Wednesday, December 31, 2014

all the best


assalamualaikum..

yeay another year to mess up! semua orang dok pulun update status akhir ni aku bertumblring and register club asanator wuhuhuh

2014 bagi aku ok sikit berbanding tahun2 dulu (takkan tahun2 akan datang pulak) walaupun tahun ni aku stress macam bangang kalut tak berkesudahan tapi at least ada benda yang aku nak dapat. mihmihmih. pencapaian dalam kerjaya aku mungkin sebagai pengurus pasukan ke peringkat kebangsaan walaupun takde feel peringkat kebangsaan. tapi serius la aku rasa nak kurangkan penglibatan luar dan tumpu pada pemulihan aku..rajin buat bahan..main n belajar dengan budak aku.. tapi macam tu pun tak boleh jugak sebab kalau tak libat dengan dunia luar dah macam kera sumbang pulak nanti..lepas tu pulak efek markah prestasi sobbs ... tsk

dan event tahunan aku macam biasa.. aku akan berpindah lagi ke rumah sewa lain...orang lain menyewa tak de pulakk berpindah randah macam aku..adoii dah la rumah sewa susah nak dapat area kroh ni.kalau menyewa kat baling parahla kereta aku nak naik turun gunung tetiap hari.

then i bought a new laptop walaupun bukan brand idaman aku tapi alhamdulillah laptop baru tu setakat ni guna untuk surf internet je. bukan nye nak guna utk rekacipta bahan ke cis

i had fun jogging waktu pagi yang sejuk di kroh.. i dont think i can do that again.. coz i hv a huge responsibility to my family and there wont be a chance to feeling2 layan lagu sambil berlari dalam kasut adidas boost ku itu.. 

also i bought a lot of books this year which is great because selain makanan dan duit, buku menggembirakan aku walaupun aku kekadang (jarang2) je baca. famili aku tak percaya aku baca buku2 tu termasukla aku. sebab dorang nampak aku dengan laptop je. kalau aku hilang dorang akan cari laptop dulu kot.

but still ada benda penting yang aku cari tapi tak dapat. nevermind i keep that to myself. aku ade terbaca (from internet, obviously) jangan cakap kat orang lain apa yang kita nak sebab peratus untuk kita dapat apa yang kita nak sangat2 tu akan berkurang atau mungkin tak dapat langsung. macam bila kita dah cakap kat orang benda kita nak, ia merangsang otak kita  jadi less motivate untuk dapatkan apa yang kita nak sangat tu. ha giteww.. so keep your resolution to yourself hoho ..
apepun semua tu rezeki dari Allah. okay peace.

lets hope all the best for 2015







No comments: