Sunday, May 25, 2014

hari guru ^ ^,


tahun ni hari guru sambut sangat2 sederhana. yang penting semua cikgu murid enjoy dah cukup.





 me at the back: soon....soon..hahaha












Thursday, May 15, 2014

mural




 
 damn. salah eja. gambar mural kebanyakan aku ambik kat google je.kalau guna idea aku sendiri alamatnye dah macam vandalisme.

 tulisan equality tu sebenarnya nak tiru stail choccywoccydoodah.malangnya tak menjadi. penah tengok tak ? ala rancangan kedai kek kat Brighton..yang sorang ensem bernama tom yang tulis atas kek dengan tulisan yang best2 tu..


haa...tulisan macam ni la kononye aku nak buat. ape kan daya tulisan aku tak berseni. tulisan aku century gothic je.

 gambar sebelah kanan ni 2 hari siap. buat masa budak2 tengah jawab peksa. gambar ni pun google jugak. mural sebuah rumah kat korea.  lepas tu aku tambah awan2 so boleh la budak baca nilai-nilai murni. tapi aku rasa dorang tak baca.


kalau luntur nak touch up balik..isk..isk



k aku busy.bye.








Tuesday, May 13, 2014

masak memasak



dah lama. dah lama gila aku nak buat masak2 dalam pdp aku. masa mula mula posting pegi dengar taklimat dari ppd, pemulihan boleh pelbagaikan aktiviti dalam bilik darjah. boleh masak2, boleh main, boleh ronda2 sekolah, pendek kata semua boleh. idea memang membuak buak tapi sebelum buat apa2 kena selidik dulu stail budak2 n environment sekolah..bukan semua orang faham stail pemulihan.

pernah sekali sorang cikgu tegur aku ' Nurul, diorang ni tak belajar ke? nampak dorang ni asyik main je?'

tersentap beb. sentap. budak aku memang main tapi dorang main kad suku kata, dam, game+belajar daripada komputer.. nama pun budak pemulihan..tak kan aku nak bagi buku teks plak suh dorang baca. tak kan aku nak tulis kat papan putih suh dorang baca. aku pakai lcd.. baru canggih. 

tapi aku faham. cikgu yang mengajar aliran perdana susah nak terima stail belajar pemulihan.kalau aku cikgu perdana pun aku mungkin pikir macam tu. tapi masa tu aku ni kan cikgu baru...angguk je la walaupun aku hampir buka mulut buka buku panduan nak terangkan definisi pemulihan dan aktiviti pembelajaran pemulihan..kuhkuhkuh.

kalau bab masak2 lak boleh buat macam2 asalkan tak merbahaya pada budak n sekolah. bahaya kat cikgu takpe. jangan bahaya kat  murid.

dulu aku nak buat masak ni tapi kena tengok dulu kot2 budaya sini tak kena ke..mana la tau mak pak dorang tak bagi makan kalau bercampur ngan malay..mana la tau klau perut dorang sensitif, dorang sakit perut mampus aku nak menjawab.

 buat sandwich telur je pun. 
bahan2 semua aku sediakan. budak2 melenggang kangkung je masuk kelas ,kupas telur rebus.






dah kenyang. apa initpati kisah masak memasak nih. first, korang ajar budak2 ni dengar arahan. lepas tu enjoy makan. cikgu pun kenyang.lol.

aku nak buat stail sekolah korea yang budak2 tulis diari setiap hari. lepas habis sekolah hujung tahun diari tu dorang boleh simpan untuk kenang-kenangan. tapi memandangkan murid aku ni tak tau tulis macam mane nak tulis diari?

 -suruh dorang lukis-.


bye.



Wednesday, May 7, 2014

i'm fine

hari ke 3 hantar murid latihan pusat
badan dah mula nak menggigil
sebab tak cukup tidur dan rehat

hari ni balik lewat sebab taklimat pengurus pasukan
baru aku tau borang pendaftaran 'mesti' bertaip.
ah sudah.
ni yang aku tak suka buat kerja awal2.
akhirnya last minit jugak aku meraban macam orang buat kerja last minit.
tak pe.kerja ni bisa diatur. kena taip 6 orang je.
aku happy bila tugas aku settle awal tapi mmg 99% nanti last minutes ada ja benda tak betul.
ok lepas ni buat last minit la.

sampai rumah malam.
terkocoh kocoh bawak masuk printer ke dalam rumah.
opps printer bocor.
habis melimpah keluar ke lantai dan baju.
ok.
aku nak kena taip nama.print.
kemas baju barang untuk tidur kat sana
sekarang kena lap pula lantai.
rumah aku sewa lak tu.



pergi check kereta.
tutup pintu kereta terkepit jari.
berdarah.
ok.
aku kena taip nama. jari luka berdarah. perut lapar. otak badan letih.kena packing barang. menyampah tengok kereta belemuihh dengan lumpur.tak de harapan kereta aku bersinar bersih esok.lantak ah.

alhamdulillah
barang semua siap packing.
siap print pndaftaran
tapi sekarang aku tak boleh tidur.
tak mengantuk langsung.
esok start pertandingan.

ggrrrr.

bye