Thursday, June 19, 2014
masa aku upload gambar instagram fathers day aku rasa sebak
biasanya aku jenis xucap fathers day mothers day
tapi kali tu aku rasa mmembuak je nak ucap fathers day kat abah
so aku ucapkan
lepas tu aku upload gambar
beberapa lama sebelum tu aku rasa xsedap hati je
tengok abah tak selera makan
makin kurus
aku rasa semacam je
sehari lepas aku upload
baru 2 jam sesi sekolah buka
mak call aku menangis
ada tak kena dengan abah
aku terus drive balik bawa ke hospital
alhamdulillah cepat jumpa doktor
abah kena minor stroke
ada sedikit pendarahan di otak
doakan abah saya sihat cergas dijauhkan daripada penyakit
Thursday, June 12, 2014
aye aye sir part ii
assalamualaikum...
oh ye sebelum sambung part ii ni, aku nak jelaskan sejelas jelasnye yang ape aku tulis sebelum dan sekarang adalah daripada pendapat aku dan guru-guru lain. mula2nya aku tengok pengurusan macam ehhhhh?? (tapi tak semua benda ehhh) tapi bukan aku sorang yang pikir macam tu. Pendapat cikgu lain yang pernah pergi kata tahun2 sebelum ni pun macam tu jugak. umm..
ok. hari ketiga murid buat ujian spesifik dan ujian larian 800m.. tak de masalah kalau lari 5km pun sebab yang lari tu budak, bukan aku.muahaha. ujian larian buat sebelah petang sebab kat kl jam 2 ptg dah start hujan lebat ~bestnya tidoooo~.. nasib baik hujan sekejap je kalau tak mungkin kena tangguh ke hari esok. seperti yang aku tulis sebelum ni aktiviti sukan tetapi tiada medic team. of course aku tak bawa first aid kit sebab diberitahu tak payah bawa ape, fasi diorang buat semua. ok 800m sahaja. TETAPI murid yang berlari tu kita tak tau health background dia. dan murid yang terpilih ni adalah sukan memanah, bola jaring, bola tampar dan olahraga. budak olahraga steady je lari.bola tampar ok lagi sebab diorang biasa buat larian pendek. bola jaring pun ok. tapi budak memanah? budak lontar peluru? aku sebut pasal hal ni sebab pada masa buat larian, ada yang cramp. pada masa inilah medic team/fisioterapi kena standby. tapi fasi diorang tak sampai 15 orang itu la yang jaga kat trek, yang duduk tengok, yang settle kerja kerja lain...
aku sebut hal ni sebab sorang budak jatuh masa turun tangga sebab pening dan cramp. depan aku plak tu. nasib baik kawan aku ni tau pasal fisio.aku pernah buat dulu tapi ye la dah lama tinggal karang kang silap urut nahas aku. nasib baik la tak ada yang serius. kalau ada murid semput ke..masalah jantung ke..tak ke naya.. pada masa tu pulak ada sorang budak lelaki menangis..ahh tak nak ah cerita.
tapi stress jugak ar takkanla tak boleh pinjam budak sekolah menengah pbsm ke..ape ke.. jadi assistant..takde duit nak bayar, bagi dorang makan dan cenderahati ok la tu..adik ipar aku kerja kat unit sukan upsi..bila buat program sukan bola wajib ada ambulan. ok mungkin ini bukan main bola but at least nak ajak budak masuk sekolah sukan, kita kena tonjolkan apa yang sekolah sukan boleh sumbangkan yang terbaik untuk budak2 ni. tak gitu?
malam tu pulak ada ujian iq. buat di asrama je. aku tak turun tengok. aku tido. lalalala.
oh ye. cikgu pengiring lelaki sekali dengan aku tu datang sekejap je. sebab dia ada hal lain. so memang aku sorang ah jaga budak negeri aku. alhamdulillah budak negeri aku tak de buat masalah. cuma letih aku kena jawab telefon/report dengan parent diorang yang tanya bila anak dorang boleh balik.
tapi serius kena sabar kaw2 ar jaga anak orang lama2. macam2 perangai. ni aku tak tulis lagi isu budak tomboy buat drama dengan kawan perempuan dia. terpeluk tercium termenangis termerajuk aku suka kau kau suka dia....isk isk isk..baru 12 tahun je pun.
