assalamualaikum..
weeee lamanya tak update blog! ahh busy arr cuti sekolah ni..nama je cuti..nama je duk rumah tapi banyak nya benda kena buat. cuti idaman aku sempena cuti sekolah ni ialah baring atas katil dalam bilik letak laptop atas perut and internet alll daayyyyy loonnngggg..... well it's not gonna happen.
my mom tak sihat and perlu fisioterapi di upsi..(kelas kau fisio kat upsi) so berulang alik selama-tanjung malim-sunngkai.. and worst thing ever was tak ada internet di rumah kak aku dan adik aku.. so yeah..
then aku jadi nanny.. aku berharap aku nanny anggun seperti Fran Fine -The Nanny but turns out i look like tipikal bibik. soo yeah..
kenapa aku harus biarkan cuti sekolah tahun ni dengan bbw je?? kenapa?kenapa tidak travel ?? huhu ok aku ke krabi dan phuket. kalau bukan kak dan abg ipar aku mengajak mungkin aku akan habiskan sisa2 umur aku di balik laptop huhu but vacation ni tak seindah vacation orang lain ke krabi sebab mindset tourist ke krabi ialah jelajah pulau2...outdoor..berjemur..etc..well kami ada si kecil chempaka yang berusia 6 bulan amatlah tidak sesuai ke tepi pantai yang panas itu..
kami ke krabi naik kereta sendiri bertolak dari Selama jam 7.30pagi dan check in imigresen bukit kayu hitam jam 10.00 pagi. settle dulu di kedai tepi jalan di Changlun untuk tukar duit, insurans kereta dan isi kad putih (arrival n departure) we all beratur dalam barisan panjang dalam 20 orang la jugak satu line utk pengesahan passport..huhu nak settle hal passport kejap je tapi kena beratur utk settle masuk kereta pulak (driver only) so siap semua dekat pukul 12 tengah hari..
lepas selangkah dari imigresen bukit kayu hitam ialah pekan danok we all beli sim card kat situ senang..tapi ambil masa lama jugak kedai tu nak buat kan tapi intenet laju nak mampus murah pulak tu aku bagi 10/10 bintang kat Thailand.tahniah!! data aku beli tu 49 bhat je..lebih kurang urmm rm6?? sepanjang 6 jam perjalanan yang membosankan di tengah hutan dan dusun intenet laju je isk isk
we all sampai lewat jugak di krabi sebab sesat ..walaupun sesat (waze bagi jalan ke mane ntah) aku bagi 9/10 bintang pada kerajaan Thai sebab jalan raya yang cantik. maksud aku lurus je..RATA JE...TAK BERLUBANG..kalau berlubang pun pasti dah tampal dan TAMPALAN TU TAK MACAM BUKIT BUKAU dan tiada tol. aku memang panas sikit bab kualiti jalan raya ni sebab dah 2015 tapi kualiti jalan raya kita macam 80-an.Jalan punya la bengkang bengkok kena pulas habis stereng dan berlubang sana sini tampal pulak masyaAllah kalau tak terjungkit senget sebelah kereta tak sah. mungkin ni cara orang yang tampal jalan tu nak bagitau kat drebar yang bawak kereta tak ber absorber ni bahawa lubang itu telah di tampal. huhu jahanam kereta aku .dah la iswara je. ok dari danok-phatthalung-trang-krabi.urmm macam dari perlis nak ke perak selatan? ..
we all sampai krabi dalam pukul 5 ptg (waktu m'sia-aku tak set jam pun-Thai lewat sejam-aku konfius) .. ok perkara kurang menarik di sini ialah hotel yang ditempah itu tidak ada lif..dan parking.. bilik we all tingkat 4 weh..heuheuheu hotel kami di aonang..mujur la di ao nang ..jangan ambil hotel di pekan krabi sebab kat situ takde ape..just pekan je..ambik hotel di ao nang ..dapat hotel depan pantai ao nang lagi bagus..turun hotel je terus pantai ambik bot pergi ke pulau2 perghhh (tapi confirm dulu ada parking ke tak ) kami punya hotel ada la dalam 2 minit (naik kereta) dari pantai ao nang. ao nang meriah banyak hotel..kedai makan muslim...family mart...7-11..masjid besar..pengangkutan..semua ada..oleh sebab 3 minggu sebelum pergi baru booking so banyak hotel dah penuh..dapat haleeva sunshine hotel ni pun dikira bagus.
ambil kad putih (departure and arrival card), insurans kereta dan tukar wang bhat
danok
tesco banyak..ada saiz comel macam kedai runcit.
rehat jap di RnR..kebanyakan rnr ada 7-11 besar dan family mart. can you believe farel is just 4 years old?
jalan raya ada 4-6 lorong!
kerana ingin cepat sampai maka kami tidak lah bergambar di papan tanda setiap tempat..
my room!
hurrmmm..wait a second..
what is
this
ok sambung lain kali part 2 ..banyak gambar dalam yi cam dan phone lain.. huhu