Wednesday, June 11, 2014

aye aye sir (tajuk xde kena mengena)


assalamualaikum

lama gila cari semangat nak update blog. kali ni aku nak cerita pasal aku pergi program kenal pasti bakat murid untuk masuk sekolah sukan. tapi banyak la ayat yang berunsurkan kekecewaan dan kekurangan perjalanan program ni. bukan aku nak complain saje2..just untuk pengajaran aku jugak.. and u all jugak.. kalau anjur program..buat la plan sebaik2nya..memang susah buat program lagi2 peserta orang luar..tapi pengalaman bertahun buat program sama mestila ada penambahbaikan..tak gitu? kadang aku pun rasa aku dah sedia lengkap dah sebelum mesyuarat agung pibg. tapi bila dah sampai hari tu baru ternampak benda tu tak buat, benda ni tersilap bla bla bla..masa ni la ko kenal sifat sebenar team korang.

seminggu sebelum tu, seorang pt call aku offer jadi guru pengiring murid2 yang terpilih oleh kpm untuk ikuti satu pemilihan bakat sukan untuk masuk ke sekolah sukan.
 'cikgu takpayah buat ape, just jaga budak bola tampar 6 orang je'. ' buat kat kl 3 hari'. tak payah bawa/buat borang ape pun, just pack barang baju u sendiri'

aku setuju sebab jaga budak 6 org je. 3 hari je.tak de buat ape pun, fasi diorang yang handle. boleh la aku jalan2 tengok kl.lol

jpn  faks surat utk pergi kl SEHARI sebelum bertolak.itupun aku msg pt tu tanya pasal surat.kalau aku tak tanya maunye aku dah sampai kampung baru surat sampai sekolah. ok. aku dah standby semua barang.hari pertama cuti sekolah aku berkumpul di unit sukan. lepas tu tanya pegawai pasal list nama murid yang pergi. hambik kau 37 orang murid seluruh negeri perak and 3 orang guru pengiring. aku sorang cikgu perempuan. bagus. dalam list tu mmg budak bola tampar 6 orang je..abis 18 murid perempuan tu nak biar je la. dan bukan 3 hari tapi 5 HARI. oh wow. jaga anak orang 5 hari weh. memang kerja aku ni mulia, jangan merungut dan lalala tapi jangan la aniaya aku begitu sekali.sobs.

sorang cikgu lelaki tak boleh pergi sebab masalah peribadi. ok. sorang lagi pun tak boleh pergi dan digantikan dengan cikgu lelaki lain yang baru tau kena pergi hari tu jugak. disebabkan dia kat teluk intan, dia drive sendiri ke kl. kesian kau cikgu. pada masa berkumpul tu ada sorang murid yang baru dapat surat hari tu jugak, and kpm nak dia jugak pergi kl, dan murid tu tak tau pasal surat, dia dah pergi bercuti di rumah kakak dia. paham tak ayat aku ni?

so kami pun membuang masa call bapa dia hantar murid tu ke tempat kami berkumpul. dari jam 9.40 aku kat situ tunggu sampai jam 1 petang baru bertolak ke kl. boleh tak bayangkan letih dan laparnye aku n budak2 yang tunggu sorang murid tu.tempat tu mana ada kedai makan muslim.last2 bapa budak tu hantar terus ke kl. aiii..

ok sekarang aku sorang cikgu nak jaga 18 orang murid.nasib baik ramai tak datang. dalam pada tu juga ada sorang budak demam. tapi cikgu dia hantar juga untuk program ni. ok. satu hal nak kena jaga budak sakit untuk bersukan. kalau sakit janganla datang. bukan nya p kl dengar ceramah. ko kena bersukan berpanas dik oii..kalau aku tak cakap,kata aku tak bersuara. bila bersuara tak de sapa pulak nak dengar..lepas ni aku bersuara dengan tangan dan kaki sekali.

ok bermula perjalanan ke kl. ambil 2 orang murid lagi di rnr.2 orang tu pulak menangis tak mau datang tapi mak suruh datang jugak. ok sakit kepala aku. lepas ni ape la pulak.

sampai di tmpat pendaftaran jam 5.30 petang. hujan renyai2.jalan kaki redah hujan. dah ramai murid negeri lain dah sampai tapi melepak tepi kantin asrama. dengan beg2 besar. aku tinggal dorang kat kantin pergi daftar dulu.

erm, cik, murid boleh dapat asrama sekarang?
tak boleh lagi, tunggu semua negeri sampai dulu baru kami bagi asrama.
tapi budak2 dah letih lapar kalau boleh dorang ada tempat sementara untuk rehat.
sekarang memang tak ada tempat, kena tunggu dulu kat luar. nanti baru kami bagitau kena stay kat mana.

