Saturday, October 1, 2011

Kehilangan

Bulan Ogos n September ni memang bulan air mata mengalir deras. Macam macam benda jadi. Walaupun benda yang datang tu bagi orang lain macam tak de mende, tapi bila dah datang bertimpa-timpa memang tak boleh tahan. Selalunya kalau ada tekanan aku boleh motivate diri aku sendiri. Tapi kali ni memang aku surrender. Tapi Alhamdulillah Allah bagi ujian ni untuk aku sebab baru sedar yang aku memang dah hanyut. Mengaji dan doa dah jarang-jarang...haihh...yang lain tu entah la..


Sebelum ni aku aku tertekan pun sebab masalah kerja dan aku boleh handle tapi kali ni berkait dengan orang memang..isk..isk..that why aku tak bergaul sangat sebab aku tak suka terlibat dalam masalah dengan orang. Kadang-kadang kita tak buat apa2 pun kita masih jadi topik perbualan, bila ramah sangat pun orang komplen, diam pun orang komplen, bila buat baik orang sok sek sok sek , buat tak tahu dikatakan tak ambil peduli tak prihatin, kita ambil berat dikatakan busy body, terlibat dalam gosip dikatakan mami jarum, when try to be funny no one take it as a joke, when i'm serious they think i'm trying to be funny.. yeah whatever.and good thing is aku dah biasa buat hal sendiri. hoho.


Salah satu perkara yang buat aku aku sedih, one of my best friends Zarina. Kali terakhir jumpa dia masa perjumpaan guru pemulihan daerah di Grik. Masa tu dia pregnant 3 bulan dan tak nampak perut lagi and i say hi to her baby. Lepas tu langsung tak jumpa sebab tak da perjumpaan dah dan dia pula stay di Lenggong lebih kurang 1 jam 30 minit drive dari Kroh. Aku pun tak terasa nak ke Lenggong sebab seronok nak balik kampung tengok Farel. Dalam proses Ina mengandung, dia selalu beritahu risau masa bersalin nanti. Aku yang tak de pengalaman ni cuma boleh bagi semangat je. One week before due, kami bermessage dan dia cakap lagi dia takut dan risau. Masa tu aku rasa tak sedap hati sebab dia cakap keluar darah dan air. Dia takut nak pergi check. Pada masa tu aku pun tengah tekanan perasaan dengan orang so aku cuma boleh pujuk dia untuk pergi check dan jangan terlampau stress takut effect pada baby tapi aku lupa nak cakap redha dan bersedia kalau perkara yang kita tak nak, berlaku.


Isnin 19 Sep, aku dapat msg jam 4 pagi dari suami Ina yang baby nya meninggal dalam kandungan. Innalillah..aku blank. Anak sulung Ina masih menendang semasa Ina on da way ke hospital. Aku harap sangat aku ada dengan Ina masa tu. Beberapa hari lepas tu aku call dia and i burst into tears after listen to her voice. She still in hospital sebab bengkak susu dan masalah saluran air kecil. She said her baby boy sangat cute. Masih panas masa doktor letak atas dada dia.Ina terkilan sebab tak dapat peluk lama baby tu. Pada malam tu juga famili dia kebumikan baby dan orang yang datang sembahyangkan ramai sangat.


Semalam aku ziarah Ina, Alhamdulillah dia nampak dah ok. Ina yang aku kenal ialah seorang yang lemah lembut dan aku bimbang dia tak dapat tanggung tekanan ni. Kesihatan Ina pun tak berapa baik sebab jahitannya terbuka dan dia kena berulang alik hospital. My dear Ina, kte doakan Ina cepat sembuh, kuat semangat. love u so much.





2 comments:

Bura said...

Mungkinkah kita terlupa tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya...........

missN said...

tq! =)