Tuesday, August 13, 2013

Little things that makes me happy



Aku sangat suka buku. Aku paling suka buku baru atau lama tapi harga murah. Bertambah suka senyum sampai ke dahi kalau dapat free.Kalaulah Big Bad Wolf tu buat kat Taiping ke..Kulim ke..confirm aku angkut berlori -lori. 


Teringat masa aku Form 6 dulu, kami tumpang di bilik mesyuarat yang ada stor buku sebab kelas budak exam pakai. Dalam stor tu ada sekotak besar buku sastera english yang antik gila macam buku sihir library Hogwarts. Aku tanya cikgu leh tak amik buku-buku tu sebab macam nak dibuang je malangnya buku-buku tu nak dilupuskan so takde peluang jadi kepunyaan ku. Entah bila dorang nak lupuskan aku pun tak tau. Lepas tu pulak study untuk exam STPM memang best sebab aku jumpa buku sejarah zaman dinasti China, India dan tamadun lain dan buku tu pulak memang tak de cetakan lain dah..yang itu je. Seronok weh baca pasal tamadun dulu, nak ingat tarikh pastu camne tamadun tu bertembung perghhh..sakit kepala aku. Tapi aku memang teruja gila bila baca buku tu.Dan sebab STP la aku rajin baca benda berilmiah.Perasan macam ulat buku weh.



Sejak tinggalkan dunia sekolah menengah dah makin kurang baca. sedey... baca pun dalam intenet je.Dah makin kurang membeli buku dan membaca buku. Sebab tu la sekarang aku suka beli buku (harga murah je) walaupun tak baca . Manala tau sampai seru akhirnya aku tinggalkan dunia maya dan kembali memegang buku. cewah.





cr pic: tumblr




dah lama gila aku cari buku macam ni. sebab aku nak doodle aku tak berapa suka buku bergaris..akhirnya jumpa..sobs sobs..dan menyesal sikit sebab tak beli buku lebih tebal cuma rm13.00 je... sobssss 


that's all. bye.







Monday, August 12, 2013

Family Day at The Lereng



sabtu lepas keluarga belah mak kami berkumpul di The Lereng.. last post here.

oleh sebab hujan, air kolam agak keruh..huhu

























 mom, please don't look at me like that



Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya!



Selamat Hari Raya 

dan 

Maaf Zahir dan Batin 



to all my dear followers and readers...

agak busy sejak akhir akhir ni.

 gonna update soon!


bye!


Wednesday, July 17, 2013

Makan, makan dan makan



kali ni cerita bab makan. sebab aku tak de tajuk best nak dikongsikan di blog selain daripada entri yang semakin lama semakin berkurang.. ah sedehh. dulu kemain lagi 'aku nak beli kamera baru so aku boleh post gambar best dalam blog' tapi akhirnya kamera tu tersorok diam menanti tuan nya melatih bakat terpendam lah sangat yang tak kunjung tiba tu. of coz tuan kamera tu sangat berhasrat mengambil gambar persekitaran, malang sekali kehidupan dia sangat awkward. 

maaf jika korang tak paham perkara di atas. fikiran aku runsing sekarang. balik ke tajuk asal pasal makanan. yuhhhuuu




antara tempat makan feveret ialah western food di Baling. amboi duduk kat Perak, lepak kat Kedah giteww.. baru2 ni western food ni dah tukar owner so macam ada banyak pilihan western food weee aku paling suka western food. nampak tak ayam seketul tu? namanya chicken blue coral dan aku tak jumpa plak blu coral dan dalam ayam tu ada sebatang sosej yang besar! ayam seketul tu pun dah besar jumpa pulak treasure dalam tuh nak termuntah kekenyangan. tapi nyesalnye makan benda berat ni order plak nescafe supreme yang betul2 kaww...minum benda bersusu ngan ayam = muak. lupe lak gitau aku selalu pergi lepak luar negeri  dengan kak Hani. kalau order makan mestila penuh meja walaupun hanya kami berdua. kuhkuhkuh

Selain western food yang bersebelahan dengan perpustakaan Baling ni, kitaorang lepak makan di restoran Oishiin ..western food jugak..best. lain kali aku pergi, aku amik gambar.



pizza hut juga sudah wujud di Baling. maka 2 hari sebelum puasa marila menjamu perut. dan macam biasa kami 2 orang order penuh meja




selepas order macam makan untuk 5 orang, kami berbincang tentang kerisauan berat badan kami yang kian bertambah, baju yang tidak lagi muat, perlu shopping baju lagi dan cara untuk menguruskan badan dengan cepat...

selepas mendapat jawapan dan makanan pun sampai, kami makan macam kami ni underweight. lalalalala.sangat mujur pihak restoran tak sediakan meja yang lebih besar.


next is kuih....kuih ..ermmm..dah lupa nama. biasanya kuih ni warna kuning tapi aku cakap kat mak, ala boringnye warna.... tak kuning mesti hijau. so kami buat macam main masak2. lalalala



 kononnya nak buat warna purple tapi terlampau dark purple. and so pink and marble pink!


 pernah tak korang makan daging cicah air asam? it taste so delicious! biasa orang sini buat kenduri guna menu simple ni je. aku tak tau la plak asal mana makanan ni tapi serius sedap and sesuai untuk orang berdiet tapi perlukan daging dalam meal (aku) . nak buat pun simple bangat huhu suka3. just rebus daging sampai empuk pastu masukkan sengkuang. sengkuang tu sebagai pemanis sup daging tu. lepas tu buat air asam - bawang, tomato,cili, asam dll .. first time aku makan masa pergi kenduri toktam aku..siap tambah daging lagi. ugh sedapnye ( ^ ^,,)





k bye.