Wednesday, December 31, 2014

all the best


assalamualaikum..

yeay another year to mess up! semua orang dok pulun update status akhir ni aku bertumblring and register club asanator wuhuhuh

2014 bagi aku ok sikit berbanding tahun2 dulu (takkan tahun2 akan datang pulak) walaupun tahun ni aku stress macam bangang kalut tak berkesudahan tapi at least ada benda yang aku nak dapat. mihmihmih. pencapaian dalam kerjaya aku mungkin sebagai pengurus pasukan ke peringkat kebangsaan walaupun takde feel peringkat kebangsaan. tapi serius la aku rasa nak kurangkan penglibatan luar dan tumpu pada pemulihan aku..rajin buat bahan..main n belajar dengan budak aku.. tapi macam tu pun tak boleh jugak sebab kalau tak libat dengan dunia luar dah macam kera sumbang pulak nanti..lepas tu pulak efek markah prestasi sobbs ... tsk

dan event tahunan aku macam biasa.. aku akan berpindah lagi ke rumah sewa lain...orang lain menyewa tak de pulakk berpindah randah macam aku..adoii dah la rumah sewa susah nak dapat area kroh ni.kalau menyewa kat baling parahla kereta aku nak naik turun gunung tetiap hari.

then i bought a new laptop walaupun bukan brand idaman aku tapi alhamdulillah laptop baru tu setakat ni guna untuk surf internet je. bukan nye nak guna utk rekacipta bahan ke cis

i had fun jogging waktu pagi yang sejuk di kroh.. i dont think i can do that again.. coz i hv a huge responsibility to my family and there wont be a chance to feeling2 layan lagu sambil berlari dalam kasut adidas boost ku itu.. 

also i bought a lot of books this year which is great because selain makanan dan duit, buku menggembirakan aku walaupun aku kekadang (jarang2) je baca. famili aku tak percaya aku baca buku2 tu termasukla aku. sebab dorang nampak aku dengan laptop je. kalau aku hilang dorang akan cari laptop dulu kot.

but still ada benda penting yang aku cari tapi tak dapat. nevermind i keep that to myself. aku ade terbaca (from internet, obviously) jangan cakap kat orang lain apa yang kita nak sebab peratus untuk kita dapat apa yang kita nak sangat2 tu akan berkurang atau mungkin tak dapat langsung. macam bila kita dah cakap kat orang benda kita nak, ia merangsang otak kita  jadi less motivate untuk dapatkan apa yang kita nak sangat tu. ha giteww.. so keep your resolution to yourself hoho ..
apepun semua tu rezeki dari Allah. okay peace.

lets hope all the best for 2015







Monday, December 22, 2014

Lost World Tambun


lawatan murid tahun 6 ke Lost World Tambun Ipoh!! wuhuuuu
aktiviti wajib aku macam biasa duduk berjam-jam bawah pondok sambil menjaga beg.
tapi highly recommended kalau sape sape nak jenjalan main air sambil melawat sambil rehat dalam hotel sambil tengok show sambil menjeling menjeling mata bertentang ewah.
memang best ar lost world ni. dulu 2009 aku pernah datang sini bawak budak2 lawatan peringkat negeri kot. masa tu aku tak explore pun lost world ni..aku ingatkan cuma ada tempat main air je rupanya macam2 show and zoo and rumah hantu etc ada..nyesal pulak aku tak mandi.

adult = rm50
children =rm43
children height below 90cm = free










 don't forget to wear sunblock. seriously.

 sebab ada geng jenis segan nak mandi beramai-ramai maka tempat yang harus dituju ialah restoran -sebab dalam restoran ada air-cond. panas gila kat luar.









 boleh beli makanan ikan kat sebelah jeti sepaket RM1.

 menarik jugak hiasan water themepark ni bagi aku yang belum merasa water themepark macam sunway lagoon dan lain2. dengan sound effectnye..suasana hutan..paling penting bersih dan pokok2 terjaga. baru rasa berbaloi bayar mahal.




 ada tiger show tapi masa trainer tu bagi makan kat tiger, time tu la bateri kamera aku habis.





bye!


Sunday, December 14, 2014

mak ngah ke kuala lumpur



baru selesai menonton Ender's Game on fox movies..phewww that was a verryyy good movie.. menitik air liur bersembur darah hidung time ender berperang dalam simulasi..how come i never know bout this film. not even on tumblr or 9gag. english actors memang terbaik. benedict cumberbatch, thomas william hiddleston, asa butterfield, martin freeman... bukan saje berbakat tapi jugak bijak..

and that's not my point in this post. aku yang ter excited lebih.
time cuti hujung tahun ni lah masa yang ditunggu-tunggu utk aku travel (travel la konon) sebab masa ni je aku free xterlibat dengan sekolah (except kelas tambahan) kalau cuti2 pertengahan ke penggal ke tak de maknanya sebab mungkin aku berkursus atau ditugaskan jadi guru pengiring jaga budak.jeles aku tau cikgu2 lain (cikgu sekolah lain la) boleh plan awal pegi oversea rilek je aku ni berdebar  tunggu arahan jadi mak budak xpun kena panggilan kursus. kalau berdebar tunggu orang mai pinang tak pe le jugak lol

target aku sebenarnya beli buku bbw je..kalau dapat jalan2 tu kira bonus la. so sebab duit simpan ke arah buku maka cost berjalan jalan harusla disekat sikit. sekatla sangat.naik komuter je pun. masih belum berpeluang ke negara luar sebab aku banyak pakai duit berulang alik kampung lagipun tahun ni banyak outstation. tahun depan insha Allah akan pergi tempat yang lebih beralam semulajadi cewah








last pergi ke klcc masa aku sekolah menengah. adela dekat 10 tahun dulu. tengok klcc dari jauh memang banyak kali ah.




singgah makan di AK di restoran warisan. nasi kukus ayam apetah boleh buat pilihan jenis nasi so aku amik nasi bunga telang. RM12+ .




sebenarnya aku nak ke aquaria tapi adik aku ni ada meeting pulak. so dia masuk klcc dengan tujuan utama nak beli popcorn garret lepas tu BALIK. phuih kemain lagi naik komuter tukar stesen bagai last2 sampai beli popcorn je. galeri petronas muzium bagai tak pergi pun! nasib baik popcorn tu super sedap. perisa caramel btw.



at the mines

at one city mall. kalau orang bandar datang kampung, dibawa melawat sekitar kampung mandi sungai. orang kampung mai bandar melawat mall kuikuikui. menarik gak ar konsep mall ni sebab berkonsepkan kaca dan taman. sebab baru lagi so tak banyak kedai dibuka.kedai makan jepun n korea berlambak.











byee