hari kedua last ujian spesifik. tak de hal sebab cikgu2 team aku rajin. aku je tercongok macam pokok kat situ. aku punya stail kalau jurulatih ade kat situ, dia yang bagi arahan. ape hal 3-4 orang bagi arahan cakap benda sama. lepas tu sorang bagi arahan lain, sorang lagi arahan lain. baik aku senyap kat tepi.kalau korang rasa sikap aku tak betul sila tegur dengan sopan. peace.
mulanya aku sangka bola tampar buat indoor. selamat la kulit aku tapi rupanya outdoor. hahahah..yang ini pun jadi isu jugak tau. stress aku. semua benda jadi isu. tapi aku tak cerita bab ni sebab kaitkan dengan sekolah lain. satu lagi isu ialah cikgu tu cakap (tak mau cakap cikgu mana) sekolah sukan tak ambil pun calon murid permpuan bola tampar. diorang cuma cari murid lelaki bola tampar je. habis kenapa panggil murid perempuan sekali.ok mungkin nak bagi pendedahan, mungkin juga test ability dorang untuk sukan lain. mungkin ada sebab yang aku dan cikgu tu tak tau. tak pe.dah selesai pun.
selesai ujian spesifik bola tampar tengah hari tu. horeyyy. kiranya petang dah boleh rehat. esok pagi boleh balik! tapi sebenarnya tak. cikgu tu minta jumpa petang nanti sebab dia berminat nak test lagi skill budak2 ni. of course dari pandangan jurulatih, dia tau kemampuan budak yang boleh pergi jauh dalam bola tampar. petang tu kami jumpa lagi di asrama lelaki. AND U KNOW WHAT isu tak berhentis setakat itu sajeee..... masa tengah main tu ada isu lain yang amat serius yang aku rasakan come on, you all need to do something.lepas program please bincang balik apa yang tak kena.please tambahkan bilangan ajk, please cari tempat yang sesuai, please jaga kebajikan murid dan guru. aku tak boleh ulas kat sini isu tu sebab melibatkan nama guru dan murid walapun aku ada gambar2nye sekali..sobs.tapi perkara ni memang jadi pengajaran untuk aku sebagai pengurus pasukan/cikgu. aku faham nak uruskan program ni memang susah tapi mesti ada cara lagipun dorang bukan pertama kali buat program ni. maafla kalau akku terlebih2 komplen tapi ini sebagai rujukan aku pada masa akan datang.
kesian kat cikgu ujian spesifik lain. contohnye olahraga. cikgu pengiring kena jaga trek dan isi data tengah panas!! (biasala kerja cikgu berdiri tengah panas, nak complain apehal) but at least sediakan khemah. tak pun payung. tak pun sunblock spray. kesian dorang sunburn.
malam tu mesyuarat pula. balik lewat ke asrama. tapi tabik spring ah kat cikgu2 perempuan bilik aku ni. steady je tengah malam keluar lepak makan2 melihat keindahan bandaraya kl dan pulang jam 2-3 pagi.sampai bilik siap sambung baca novel perghhhh..
hari yang ditunggu dah tiba. tak sabar aku nak serahkan budak2 aku ni ke tangan parent dorang. hahahahah. bas aku dengan johor paling lambat sampai weh. negeri lain dah sampai rumah tidur lepak, aku dengan budak2 melangut kat sekolah tu tunggu bas.
walaupun banyak isu, tapi banyak gila ah benda aku belajar. disebabkan aku ni pelupa aku catatkan dalam post ni. itu je tujuan aku. bukan aku sorang belajar, you all yg bukan dalam bidang guru pun boleh belajar.
that's all.bye.
p.s: walaupun pengurusan program kureng, tapi fasi yang ada bagi kerjasama dengan baik. siapa lagi kami nak minta tolong kalau bukan dari diorang..anyway thanks to all the fasi's of the program.
Wednesday, June 11, 2014
aye aye sir (tajuk xde kena mengena)
assalamualaikum
lama gila cari semangat nak update blog. kali ni aku nak cerita pasal aku pergi program kenal pasti bakat murid untuk masuk sekolah sukan. tapi banyak la ayat yang berunsurkan kekecewaan dan kekurangan perjalanan program ni. bukan aku nak complain saje2..just untuk pengajaran aku jugak.. and u all jugak.. kalau anjur program..buat la plan sebaik2nya..memang susah buat program lagi2 peserta orang luar..tapi pengalaman bertahun buat program sama mestila ada penambahbaikan..tak gitu? kadang aku pun rasa aku dah sedia lengkap dah sebelum mesyuarat agung pibg. tapi bila dah sampai hari tu baru ternampak benda tu tak buat, benda ni tersilap bla bla bla..masa ni la ko kenal sifat sebenar team korang.
seminggu sebelum tu, seorang pt call aku offer jadi guru pengiring murid2 yang terpilih oleh kpm untuk ikuti satu pemilihan bakat sukan untuk masuk ke sekolah sukan.
'cikgu takpayah buat ape, just jaga budak bola tampar 6 orang je'. ' buat kat kl 3 hari'. tak payah bawa/buat borang ape pun, just pack barang baju u sendiri'
aku setuju sebab jaga budak 6 org je. 3 hari je.tak de buat ape pun, fasi diorang yang handle. boleh la aku jalan2 tengok kl.lol
jpn faks surat utk pergi kl SEHARI sebelum bertolak.itupun aku msg pt tu tanya pasal surat.kalau aku tak tanya maunye aku dah sampai kampung baru surat sampai sekolah. ok. aku dah standby semua barang.hari pertama cuti sekolah aku berkumpul di unit sukan. lepas tu tanya pegawai pasal list nama murid yang pergi. hambik kau 37 orang murid seluruh negeri perak and 3 orang guru pengiring. aku sorang cikgu perempuan. bagus. dalam list tu mmg budak bola tampar 6 orang je..abis 18 murid perempuan tu nak biar je la. dan bukan 3 hari tapi 5 HARI. oh wow. jaga anak orang 5 hari weh. memang kerja aku ni mulia, jangan merungut dan lalala tapi jangan la aniaya aku begitu sekali.sobs.
sorang cikgu lelaki tak boleh pergi sebab masalah peribadi. ok. sorang lagi pun tak boleh pergi dan digantikan dengan cikgu lelaki lain yang baru tau kena pergi hari tu jugak. disebabkan dia kat teluk intan, dia drive sendiri ke kl. kesian kau cikgu. pada masa berkumpul tu ada sorang murid yang baru dapat surat hari tu jugak, and kpm nak dia jugak pergi kl, dan murid tu tak tau pasal surat, dia dah pergi bercuti di rumah kakak dia. paham tak ayat aku ni?
so kami pun membuang masa call bapa dia hantar murid tu ke tempat kami berkumpul. dari jam 9.40 aku kat situ tunggu sampai jam 1 petang baru bertolak ke kl. boleh tak bayangkan letih dan laparnye aku n budak2 yang tunggu sorang murid tu.tempat tu mana ada kedai makan muslim.last2 bapa budak tu hantar terus ke kl. aiii..
ok sekarang aku sorang cikgu nak jaga 18 orang murid.nasib baik ramai tak datang. dalam pada tu juga ada sorang budak demam. tapi cikgu dia hantar juga untuk program ni. ok. satu hal nak kena jaga budak sakit untuk bersukan. kalau sakit janganla datang. bukan nya p kl dengar ceramah. ko kena bersukan berpanas dik oii..kalau aku tak cakap,kata aku tak bersuara. bila bersuara tak de sapa pulak nak dengar..lepas ni aku bersuara dengan tangan dan kaki sekali.
ok bermula perjalanan ke kl. ambil 2 orang murid lagi di rnr.2 orang tu pulak menangis tak mau datang tapi mak suruh datang jugak. ok sakit kepala aku. lepas ni ape la pulak.
sampai di tmpat pendaftaran jam 5.30 petang. hujan renyai2.jalan kaki redah hujan. dah ramai murid negeri lain dah sampai tapi melepak tepi kantin asrama. dengan beg2 besar. aku tinggal dorang kat kantin pergi daftar dulu.
erm, cik, murid boleh dapat asrama sekarang?
tak boleh lagi, tunggu semua negeri sampai dulu baru kami bagi asrama.
tapi budak2 dah letih lapar kalau boleh dorang ada tempat sementara untuk rehat.
sekarang memang tak ada tempat, kena tunggu dulu kat luar. nanti baru kami bagitau kena stay kat mana.
serius beb. budak letih lapar, aku 3x letih lapar tension. nak cari tempat solat lagi. oh masjid kat sebelah je. oh katering dah sampai alhamdulillah. bagi dorang makan lepas tu pegi solat.
