assalamualaikum...
oh ye sebelum sambung part ii ni, aku nak jelaskan sejelas jelasnye yang ape aku tulis sebelum dan sekarang adalah daripada pendapat aku dan guru-guru lain. mula2nya aku tengok pengurusan macam ehhhhh?? (tapi tak semua benda ehhh) tapi bukan aku sorang yang pikir macam tu. Pendapat cikgu lain yang pernah pergi kata tahun2 sebelum ni pun macam tu jugak. umm..
ok. hari ketiga murid buat ujian spesifik dan ujian larian 800m.. tak de masalah kalau lari 5km pun sebab yang lari tu budak, bukan aku.muahaha. ujian larian buat sebelah petang sebab kat kl jam 2 ptg dah start hujan lebat ~bestnya tidoooo~.. nasib baik hujan sekejap je kalau tak mungkin kena tangguh ke hari esok. seperti yang aku tulis sebelum ni aktiviti sukan tetapi tiada medic team. of course aku tak bawa first aid kit sebab diberitahu tak payah bawa ape, fasi diorang buat semua. ok 800m sahaja. TETAPI murid yang berlari tu kita tak tau health background dia. dan murid yang terpilih ni adalah sukan memanah, bola jaring, bola tampar dan olahraga. budak olahraga steady je lari.bola tampar ok lagi sebab diorang biasa buat larian pendek. bola jaring pun ok. tapi budak memanah? budak lontar peluru? aku sebut pasal hal ni sebab pada masa buat larian, ada yang cramp. pada masa inilah medic team/fisioterapi kena standby. tapi fasi diorang tak sampai 15 orang itu la yang jaga kat trek, yang duduk tengok, yang settle kerja kerja lain...
aku sebut hal ni sebab sorang budak jatuh masa turun tangga sebab pening dan cramp. depan aku plak tu. nasib baik kawan aku ni tau pasal fisio.aku pernah buat dulu tapi ye la dah lama tinggal karang kang silap urut nahas aku. nasib baik la tak ada yang serius. kalau ada murid semput ke..masalah jantung ke..tak ke naya.. pada masa tu pulak ada sorang budak lelaki menangis..ahh tak nak ah cerita.
tapi stress jugak ar takkanla tak boleh pinjam budak sekolah menengah pbsm ke..ape ke.. jadi assistant..takde duit nak bayar, bagi dorang makan dan cenderahati ok la tu..adik ipar aku kerja kat unit sukan upsi..bila buat program sukan bola wajib ada ambulan. ok mungkin ini bukan main bola but at least nak ajak budak masuk sekolah sukan, kita kena tonjolkan apa yang sekolah sukan boleh sumbangkan yang terbaik untuk budak2 ni. tak gitu?
malam tu pulak ada ujian iq. buat di asrama je. aku tak turun tengok. aku tido. lalalala.
oh ye. cikgu pengiring lelaki sekali dengan aku tu datang sekejap je. sebab dia ada hal lain. so memang aku sorang ah jaga budak negeri aku. alhamdulillah budak negeri aku tak de buat masalah. cuma letih aku kena jawab telefon/report dengan parent diorang yang tanya bila anak dorang boleh balik.
tapi serius kena sabar kaw2 ar jaga anak orang lama2. macam2 perangai. ni aku tak tulis lagi isu budak tomboy buat drama dengan kawan perempuan dia. terpeluk tercium termenangis termerajuk aku suka kau kau suka dia....isk isk isk..baru 12 tahun je pun.
hari kedua last ujian spesifik. tak de hal sebab cikgu2 team aku rajin. aku je tercongok macam pokok kat situ. aku punya stail kalau jurulatih ade kat situ, dia yang bagi arahan. ape hal 3-4 orang bagi arahan cakap benda sama. lepas tu sorang bagi arahan lain, sorang lagi arahan lain. baik aku senyap kat tepi.kalau korang rasa sikap aku tak betul sila tegur dengan sopan. peace.
mulanya aku sangka bola tampar buat indoor. selamat la kulit aku tapi rupanya outdoor. hahahah..yang ini pun jadi isu jugak tau. stress aku. semua benda jadi isu. tapi aku tak cerita bab ni sebab kaitkan dengan sekolah lain. satu lagi isu ialah cikgu tu cakap (tak mau cakap cikgu mana) sekolah sukan tak ambil pun calon murid permpuan bola tampar. diorang cuma cari murid lelaki bola tampar je. habis kenapa panggil murid perempuan sekali.ok mungkin nak bagi pendedahan, mungkin juga test ability dorang untuk sukan lain. mungkin ada sebab yang aku dan cikgu tu tak tau. tak pe.dah selesai pun.
selesai ujian spesifik bola tampar tengah hari tu. horeyyy. kiranya petang dah boleh rehat. esok pagi boleh balik! tapi sebenarnya tak. cikgu tu minta jumpa petang nanti sebab dia berminat nak test lagi skill budak2 ni. of course dari pandangan jurulatih, dia tau kemampuan budak yang boleh pergi jauh dalam bola tampar. petang tu kami jumpa lagi di asrama lelaki. AND U KNOW WHAT isu tak berhentis setakat itu sajeee..... masa tengah main tu ada isu lain yang amat serius yang aku rasakan come on, you all need to do something.lepas program please bincang balik apa yang tak kena.please tambahkan bilangan ajk, please cari tempat yang sesuai, please jaga kebajikan murid dan guru. aku tak boleh ulas kat sini isu tu sebab melibatkan nama guru dan murid walapun aku ada gambar2nye sekali..sobs.tapi perkara ni memang jadi pengajaran untuk aku sebagai pengurus pasukan/cikgu. aku faham nak uruskan program ni memang susah tapi mesti ada cara lagipun dorang bukan pertama kali buat program ni. maafla kalau akku terlebih2 komplen tapi ini sebagai rujukan aku pada masa akan datang.
kesian kat cikgu ujian spesifik lain. contohnye olahraga. cikgu pengiring kena jaga trek dan isi data tengah panas!! (biasala kerja cikgu berdiri tengah panas, nak complain apehal) but at least sediakan khemah. tak pun payung. tak pun sunblock spray. kesian dorang sunburn.
malam tu mesyuarat pula. balik lewat ke asrama. tapi tabik spring ah kat cikgu2 perempuan bilik aku ni. steady je tengah malam keluar lepak makan2 melihat keindahan bandaraya kl dan pulang jam 2-3 pagi.sampai bilik siap sambung baca novel perghhhh..
hari yang ditunggu dah tiba. tak sabar aku nak serahkan budak2 aku ni ke tangan parent dorang. hahahahah. bas aku dengan johor paling lambat sampai weh. negeri lain dah sampai rumah tidur lepak, aku dengan budak2 melangut kat sekolah tu tunggu bas.
walaupun banyak isu, tapi banyak gila ah benda aku belajar. disebabkan aku ni pelupa aku catatkan dalam post ni. itu je tujuan aku. bukan aku sorang belajar, you all yg bukan dalam bidang guru pun boleh belajar.
that's all.bye.
p.s: walaupun pengurusan program kureng, tapi fasi yang ada bagi kerjasama dengan baik. siapa lagi kami nak minta tolong kalau bukan dari diorang..anyway thanks to all the fasi's of the program.
No comments:
Post a Comment