Sunday, February 22, 2015

Jalan jalan Bandung


assalamualaikum..hai!

baru saje balik dari Bandung Indonesia!!
aku pergi dengan kak aku, farel and abg ipar aku ari selasa lepas.sampai kat airport jakarta dah ada supir(mas berry) menunggu bawa kami ke bandung. dari jakarta jam 11 pagi, sampai di bandung jam 3 petang pergh jauh gila.kat indonesia kereta toyota murah jadi memang berlambak lambak kereta toyota avanza, innova, harrier..pastu plak dorang tak payah bayar cukai dan insurans. kalau aku dok kat sana mungkin aku pun ada 10 biji keta kot. tapi nak keluar naik motor ah sebab sesak gila. dalam 4 hari kat sana walaupun sesak tapi masih boleh bergerak perlahan tak macam jalan kat malaysia kereta langsung tak bergerak 2-3 jam.





  orang2 di bandung kalau sesak atau kemalangan kecil masih boleh bertoleransi tapi kalau kat jakarta siap bergaduh bagai.


 malam pertama singgah di terminal bas. aku pun tak ingat la ini chibaduyut ke. grutti ke..kat sini jual barangan kasut beg.. ala..macam terminal 1 kat seremban la..aku tak rasa nak beli ape2 barang pun kat sini sebab barang lebih kurang kat malaysia je. tapi sebab kaki aku melecet terpaksa aku beli sandal harga rp30.000..rupa sandal tu level sandal pasar malam.



 dinner tapau. ini stail makanan sunda.

hari ke 2 pergi ke tangkuban perahu. tiket dewasa rp 200.000 atau rm60.
















 supir pesan jangan beli ape2 kat tangkuban perahu sebab situ semua mahal. tapi we all degil.





 aku respek betul kalau tempat pelancongan mesra pengunjung. misalnya surau..toilet..infrastruktur jalan..bersih..malaysia banyak tempat pelancongan tapi kotor..tak terjaga..berterabur..paling tak tahan jalan raya yang bertampal tampal berlubang2..kucing kambus berak pun lagi kemas..eh eh teremosi pulak.

 penjual barang sangat ramai. dorang akan ikut bontot u all sepanjang u all di situ.


 baru 10 minit hujan lebat gila. sewa payung pulak pergi jalan2 tapi ruginye sebab tak pusing keliling gunung. tak larat.





nampaknye lambat lagi hujan nak berhenti. aku stop sini dulu ye..lain kali sambung part 2..





Saturday, February 14, 2015

keep calm and love books



assalamualaikum..

lamanya tak update blog. rindu betul. tapi sekarang agak sibuk. kalau tak sibuk pun buat2 sibuk so jadi la sibuk.masa pun dah cepat benar sekarang. oleh itu waktu tidur mesti cukup 8 jam sebab 8 jam sekarang dah macam 4 jam. lolz. di rumah sewa aku sekarang tak ada internet jadi bergantung harap pada sekolah je. bila petang abis sekolah baru nak surfing2 tapi bila guna internet sekolah untuk blogging rasa bersalah pulak jadi kena la tunggu hujung minggu balik kampung.

minggu pertama sekolah dah mula pertandingan bola baling. belum sempat nak say hi kat budak2 tanya cerita dorang waktu cuti dah kena hambat ke padang berlatih bola baling hoi. lepas tu terus bertanding habaq mai kt hang. minggu kedua lawan bola sepak pulak. budak itu la bola baling, budak itu la bola sepak. sistematik betul takwim sekolah sekarang.*sarcasm

rutin mingguan aku sekarang balik kampung lepas sekolah jumaat, memandangkan bapa aku tak boleh drive kereta. so balik beli barang rumah or urusan bank dan apa yang patut . sabtu hantar dan ambil mak aku ke masjid pagi petang. hari ahad pagi je ada masa nak keluar beli barang or makan2 sebab petang aku kena balik kroh. bagi orang lain mungkin nampak aku agak bersenang lenang dapat keluar jenjalan tapi hakikatnye keluar sebab urusan rumah. dulu aku punya la malas tahap gaban letak parang kat leher pun aku tak mau pergi kedai walaupun mak pak aku suruh. tapi sekarang standby dah tudung baju siap kat tepi in case dapat arahan ke kedai terus sarung je.

dalam kesibukan itu ada pulak bigbadwolf kat mines..cissss walaupun buku aku beli bulan 12 ari tu belum dibaca aku tetap nak beli buku bbw firesale kali ni. u all nak kata apa kata la. aku tak pedulik. bukan duit u all pun. bukan aku nyusahkan u all pun. yang penting ialah aku dapat beli buku. hahahaha. bagus aku ada adik yang boleh teman aku ke sana cuma kena bagi suapan sikit.




 aku punya habit kalau tengok movie yang best based on books aku akan cari buku tu. sejak aku tengok cerita ender's game aku pun kalut nak cari buku tu. kalau tak dapat tajuk ender's game, dapat buku tajuk lain tapi penulis yang sama pun jadi la. hahahaha. mungkin banyak pengaruh dari blog tumblr yang tayang gambar buku best2. bikin jiwa ku kacau aja. sayang sekali pemergian aku ke bbw firesale ni aku tak jumpa buku2 yang aku nak macam penulis jrr tolkien, jk rowling (casual vacancy), murakami, lakonan asa butterfield dari buku the boy in the striped pajama, ms peregrine home for peculiar children.. lagipun firesale ni lebih banyak novel macam nak lupuskan buku yang tak laku je....aku pun main sumbat je buku dalam troli lagipun belum tentu aku nak patah balik ronda kat bahagian tu ..naik juling mata aku.. sumbat punya sumbat adik aku sampai tunggu kat luar..tak sempat nak kira berapa buku terus p bayaq. tapi tak kisah sebab firesale ni memang offer best..harga buku rm8 jadi rm5 je. beli 10 buku baru rm50.perghhhh. buku jamie oliver dulu jual harga rm25 kali ni jual rm3 je..tak amik rugi ah.


 lepas tu makan di umisushi tanjung malim. banyak gambar kabur satu ni je ok.




k bye.