oh. hai. assalamualaikum.
takde mood pulak akhir-akhir ni nak update blog. Sekarang dah pindah rumah. Masih menyewa huhuhu bilakah daku dapat beli rumah sendiri? Rumah di sini tak banyak pilihan. Kalau ada pun kawasan tebing bukit yang mungkin 5 hingga 10 tahun nanti akan jadi macam kes-kes rumah mewah tepi bukit yang runtuh tu. Harap-harap tak jadi macam tulah. Tapi dah sini atas bukit memanglah tak banyak pilihan. Rumah dulu waktu petang boleh keluar rumah tanpa segan sebab tak de orang dan menghadap hutan tapi sekarang kiri kanan depan dah menghadap rumah orang. So kebarangkalian untuk aku keluar menghirup udara segar merenung langit petang dan menyaksikan matahari terbenam adalah sifar. Baik aku dok diam-diam dalam rumah menonton tv tapi tak de cerita best lah pulak kecuali spongebob cis.
kat belakang rumah ni betul betul belakang rumah ada tasik eh bukan lombong. Lombong weh! Kelas gitew kalau ada skill buat perahu boleh ku belayar malam malam buta. Siang tak leh nanti orang nampak. Aku kan penyegan balik bagan orang nye.
Lepas tu pulak itik gembo gembo berenang riang sambil menyalak wow bahasa bagus betul lempang kang. ok aku dah start mengarut. Itik sape tu ha? itik panggang sedap gak.yum yum. Sedang aku menaip ni pun aku dengar suara itik itik tu bersembang. kutuk aku ler tue. lempang kang.
Rumah dulu tak heran sangat cakap kuat ke nyanyi dalam bilik air ke kentut kuat ke dengkur ke tapi rumah sini kena lah cover cover ayu kononya kau gadis contoh di taman ini yang tak keluar keluar rumah kecuali pergi kerja dan ke kedai itu pun keluar malam sebab kau social awkward. Mungkin aku boleh survive dalam reality show macam errrr Lost? ntah aku tak tau sebab tak layan sangat reality show ni kecuali Hello Baby Shinee wakaka
oh ye sekarang aku dok layan cerita School 2013. maklumla kan cerita budak budak sekolah dan karenah teacher society and orang atasan. Drama ni dapat banyak pujian sebab tonjolkan kisah sebenar di sebalik sistem pendidikan dan masyarakat Korea yang pentingkan gred bagus masuk kolej hebat. Aku pernah tonton video sorang pelajar pertukaran yang belajar kat Korea. Dorang dok belajar kat sekolah sampai 9 malam...? wow.. student tension sebab masyarakat pandang tinggi pada student yang ada gred bagus dan sampai student bunuh diri sebab stress....
tapi terselit gak dalam video tu ramai student perempuan plan nak operate kelopak mata bagi besar lepas habis sekolah. Dan dalam drama ni paling tak berapa real ialah pelakon dalam kelas tu semua mata-mata besar tp yang real nya mereka bermata sepet dan pakai cermin mata bingkai besar...whatever asalkan pelakon utama tu ensommm...
i mean yeah ensom :3
cr pics: google
Macam cerita gokusen lak sebab ada budak budak samseng dan cikgu yang membela student. Tapi cerita ni lagi details la best best sempat jugak aku merembat tisu mengelap hingus sob sob
Lamanya aku tak karang panjang2.. maaflah tak update pasal kelas aku sebab sama je macam dulu..barang bertambah tak ada tempat nak simpan dah macam stor ke hapa ntah...
dan akibat aku kurang keluar rumah dan aktiviti sekolah belum mula maka badan pun mengembang muka tembam tak kecut kecut habis semua baju bundle cun cun tak boleh pakai so aku stress sekarang kena keluar duit beli baju kerja saiz baru menyampah betul.
yeay pasport dah siap! visa pulak
have a great weekend!
bye