Selalu banyak idea untuk buat bahan mengajar pemulihan khas. Nak elakkan terlupa saya buat
scrapbook. Macam buku Eric Leong. Cuma buku Eric Leong lagi cantik kemas dan mahal berbanding saya yang hanya guna kertas A4 putih lepastu
stapler je tepi. Hari pertama UPSR dah
plan nak buat bahan bacaan untuk murid. Sekolah kecil jadi semua kelas direhatkan. Kalau kami mengajar nanti mengganggu murid jawab UPSR. Dengan hati riang * sebab saya tak mengajar tahun 6* cikgu-cikgu dan murid menonton
movie di makmal komputer. Sebelum ini dah buat bahan bacaan tapi dipamerkan di dinding. Jadi kena buat dengan lebih kemas dan banyak kategori suku kata
such as KV KV, KV KVK, KV KVKK dan KVV.
|
print out-gunting-tampal-laminate |
Untuk bahagian KV KV sahaja dah ada 10 helai. Belum lagi 3 kemahiran suku kata yang lain. Penatnya tuhan saja yang tahu. Nampak mudah tapi penat oooo...
|
panas mesin laminate ni macam tengah duduk depan oven buat kuih raya |
|
|
Akhirnya..TADAAA>>> setiap satu buku lebih kurang 11 muka surat. Rasa lebih seronok sebab ada gambar kartun/fanart idola saya (0_0) teruja*. Dan lebih excited sebab bila plan nak buat kerja menjadi.
Perlu lebih kreatif dan komited buat bahan bacaan/bahan mengajar sebab akhir-akhir ni murid saya rajin pinjam buku bawa balik sebab nak baca di rumah. Lagipun diorang memang kekurangan bahan bacaan di rumah. Yang ada cuma buku kerja dan buku teks sekolah je. Memang jakun kalau diorang tengok gambar dalam majalah National Geographic.
|
akibat leka buat benda lain |
No comments:
Post a Comment