Monday, January 1, 2018

Happy New Year



assalamualaikum...haiii....

tatkala semua orang bergembira menyambut tahun baru..aku dan cikgu lain dok pulun siapkan rancangan mengajar..

sempena tahun baru ini aku bukan lagi guru pemulihan khas tapi guru kelas Tahun 1.. sobbsss sedihnya tinggalkan pemulihan khas...sedangkan masih ada lagi murid yang perlukan bimbingan rapi..yang tak boleh belajar dalam persekitaran kelas perdana.. tapi kena tinggalkan diorang sebab jawatan guru pemulihan di sekolah kurang murid dimansuhkan.. otak aku masih tak boleh nak terima aliran perdana sebab aku sepenuh masa mengajar pemulihan khas.

sebelum keluar berita ni beriya aku nak deko balik kelas pemulihan.siap beli wallpaper kaison segulung rm19.90. (pakai duit sendiri la mana ada peruntukan) adala guna dalam 5 gulung balut dinding bagi lawa. tapi tak apalah walaupun bukan jadi kelas pemulihan tapi dah bertukar jadi kelas tahun 1.

tahun ni pendaftaran ramai gila. biasanya pendaftaran tahun 1 ada la 7 orang, 9 orang dan tak lebih dari 13 orang..tapi kali ni 17 orang bebbb. kahkah kalau cikgu sekolah besar baca ayat ni mesti diluku kepalaku.setakat 17 orang apalah sangat kelas diorang dampai 35 orang.baru sekelas..kalau tahun 1 ada 5 kelas perghh gempak. murid tahun 1 yang mai daftar 10 orang ni pun menjerit jerit sampai cair taik telinga  aku ini kan pulak 35 orang..apa pun aku bersyukur kerana masih hidup sampai sekarang. masalah besar aku ialah orang tak dengar cakap aku sebab suara aku pelan..ibarat gemersik syahdu gitu..teringat aku masa mula masuk mengajar banyak kali gak ar aku hilang suara pada hal budak ada la 12 orang ja bersempit sempit dalam kelas kecik. apa yang aku jeritkan ntahla sampai hilang terus suara tu. bila aku kuatkan suara bunyi macam aku menengking pada hal aku kuatkan suara ja tak pham betul la.

azam korang 2017 dah tercapai ke? aku plak adala tercapai 1-2 daripada 25 azam aku..choooiii azam la sangatkan tapi alhamdulillah dapat jugak akhirnya. dapat beli buku kat bigbadwolf tu salah satu azam aku la tu..berat badan ideal je tak capai sejak 10 tahun dulu. cancel je la azam berat badan ideal tahun baru ni.kahkah.

cikgu wan pun dah pindah sekolah demi mencari kepuasan hidup dan melepaskan diri dari belenggu zon selesa. tahniah cikgu wan! bukan mudah nak mulakan hidup baru selama 25 tahun di Tasek..akhirnya cikgu wan bebas!hoyehhh! aku pun terfikir nak keluar tapi aku harap aku dapat teruskan pemulihan sebab itu teras aku..tapi nasib la dah jadi guru perdana..


aku dah penat otak nak mengarang .. sejak dua menjak ni asyik tidur lambat siapkan kerja. pelik betul sebelum ni tak pernahla berjaga sampai 2-3 pagi buat kerja sekolah. kalau ada pun sekali dalam 2 tahun kalau kena isi data ke apa sistem slow tak pun sebab program peringkat negeri/kebangsaan. tahun depan siapla tak tengok langit dah dok mengadap laptop je weiii...

ok la bye..nak sambung buat rph.








No comments: