Monday, December 18, 2017

big bad wolf



assalamualaikum 

macam biasa... aktiviti tahunan aku pergi ke Big Bad Wolf!yeayayyyyy...akhirnya dapat lepaskan tekanan mental di bbw. Aku pergi seorang naik komuter dari Tanjung Malim. Tak beria nak ada teman sebab bajet kecik kali ni..tahun lepas pergi harga buku mahal gila..terkebil kebil aku menatap harga buku dan letak balik buku tu walaupun aku berkenan sangat. hmmm

kali ni buku pilihan sangat terhad.hampir 70% buku kat situ buku kanak2 je weh..kalau aku dok kat Perlis drive tak pun naik bas semata mata sebab nak beli buku kat bbw ni mesti aku frust tertonggeng.. memang buku yang dijual tak macam 4 tahun dulu. banyak pilihan. hard cover. buku tebal dan yang penting MURAH. kali ni pergi tengok perghh mahal. syukur sangat aku dah borong abis abisan dulu. sekarang nak beli buku aku cari kat kedai bundle je lah.



buku bahagian doodle coloring banyak betul.. ada banyak aku berkenan tapi fikir balik celah masa mana aku nak mewarna..tahun ni dengan guru besar baru dah busy..tahun depan 15 kali busy.


 aku berkenan sungguh buku secrets of the universe tu...tapi rm40...kalau dah ambil buku ni tak dapat la beli buku lain banyak2..


 buku travel tak ada yang best.


 mampu tengok.




 buku ni menarik..




beli ni untuk kegunaan kelas






 tahun lepas beli hollow city..kali ni jumpa peculiar children lak. walaupun paper back ok lah dapat kumpul edisi ni. sayang buku latest ransom riggs tak de jual sini..


hmm mahal.tak beli.


 beli sebab rm5. ramai pulak orang kat bahagian notebook ni. laris betul...aku dapat sisa sisa je.




owyiss ada satu je kat situ..cepat2 bawak lari. rm12



menyesal pulak tak ambil buku contoh brochure ni..sebab mahal rm40 dok pikir banyak kali last2 tak ambik.

ada lagi few books for farel and chempaka. tak de gambar.

k  byeee









No comments: