Thursday, September 26, 2019

The cancel plan


assalamualaikum.. and hai!

bersyukur la korang aku ada mood rajin nak update blog. Kalau korang rasa penulisan aku dah hambar berbanding dulu..hmm faham2 je lah ..sekarang semua benda mudah viral. Salah tulis ke.. niat baik ke.. untuk pengajaran ke .. semua letak kat belakang lutut ..yang penting viral dulu baru fikir.

sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku eksiden.. minggu tu antara minggu paling stress. Stress tempat kerja. Aku and the geng pun plan ke Thailand untuk lepak makan. Hang pa tau tak, punye la ramai penjawat awam yang rileks je p lunch kat Betong tapi aku dok sini 13 tahun terkulat kulat nak masuk Thailand..sebab takut jadi apa2 kat dalam..sangkut kat sana mampuih.. lagipun dengar macam2 kes kejadian jadi walaupun jarak dari rumah aku ke Thailand hanya 13 kilometer..sampai sekarang aku tak jejak kaki rileks2 macam orang lain. (Alasan paling tepat ialah 'Tak dak orang nak bawak masuk ').giteww...

maka kedatangan seorang guru baru ke sekolah aku ni yang berpengalaman lepak santai siap pakej kereta ada roadtax Thai, maka peluang jangan lah dilepaskan. Aku pun berusaha tangga kejayaan buat border pass yang valid setahun hanya bermodalkan rm10. Dah la 3 kali ulang alik imigresen sbb alamat ic bukan area sini so kna ada pengesahan majikan..huhu.

panjang sungguh laaa intro aku aih

tapi kan minggu kejadian tu aku rasa tak sedap hati.. biasala 6th sense jangan dibuat memain. Mungkin ia ilham dari Allah. Aku tak nak excited sangat sbb aku tau nanti plan tak jadi..tapi makin berat lak perasaan aku ni.

Habis kerja drive ke rumah kawan aku nak park kereta n tumpang kereta dia. On the way nak masuk simpang, aku slow sikit n tgk side mirror ..ok ada group motor student sek men kat belakang..dorang pun xlaju..aku nampak dorang..dorang nampak aku..and sekelip mata few second sebelum aku libas steering  belok kanan, bunyi enjin motor kuat kat sebelah aku. Lepas tu boleh agak ah ape jadi.  rider melambung ke depan weh.. terguling2 budak tu. aku plak ah sudahhh..

side mirror kanan aku hilang. aku park ke kanan lari keluar tengok budak tu.. alhamdulillah aku ada ngan kawan aku masa tu. jerit kat dia call ambulan. Dan kebetulan kawasan perumahan situ ada sorang polis trafik baru nak keluar rumah p kerja. Dia terus call geng n siasat. perghhh dah la sebelah tu kedai makan weh... tapi alhamdullillah jugak sebab ramai saksi.


teruk weh dia ni luka..aku rasa dia mungkin boleh luka sikit ja tapi tempat dia jatuh terguling tu ada tunggul pokok yang hmmm berceracak jugak la kayu tajam tu.. (padam sikit gambar supaya xde orang copypaste buat alasan mc p kerja lol)


nahh terkoyak kulit wehhhhh. ada ramai orang mai tolong tutup ngan tuala.. tolong payungkan dia .. aku plak p selak tuala tu nak ambik gambar. Dalam cemas macam tu aku dok pulun snap gambar semua sudut. Ini penting ok untuk bagi keterangan kat polis. ini hasil pengalaman xcident kali ntah ke berapa.



  dannnnnn motor dia terpelanting ke sebelah kanan aku nak belok tu..kat situ ada car wash.. ada pulak seorang customer ni tinggal kereta dia untuk dicuci.. dah siap cuci dah pun. tetiba kemek kena hentam ngan motor budak ni..alahhhaiiiii




adik ooiii awat la hang p potong kanan kat double linee?? hang dah la baru balik amik result spm....hukhukhuk


ambulan lewat la jugak dalam 15-20 minit kut...walaupun klinik sedekat 1 km dari tempat kejadian..huhu..tak berani nak bawak naik kereta sbb takut bertambah plak cedera.


dan kereta ku...

huhuh iye aku tak pakai kereta fancy2 honda bagai.. cukupla kereta berjasa ni untuk aku ulang alik kerja..tapi akhirnya hukhuk. Mujur kan aku tak lipat habis steering keta aku.. kalau tak memang pacak ah motor adik tu kat keta.

selesai kat situ aku p buat report polis.. kat sini pun mencabar juga sebab dah la baru xciden...ko dah bagi statemn tak rasmi kat tempat kejadian...ko cemas..lapar..bingung..serabut.. letih...lepas tu ko kena cerita balik pengalaman tadi dengan detail.  Bila polis soal ko, ko kena bagi jawapan tepat. hmm lama jugak la buat karangan. lepas tu polis nak submit statement online utk dapat no rjukan kes.. tapi internet tak dakkkk... rosak pulak oiii internettt...tunggu punya tunggu x boleh jugak submit report.

Maka aku kena bagi statement lagi sekali kat pegawai lain. Untuk manual plak.. Letih wehh..Benda ni sebenarnya simple tapi iyelah nak jadi kenangan manis di balai kan.. selesai 2 jam lebih di balai..

tips dari pegawai polis... kalau boleh jangan ubah kenderaan yang xcident sebab untuk mudahkan peg penyiasat kenal pasti mcm mana xcident tu berlaku.. dalam kes aku ni.. dia cakap mungkin orang akan buat andaian aku yang menyebabkan budak tu xcident sebab aku ubah kereta aku ke kanan.. memang nampak macam aku langgar dia la..  Aku ubah sebab aku tak mau ada orang x perasan p hentam pulak kereta aku tengah jalan tu.. so aku park la tepi jalan huhu....


polis tu pun cakap, nasib baik tak jadi patah teruk atau mati..kalau tak, lagi panjang la kes ni.

adik bermotor tu di hantar ke Hosp Baling. Geng cancel plan ke Thai ni la yang temankan aku di balai dan bawak aku ziarah adik tu di icu.

Alhamdulillah..adik bermotor tu tenang ja walaupun luka teruk.. owner honda tu pun ok  dan dia nak jual keta dia sbb dah kali ke2 kena langgar isk isk


dan dialog aku pulak dengan adik motor di icu:

aku: adik ok ka?..sakit tak?.. famili tau tak lagi?..siapa datang teman?

adik: ok kak, abang saya ondaway dah.

aku: adik nampak tak saya bagi signal tadi?

adik: ntah kak, saya tak perasan.

aku: adik dari mana tadi?

adik: dari sek, ambik result

aku: oo ye ke..result macam mana?

adik: umm tak ok hehe

aku: oo ok tak pe pun.. hidup ni panjang lagi..ha ha (gelak awkward) krik krik



apesal la aku p tanya result dia.







Maka tiada rezeki aku ke Thailand. Sekian.












No comments: