Tuesday, September 20, 2016

Malam Gala Dua Benua


assalamualaikum..hai!

baru ni sekolah aku dapat peluang buat persembahan peringkat dunia.. perghh weh dunia weh dunia! sekali sekala nak perasan ape salahnya kan..huhuu tak berapa nak dunia sangat sebenarnya..dua benua je..dapat la budak2 sekolah aku ngan ex student sekolah aku ni buat persembahan krung yao@ gendang panjang atas pentas dengan peserta budaya negara lain iaitu Romania, Turki, India, Thailand  dan Indonesia.. best wooo.. performance kontinjen semua negara perghh hebat weh...


rehearsal










dari SMK Batu Empat..kot..ke Kolej Vokasional Grik. ..sory tak ingat.

Romania.
sayangnya masa tengah persembahan sistem audio crack.dorang terpaksa buat persembahan tanpa muzik. 


 SMK Batu Empat. Dorang akan bertanding di Greece tahun depan.

Indonesia

India

India

Indonesia. Yang ni paling hebat bagi aku. macam dikir barat tapi pergerakan laju gila. gila punya laju. memang semua penonton ternganga.termasuk aku. syabas!

Thailand


SMK Batu Empat. Dorang menang persembahan terbaik tahun lepas di Turki. kenapa masa aku sekolah menengah tak de benda2 ni?

Turki. ada mamat hensem.



SK Tasek..yeayyyy!


kami bahagian penutup. masa gendang last, semua kontinjen dijemput ke pentas menari beramai ramai.. macam ..uhhh bestnya...






semuanya best. tapi dalam pengurusan program aku harap la jangan buat macam kita ni mundur sangat.Bagi aku and the gang yang dah biasa terlibat dengan benda2 peringkat daerah,negeri dan kebangsaan ni tak berapa nak puas hati dengan pengurusan program ni.. ye la nama program pun dah grand Malam Gala Dua Benua.. tapi persediaan tempat, pengurusan sistem audio, peserta macam...out. kalau aku jadi peserta pergi pulak ke negara luar tapi tengok keadaan tempat macam errrr...ni program peringkat daerah ke? erghhh..bukan apa..kalau dah jemput orang negara luar jangkaan pengurusan program pastilah tip top..tapi tengok macam ish ish..tak pelah..aku pun tak tau ada masalah apa di sebalik tabir yang penting lepas buat persembahan mantop blah balik tidur ah.

p.s: beria aku record video balik test kat laptop satu video pun tak de..sedeyyyy.




2 comments:

amnad said...

Klu masa sek men ada acara mcm ni pun cikgu bukan nk masuk pun..cikgu dulu kan minah komik 😛

missN said...

hahahah..aku masuk nasyid kot..aku kan terbabas ayu..hang baca novel lagi ka..