serius beb. budak letih lapar, aku 3x letih lapar tension. nak cari tempat solat lagi. oh masjid kat sebelah je. oh katering dah sampai alhamdulillah. bagi dorang makan lepas tu pegi solat.

jam 7ptg fasi bagi taklimat. jam 8 malam taklimat untuk guru pengiring.murid lelaki tinggal di asrama victoria. jam 10.30 malam aku n murid perempuan naik bas pergi ke asrama kat seri petaling.tunggu dalam hujan. aku berharap sangat aku tak demam. kalau aku demam habisla sape nak jaga budak. and oh kami cikgu pengiring tak dapat jadual program pun. kami tertanya2 sama kami 'weh esok ade ape weh' weh balik nanti pagi ke petang weh'.


sorang murid lelaki yang demam tu, aku call mak dia boleh ke tak bagi panadol. mak dia bagi kebenaran tapi ubat tu kena hancurkan dulu. nasib baik aku bawak ubat. ok settle. terpaksa la aku tinggalkan dia macam tu je. harap2 ada cikgu lelaki negeri lain boleh tolong tengokkan. tapi mau ke dorang tolong tengok. dorang pun ada murid kena jaga. dah la cikgu laki sikit ja.

jam  11mlm sampai, masuk bilik. budak2 aku biar dorang cari sendiri bilik. sebab dah terpisah2 ikut level, pandaila korang. aku dah habis tenaga. malam tu aku tak berkenalan sangat pun dengan cikgu2 negeri lain. aku harap aku dapat tidur awal sebab esok bangun awal. sebab aku suka jadi orang pertama guna bilik mandi.dan kulit aku sangat sensitif. kalau tidur tak cukup tidur,muka aku bengkak. kelakar. dan cikgu2 lain sangat meriah. walaupun pertama kali jumpa tapi macam jumpa kawan sekampung. apekah keajaiban ini?nanti jap.u all tak nak tidur awal ke? esok nak kena kerja sampai malam tau? lol

bermula lah episod hari pertama. cikgu2 kena bantu fasi mencatat data untuk ujian antropometrik.sukat depa tangan. sukat tinggi dan duduk. berat badan, lompat jauh menegak dll.





 huhuhuhuhuuuuuuu.


 walaupun kami sama2 tak tau nama setiap orang tapi bila bergambar semua macam adik beradik.lol



 hari pertama aku/kami dapat kesan sesuatu. penganjur tak sediakan pasukan perubatan. mungkin diorang sendiri boleh buat? tapi anggaran murid yang datang ialah 500 orang. tapi yang datang 200 lebih..but still tak sedia medic team? serriously? well at least macam game peringkat negeri walaupun team yang tengah bertanding tu 50 orang je, ada seorang student sekolah menengah pbsm yang standby dengan first aid. tapi ini peringkat kebangsaan.seluruh semenanjung. tak ada first aid? ke ada tapi dorang sorok..tapi serius seorang fasi minta ubat panadol dari cikgu pengiring untuk bagi kat murid yang demam. urm..bagi cikgu2 kalau nak bagi ubat makan kat murid kena call tanya parent dia dulu utk dapat kebenaran. kalau terus bagi, budak allergic ubat kejung kat situ macammana? take note.




 alkisah sorang budak lelaki aku yang demam. dia tak larat nak buat ujian pun. daripada biar dia kat situ baik dia balik rumah. aku minta izin benarkan parent dia ambil bawa balik. ok lulus. sekarang kena tunggu parent dia pula datang ambil but still fasi berminat dengan student ni sebab fizikal dia bagus untuk jadi murid sekolah sukan. urmm. no komen. dalam kepala aku cuma nak cepat hantar murid tu balik.kesian weh.

oh ye. ada masalah dengan katering jugak. hari pendaftaran dan hari kedua, air habis..nasi habis..ayam berbau...lepas cikgu2 complaint pada fasi barulah diorang masak elok2..kalau tak dah macam makanan errrr...fahamla sendiri. take note.

dan ada insiden murid keracunan. sebab dia mudah. pagi tu kami cikgu perempuan bawa nasi goreng breakfast ke tempat sukan. bagi kat 5 orang murid tu..ingatkan dorang makan masa tu tapi rupanya diorang simpan bawa balik asrama. tengah malam lapar diorang makan nasi goreng tu. budak 12 tahun. lelaki.walaupun badan macam bapa budak tapi mental tak matang. dan sebab kelaparan. nama pun budak laki.selera besar. kat asrama diorang pun bukan ada koperasi atau kedai. kesian. take note.




ok.nanti sambung part 2.

















No comments: