Sunday, February 9, 2014

dah tak de tajuk lain ke ha


my life is soooo boring...
so dull
so what

setiap hari runsing dengan pertambahan berat badan yang belum turun walaupun aku dah berusaha ermm..40%? mungkin ini lah akibat daripada gaya hidup aku tahun lepas..aku menyesal. tapi menyesal sekarang tak ada guna.perghh.

walaupun makin berisi..walaupun runsing setiap hari..tapi makan tetap lalu.
tak pernah pulak tension2 makan pun takde selera.

so i request to my sister buatkan kek red velvet. lama betul tak makan kek red velvet. pakai instant je pun.tak koser ah nak ikut resepi kek sebenar. ape hal kan, bising2 berat naik lepas tu makan kek.

 senang betul.




yeah..burp alhamdulillah.





Sunday, January 26, 2014

life



ok. aku update sekarang.
hari ni aku dengan mrs honey bershopping sambil menjamu perut. hamboih mentang la dah gaji. kuhkuh.
hari ni lepas sekolah terus berdesup shopping lepas tu makan di Oshiin. Boleh tahan western foodnya walaupun resoran tak se fancy kedai western food lain tapi makanannye sedap. tak caya? pegi ah.

mungkin sebab aku lapar atau aku gelojoh, aku tak teringat langsung nak order makanan pelik skit.lepas makanan dah sampai pinggan dah licin baru aku 'alah patutnye aku order salmon' huh huh

 faveret mrs honey



yap. baju sekolah dan seluar sukan.
yap aku tak ada anak bersekolah rendah tapi budak2 aku minggu kedua persekolahan datang sekolah dengan baju lusuh seluar sukan rabak.
baju dan kasut tahun lepas.
diorang dapat bantuan baju sekolah tapi bila ditanya kenapa tak pakai, dijawab 'bapak suruh simpan dulu'
yap aku ke kedai pakaian Hari2 dan main agak je saiz dorang.nasib baik muat elok je.
alhamdulillah.
sebab dorang la aku ada rezeki dan aku kembalikan pada dorang.
orang mungkin fikir ala u tak kawin lagi tak ada anak tak ada masalah fikir duit banyak nak beli baju sekolah anak.
hihi aku dah rasa.
rasa malu gak kat diri sendiri sebab aku cikgu tak seberapa. ilmu tak seberapa.rajin tak seberapa.
cikgu pakai baju mahal aksesori mewah handbag kasut berjenama kereta  terbaru tapi anak murid depan mata belum tentu ada duit belanja makan waktu rehat.
biarla jika mak ayah nya asyik dengan minum dan judi.
yang penting budak aku tak selekeh tak kelaparan.
eh kenapa tulisan aku gaya fynjamal. lol
eh sekejap. aku pun pakai baju tahun lepas gak. muahahaha .tahun ni baru nak beli baru.

big bad wolf datang lagi di miecc!! 15-23Feb!! argh duittttt!!!


Of course anyone who truly loves books buys more of them than he or she can hope to read in one fleeting lifetime. A good book, resting unopened in its slot on a shelf, full of majestic potentiality, is the most comforting sort of intellectual wallpaper.
                                                                                                                                —  David Quaimen 



Tuesday, January 7, 2014

2014



Tugas saya 2014:

1. Setiausaha Kurikulum dan MBMMBI
2. Setiausaha Jawatankuasa 2K
3. Setiausaha PIBG / Guru Data Sarana
4. Ketua Panitia Pemulihan
5. Ketua Panitia Pendidikan Moral
6. Penyelaras data 3M Zon Pengkalan Hulu
7. Penyelaras Program Permata Pintar
8. Guru Penasihat Bola Tampar




Sunday, January 5, 2014

bermandi manda di the carnival.


hei.

lamanya aku tak update blog. ambil gambar pun makin jarang2 sebab aku tak keluar. dan aku makin tak beridea nak mengarang. mungkin kemerapuan aku tersekat sebab orang keliling aku dah start bace blog aku tanpa mem-follow. muahaha hoi bm teruk bebenor. tak kisah la korang follow ke tak asalkan korang klik iklan kat atas dengan sebelah tu ek. kuhkuhkuh

semalam sekolah aku buat lawatan bersama murid tahun 6 tahun  ke The Carnival Sg. Petani. walaupun sg petani dengan kroh dekat (sejam lebih) tapi aku tak penah terasa nak g sana sedangkan sana banyak tempat2 shopping bagai. ntah le..dah masuk 7 tahun duduk di kroh baru pertama kali sampai ke The Carnival. tempat jauh boleh pegi, tempat dekat tak pegi plak.













debab dh aku.itu tanda aku senang hati.*tetiba.
 baju Whole Earth Collection rm8, seluar L& Beautiful rm5 -bundle  
bawal 2alam rm10, beg elle sport
kenapa bayar lebih untuk pakaian berjenama? belilah bundle


k bye.





