingkat atas..kahkahakah..urut kaki 200baht.. 








nampak sedap kan...tapi huhu





sotong semangkuk tu aku buang. liat dan tak rasa sotong. macam sotong lama... 



Ahad:

bangunlah awal pagi lihat suasana tempat orang 
pukul 6.00 pagi dah operasi bersih jalan.. patutla jalan/tapak pasar malam dorang bersih..begini rupanya..


keluar mencari makanan sebelum checkout. kami nak pergi cafe apa ntah nama kena naik grab..

aku suka tengok jalan raya bersih

malangnya cafe ni belum buka. kami sampai 9.30 pagi.. cafe buka 10.30 pagi.. so jalan kaki ke butterfly cafe sebab jarak ada la dalam 800 meter. ambil grab tak berbaloi.


cantik cafe ni.

harga standard cafe la.. tak mahal sangat.. banyak pilihan.. sedap


presentation cantik


masuk thailand kena makan ni ok. kenyang nak mampuih


7e sebelah cafe. mesti masuk 7e walaupun tak ada benda nak beli



nampak bangunan kelabu sebelah kanan? ha tu la hotel best tu.. hotel sebaris dengan hamid restoran.



tak try pun makan sini huhuuhu


interior hotel cantik




balik ke border padang besar kami ambil grab.. murah la grab daripada teksi sapu.. grab 5++ baht je berbanding teksi sapu 1+++ baht... dapat pulak kereta grab yang mewah perghhh 


alhamdulillah perjalanan balik lancar..sampai kat border padang besa punya la ramai beratur weh.. kami dengan beg besar macam pendatang haram (sebab beli jajan nak bagi officemate) ni macam tak sanggup nya nak berdiri beratur..(padahal tadi dok rileks ja dalam grab).

tak sampai seminit ada la 2-3 orang siam sembang nak ke naik motor.. tak payah beratur.. line motor lagi cepat terus dorang hantar kat tempat parking keta nanti. kami pun ok la 60baht je hahahahhahah
memang line motor cepat gila. hulur pasport atas motor terus dia cilok2 celah lori kereta semua , sampai border m;sia turun scan bag lepas tu hulur pasport  terus hantar ke kereta.. peghhhhhh  alhamdulillah 


dan begitula tamat trip hatyai yang hentam je la  dan pandai2 la survive sendiri

aku ada expectation tinggi kat makanan kat hatyai ni sebab ramai kata sedap gila la.. tapi kan nak kata sedap gila tu tak la juga.. boleh la buat rasa2.. aku tak singgah kar tod decha dimsum steamboat apa semua tu sebab kami berdua tak rasa nak makan benda tu pun.. makanan jenis tu sesuai la kalau pergi group ramai2.. setakat makan sebungkus nasi ayam dah kenyang sampai petang tak payah le bazir.. gituh.


ok that's all, bye!








Sunday, September 17, 2023

Trip Hatyai Part 3

  Hai again

So yeah sambung hari Sabtu pula di Hatyai.. konon travel la kan tapi sejenis menonong macam tu ja.. biasanya orang travel buat research catatan segala yang aku pula, angin tiup ke kiri , ke kiri lah aku hahahahah. Apa pun tak catat setakat screenshot ja tempat viral kat sana. Lepas tu banyak tempat tak habis explore.. Tapi lantaklah lain kali pergi lagi hahaha

Pagi-pagi kami keluar naik grab. Naik grab lagi murah daripada tuk tuk. Tapi daripada pendapat orang lain,  tuk tuk tak berapa suka dengan servis grab ni sebab dah kacau periuk nasi diorang lah. 

Kami ambil grab pergi ke masjid Songkhla. Rasa bersalah pulak pergi masjid tapi tak solat.. pergi sebab nak bergambar kat luar ja.. Insya Allah ada rezeki lepas ni aku solat kat masjid tu. Masjid ni femes sebab view and masjid tu sendiri.Dekat sejam jugak la kami berposing kat situ. Grab, van, tuk2 and konvoi motor memang meriah datang bergambar.




lawa kan.. masa ni jam 8.30-9.00 pagi Alhamdulillah cuaca baik. jauh jugak melangkah dari hujung ke hujung.

lepas tu kami pergi seaverse cafe & restaurant.. tengok kat maps grab nampak dekat je.. tapi sekeliling masjid tak ada apa cuma perumahan sikit. So kitaorang pun order grab lagi.. rupanya lintas jalan je weh nak ke seaverse tu. Tapi nak lintas tu macam lintas hiway plus lah.

Bayaran masuk ke Severse seorang 20bht je. Murah weh.. Nak berposing maut boleh la kat sini. Yang tak best nya kau kena tunggu giliran nak berootd sebab ramai sangat nak posing kat semua tempat.







Boleh naik sebenarnya menara ni. Ada orang jaga kat bawah tu. Ingatkan dia jaga situ tak bagi orang curi naik hahahahah. Maka terlepas lah peluang kami. Tak apa ada rezeki mai lagi.

Sebelah menara tu cafe.. view memang cantik bersih air pun bersih tak berkeladak. Nampak macam tak ada orang tapi sebenarnya ramai dalam group. Nak tunggu turn ootd memang makan masa la sikit.

Banyak lagi sebenarnya gambar tempat ni tapi ada muka aku malas la aku nak edit filter muka. hahaha

Adala dalam 30-40 minit dok dalam ni pastu cuaca dah panas kami pun keluar la. Kat luar nak book grab, tapi weh kami kena sidai hampir 2 jam kat luar seaverse ni.. Sebab hari Sabtu kot, so grab car limit atau dorang ramai buat servis kat bandar. Seaverse ni dah luar sikit dari bandar. Kami pun berhuhu la kat situ dengan lapar tak makan pagi.. padahal dalam seaverse ni ada cafe tapi kami tak berapa yakin kehalalan toyibannya..kah kah kah. Kat luar tempat parking memang ada tuk tuk tapi tuk2 tu yang dah dibooking. Selepas dekat 2 jam baru berjaya book grab.... yihaa.. pengalaman kan..

Kami pun pergi Mall Centre Festival.. Tempat ni macam famous jugak kan kalau orang datang hatyai mesti singgah sini.. aku datang sini sebab nak masuk Beautrium.. ala2 Sephora.


makan dulu. lapaq nak mampuih. Banyak kios makanan muslim..pilihan makanan Thai pun banyak..harga pun murah-murah ja... tapi yang tak best nya duit cash kami tinggal sikit. Sat lagi nak shopping barang tak cukup duit plak... Nampak tak kesantaian kami tak berkredit card, online pay segala ??? Dah la pegi negara orang.. Memang berserah betul trip ni.






Body scrub ni best gila waehhhh..wangi coffee dia perghhh semerbak. harga 156 bhat camtu.. sabun halia tu hurmmm tak payah beli pun xpe. macam best kan sebab halia tapi sabun nya berlilin weh. Nak ambil wuduk risau kulit macam tak serap air. Aku pakai sekali je lah.


Macam la kat Msia tak ada BBW, kat Hatyai jugak aku beli. ye la kat Msia ntah bila aku dapat masuk kedai BBW maklum la duduk pedalaman. Kebetulan ada situ nampak macam ada sale maka leburla duit kat situ. Aku nak shopping banyak lagi sebenarnya tapi duit nak kena spare untuk naik grab balik hotel. Shopping banyak 2 kang tak larat nak angkat beg pulak.


ok tak balik hotel lagi sebab baru jam 1 ++ petang. Maka kami pun amik grab pergi Floating Market. Ya ampun panasnya hari tu. Floating market start operasi jam 4 petang ke atas ye. Kami sampai jam 2.00 macam tu semua sampan kosong. Pekerja pulak tengah angkut ais bagai. Maka bersidai la kami lagi di situ pulak. Tapi tak apa..ada 3-4 gerai dah start masak jual ada banyak kerusi bawah pokok boleh la lepak.




Makanan kat sini best2 la weh.. Tapi ntah la aku dah tak lalu nak makan.. Berjalan banyak dah, tapi badan makin kembang. Aku beli phad thai. 







Boleh la kan beli buat kenangan huhu

Tiap kali upload gambar selfie mesti naik jerawat besar n banyak. Maka harus la ku filter muka ku.
Lepas abis ronda terus booking grab.. rupanya atas jambatan ni banyak gerai jual barang2 weh.. ala..tak sempat nak ronda grab sampai dah.. 

Driver grab ni perempuan, di rekemen ambil grab je untuk sehari bayaran dalam 1500bhat. Dia boleh buat servis tu dari pagi sampai malam and hantar balik hotel. Dia bawak la nanti semua tempat yang tourist pergi so tak payah la mengagau macam kami dari satu tempat ke satu tempat baru nak cari tuk2 n grab.. hahahahah..

Ok sambung pulak part 4 bulan lain. bye.