jam 7ptg fasi bagi taklimat. jam 8 malam taklimat untuk guru pengiring.murid lelaki tinggal di asrama victoria. jam 10.30 malam aku n murid perempuan naik bas pergi ke asrama kat seri petaling.tunggu dalam hujan. aku berharap sangat aku tak demam. kalau aku demam habisla sape nak jaga budak. and oh kami cikgu pengiring tak dapat jadual program pun. kami tertanya2 sama kami 'weh esok ade ape weh' weh balik nanti pagi ke petang weh'.
sorang murid lelaki yang demam tu, aku call mak dia boleh ke tak bagi panadol. mak dia bagi kebenaran tapi ubat tu kena hancurkan dulu. nasib baik aku bawak ubat. ok settle. terpaksa la aku tinggalkan dia macam tu je. harap2 ada cikgu lelaki negeri lain boleh tolong tengokkan. tapi mau ke dorang tolong tengok. dorang pun ada murid kena jaga. dah la cikgu laki sikit ja.
jam 11mlm sampai, masuk bilik. budak2 aku biar dorang cari sendiri bilik. sebab dah terpisah2 ikut level, pandaila korang. aku dah habis tenaga. malam tu aku tak berkenalan sangat pun dengan cikgu2 negeri lain. aku harap aku dapat tidur awal sebab esok bangun awal. sebab aku suka jadi orang pertama guna bilik mandi.dan kulit aku sangat sensitif. kalau tidur tak cukup tidur,muka aku bengkak. kelakar. dan cikgu2 lain sangat meriah. walaupun pertama kali jumpa tapi macam jumpa kawan sekampung. apekah keajaiban ini?nanti jap.u all tak nak tidur awal ke? esok nak kena kerja sampai malam tau? lol
bermula lah episod hari pertama. cikgu2 kena bantu fasi mencatat data untuk ujian antropometrik.sukat depa tangan. sukat tinggi dan duduk. berat badan, lompat jauh menegak dll.
huhuhuhuhuuuuuuu.
walaupun kami sama2 tak tau nama setiap orang tapi bila bergambar semua macam adik beradik.lol
hari pertama aku/kami dapat kesan sesuatu. penganjur tak sediakan pasukan perubatan. mungkin diorang sendiri boleh buat? tapi anggaran murid yang datang ialah 500 orang. tapi yang datang 200 lebih..but still tak sedia medic team? serriously? well at least macam game peringkat negeri walaupun team yang tengah bertanding tu 50 orang je, ada seorang student sekolah menengah pbsm yang standby dengan first aid. tapi ini peringkat kebangsaan.seluruh semenanjung. tak ada first aid? ke ada tapi dorang sorok..tapi serius seorang fasi minta ubat panadol dari cikgu pengiring untuk bagi kat murid yang demam. urm..bagi cikgu2 kalau nak bagi ubat makan kat murid kena call tanya parent dia dulu utk dapat kebenaran. kalau terus bagi, budak allergic ubat kejung kat situ macammana? take note.
alkisah sorang budak lelaki aku yang demam. dia tak larat nak buat ujian pun. daripada biar dia kat situ baik dia balik rumah. aku minta izin benarkan parent dia ambil bawa balik. ok lulus. sekarang kena tunggu parent dia pula datang ambil but still fasi berminat dengan student ni sebab fizikal dia bagus untuk jadi murid sekolah sukan. urmm. no komen. dalam kepala aku cuma nak cepat hantar murid tu balik.kesian weh.
oh ye. ada masalah dengan katering jugak. hari pendaftaran dan hari kedua, air habis..nasi habis..ayam berbau...lepas cikgu2 complaint pada fasi barulah diorang masak elok2..kalau tak dah macam makanan errrr...fahamla sendiri. take note.
dan ada insiden murid keracunan. sebab dia mudah. pagi tu kami cikgu perempuan bawa nasi goreng breakfast ke tempat sukan. bagi kat 5 orang murid tu..ingatkan dorang makan masa tu tapi rupanya diorang simpan bawa balik asrama. tengah malam lapar diorang makan nasi goreng tu. budak 12 tahun. lelaki.walaupun badan macam bapa budak tapi mental tak matang. dan sebab kelaparan. nama pun budak laki.selera besar. kat asrama diorang pun bukan ada koperasi atau kedai. kesian. take note.
ok.nanti sambung part 2.
Friday, June 6, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)