Tuesday, December 24, 2013

Makan angin


Adik ada kes di kolej, i mean ada buat majlis sempena sem akhir dorang. Sambil menyelam sambil mendayung ke port dickson huhu laut! lama gila aku tak tengok laut. Sungai pun tak jumpa dah.

 di Institut latihan Fama. Tempat ni tak ramai orang. Sesuai dengan famili aku yang tak suka crowded2. Tpi sini tak ada gerai2 makan. Bawa bekal sendiri atau makan di cafe fama.


 baju Klein Plus RM10.00. Jeans Uniqlo RM8.00 - bundle.





sori la mira aku tak ambil gambar kat majlis hang. segan aku aih. anyway tahniah.




Sunday, December 22, 2013

buku bukuku lagi


yeay bertambah lagi koleksi buku dari big bad wolf!

sebab kesal tak sambar buku banyak banyak masa pertama kali pergi tu, aku pesan je kat adik yang nak pergi lagi sekali  dengan member dia. Bila pesan ni kena la dengan pengeras sekali sebab dia yang nak menggalas buku berat berat hohoho.





 boleh letak kat kelas aku sebab budak aku suka tengok gambar binatang. aku dengan budak aku sama ja.


that's all. bye.





Wednesday, December 11, 2013

Buku bukuku

assalamualaikum...

bestnye bestnye bestnye giler punya best dapat menapak di big bad wolf!! dah berapa tahun dok berangan nak pergi shopping buku kat situ alhamdulillah tercapai jugak. Dengan bantuan adik ipar drive ke miecc phew kami 3 beradik meronda hampir 3 jam pilih buku. Kalau bukan disebabkan lapar dan kaki macam nak tercabut mata nak tersembul keluar, rasanya tak checkout lagi kot.. 3 minggu sebelum event lagi aku  dah survey buku buku yg diorang nak jual. Kenala check dulu kan ... baru puas hati and berbaloi datang dari jauh. pergh best betul bukan senang nak dapatkan buku yang high quality macam tu..kalau ada jual kat kedai biasa sanggup ke nak beli dengan harga sebenar? kalau aku kaya pun aku pikir banyak kali gak..

aku suka buku motivasi, art dengan novel pelik and klasik.. novel yang mahal dan covernya unik dan cantik dan susah nak jumpa di kedai dan yang buatkan aku rasa nak baca tapi akhirnya aku tidur selepas 2 mukasurat.. haa..buku macam tu la aku suka..wahahaha..bukan main aku budget sampai rm300 tapi lepas kumpul semua buku aku ngan adik beradik aku baru rm231..troli aku plak macam bagi hint 'kalau ngko amik lagi buku nahas ko pakai troli tayar satu je..' pengajaran kali ini sediakan troli 4 roda. sakit betul tangan pakai troli 2 roda.

buku yang aku beli..



rm 8.00
aku suka karya jrr tolkien sebab imaginasinya hebat. pernahkah seumur hidup uolls berimaginasi dan dapat lakarkan menjadi sebuah buku dan filem? imaginasi sebuah dunia lain beserta lakaran lukisan? aku suka. aku pernah pegang satu buku karya jrr tolkien 2 tahun lepas tapi tak beli sebab tak berduit. sampai sekarang tak jumpa dah dan aku sangat frust. 

rm 8.00

rm 1.00 + rm 8.00 + rm 5.00

rm 5.00 + rm 6.00 + rm 10.00


rm 10.00  
buku ni laris betul. walaupun aku boleh google je benda yang aku nak tahu tapi sangat best ada buku macam ni. aku suka. kalau buat assignment leh guna untuk rujukan .




rm 10.00
buku paling best!!! sebab aku suka doodle makhluk pelik2 buku ni memang boleh buat rujukan..hohohoho..



buku paling paling best!!!
buku yang harga beratus ni cuma harga rm15.00? kalau aku tak beli aku memang mengong.


menyesal tak beli buku national geographic..history..photography..animals world..buku pop up..(~ __~) kan best kalau dorang buat kat perak..