Friday, November 18, 2016

Hai


 Assalamualaikum..hai...!!!

Ya Allah....lama gila aku tinggalkan blog aku ni..
Maafla aku busy.. bukan busy kerja tapi busy benda lain..huhu.. mak abah aku dapat pergi buat ibadah haji tahun ni..tapi panggilan tu dapat agak suntuk..jadi aku pun terkejar-kejar jugak la uruskan dokumen, medical checkup, beli barang2..boleh tahan jugak la perbelanjaan tu sebab barang semua nak kena beli baru tapi alhamdulillah semua ok..aku pun tak da feel nak update blog sebab banyak berulang alik lebih 300km Kroh-Selama-Taiping -Kroh..kena kejar masa untuk uruskan dokumen semua perghhh tapi aku puas hati dapat buat untuk mak abah..aku nak pahala je. Dulu masa mula2 berulang alik macam tu memang letih dan stress tersangat lah amat..ha tudia nak habaq mai.pagi kat sekolah, abis waktu sekolah je terus drive balik selama, terus drive ke taiping pusing satu taiping balik selama lak beli barang dapur siap2 dan terus balik Kroh..tapi sekarang dah kurang stress tu sebab aku cari jalan macam mana nak buang overthinking dan stress yang huduh itu. caranya ialah makan! yes..kadang2 kena drive balik Kroh dah malam sensorang pulak tu jadi untuk hilang keletihan tu aku bli makanan yang aku suka. lamb chop. sampai budak kedai tu pun dah tau aku nak order apa. pfft

 sebelum berangkat di Kelana Jaya.. (itu bukan bapa gue)

 orang yang naik wheelchair ada laluan khas.

 ramainya amat..harap2 aku dapat pergi buat haji jugak... T_T... ramai juga famili yang bawa bekal suasana macam berkelah wow..tapi jangan risau sebab sini ada staf THaji jual makanan nasi lemak, bihun, air minuman etc..just sedia duit je.khemah untuk rehat pun banyak.

 dalam keramaian yang penuh syahdu itu aku harap korang yang hantar famili ke Mekah, tengok2 jemaah haji lain yang nak berangkat tu..kalau macam kita yang dah kerja hidup pun ok makan pakai semua cukup cuba intai2 jemaah yang kalau kita tengok beg pun kita tau dia orang susah..jangan berat hati dan tangan hulurkan duit untuk jemaah tu..moga2 berkat dia doa kat kita di sana...                ( aku tak buat pun sebab dok kalut ngan famili aku-sekarang menyesal )


 tunggu 2 jam lebih kat pagar belakang dengan harapan dapat lambai mak abah atas bas pun jadila.

aku tak nampak mak aku..lalala maka tinggallah aku keseorangan balik kampung mingguan bersihkan rumah.. bahaya gak tak balik tengokkan rumah kang ada benda lain plak buat harta.
mak abah aku bertolak 31 Ogos..pertengahan bulan Oktober baru balik..alhamdullillah semua dah selesai..


ok lain kali pulak update..bye!










No comments: