Tuesday, November 5, 2013

jom ler shopping



assalamualaikum

tadi kan..tadi kan aku g shopping.

cuti deepavali aku tak balik kampung. Jadi otak aku beku sekejap walaupun hari deepavali tu aku ke lenggong sebab ada program bahasa. otak aku macam cair sikit bila aku keluar g shopping. cadangnya nak tengok wayang tapi rasa cam awkward plak sebab aku sensorang je..(T__T) sob sob.. baik aku shopping.



 bestnya kalau aku ada bilik penuh kasut macam ni!!!


 rembat kasut yang ada sale je. harga asal 90.00 tinggal 53.00 dan 55.00 jadi 27.00 rembat jangan tak rembat. pakai ke simpan ke belakang kira..muahahaha


voir pun tengah lelong baju,seluar,aksesori tapi biasa la baju semua untuk budak darjah 6 ke hape..susah betul nak cari saiz aku..70% diskaun rugi la tak beli. maaf gambar tak best.


yang kelakarnye, aku masuk burger king..ala biasala faveret aku kan. tak beli menyesal plak.dah la tengah boikot mcd nih. baru melangkah masuk sambil tangan aku dok raba dalam handbag nak amik dompet tetibe budak dalam 6 tahun kot pandang aku pastu hulur tangan. aku pun 'eh budak ni nak ape?duit ke? oh nak salam kot.' aku pun hulur tangan,dia siap salam n cium tangan aku. lepas tu lari kat tempat duduk famili dia. semua orang dalam tu dok tengok aku tercengang. apehal.


k.itu je. bye.








Friday, November 1, 2013

Kerja kerja kerja


assalamualaikum

busy sekarang ni. bermula dengan kursus selama 4 hari..sedia bahan untuk taklimat ibu bapa..hari sukan..hantar data.. kursus lagi.. hantar data lagi..dan hari cuti ni sepatutnya siapkan rumus data,laporan,update blog pibg, prestasi tahunan, minit mesyuarat tapi aku dok melangut depan tv. dah tahu kerja banyak tapi rasa tak mau buat. buruk perangai.


aku bukan la budak cerdik nak ingat pelajaran masa sekolah rendah dulu sampai sekarang. tup tup kena kursus muzik. perghh. berbelas tahun tak pegang rekoder kena main rekoder, baca nota muzik dan nama alat alat muzik. terbengong sekejap sebab semua sumbat dalam 3-4 hari. tapi dorang semua sempoi dan presentation dalam bentuk persembahan gerakan..ok la tu daripada kena bercakap..kuang3..akhir kursus siap karok n celebrate besday cikgu and JU lagi..



latihan beza huruf b,d,p,q

 lepas tu kursus pemulihan plak..member batch maktab dulu dah jadi JU..aku jugak ke laut..kuh kuh..ramai cikgu pemulihan dah lanjut ke Master..inshaAllah giliran aku buat master menyusul..amin.  


dorang cerita kalau buat bahan kad perkataan jangan buat kad yang bercorak bagai. Kalau boleh biar kad simple gila sebab corak2 tu mengganggu perhatian dan tumpuan murid nak baca. Kadang2 kita cikgu2 ni syok je buat bahan cari gambar kartun bunga kalau boleh semua gambar nak sumbat tapi budak yang lemah memang sakit mata dan kita sakit jiwa bila budak tak boleh ingat apa yang dia baca sebab budak bagi tumpuan pada corak2 tu...


lepas tu kalau hiasan kelas pulak, jangan tampal segala bahan di bahagian depan sebab ganggu tumpuan murid bila kita mengajar guna blackboard, mata murid pandang keliling blackboard sebab banyak bahan keliling tu..kalau nak letak, kena letak jarang-jarang...jangan rapat2 dan padat.. macam kelas haku



jumpa thiraphat masa gotong royong hari sukan.. budak yang masa dulu aku dok kapok, geletek, rotan, cubit, sampai dia pun tersasul panggil aku 'mak' , dah besar tinggi...tapi sayang dia dah berhenti sekolah menengah sebab lemah 3m.... masa sekolah rendah dia tak pernah ponteng walaupun teruk kena marah, esok tetap datang sekolah..aku rasa sikap dia sama macam di sekolah menengah..tak pernah ponteng..dalam ramai2 murid aku, aku paling kagum dengan dia..walaupun dia tak tahu baca tapi sikap dia bagus gila..dia tak peduli orang ejek dia tak tau baca, tak pernah ponteng, dengar cakap, bersopan, jenis tolong mak bapak, rajin...isk isk sebak plak..

tak apalah thiraphat...bill gates pun tak abis kolej.as long as thiraphat tak buat benda jahat (i know u won't) pandai cari duit (buat rumah) and happy, that would be enough.








Wednesday, October 23, 2013

doodle



bukan main beli buku khas doodle tapi atas kertas modul jugak jadi mangsa.





Wednesday, October 16, 2013

Berat



 WHYYY??


 WHYYYYYYY??????????


WHY YOU TASTE SO DELICIOUSSSS?????

Berat dah bertambah. Berat sekarang macam berat badan masa tahun last kat uitm..Masa buat thesis terbungkang kat dorm makan tidur buat thesis je. Keluar bilik tak muat pintu hoi.

Nak keluar joging waktu petang ramai lah pulak mat motor melepak tepi taman. Apejadahnye dok bersembang ramai2 atas motor, pergi bercucuk tanam lagi bagus. Tak pun terserempak dengan ex students. Lagi tak best. Joging waktu malam pulak kena culik masuk kereta/van salah diri sendiri   *bukan salah pnculik*    apehal joging waktu malam cari penyakit     *padahal jaga kesihatan*. Tak faham aku. Terpaksa aku dok rumah mengunyah ape yang ada *alasan pfft







Tuesday, October 1, 2013

Bebel


Hai. Assalamualaikum.


errmmmm...errrr...argghhhh!! aku tak tau nak post benda yang bawa faedah. blog tak update. instagram tak update. bukan mahen lagi buka akaun bagai kunun nak jadi blogger berkualiti tapi hampeh. Sekarang banyak kerja-kerja luar. Kadang-kadang aku rasa macam tugas aku sebagai guru bukan lagi mengajar 100%. Dulu aku tumpu mengajar murid dalam kelas je tapi sebab banyak kerja SU dan lain2 terabai jugak la budak budak aku ni. Ye la kejap2 keluar jumpa cikgu tu cikgu ni nak settle surat buku program bagai.Lepas tu meeting..lepas tu kena ke sana ke sini.. Harap2 lepas ni aku boleh concentrate mengajar. Jadi cikgu mesti la nak mengajar kan? 


Kadang2 keluar rumah pagi ke sekolah set dalam kepala 'hari ni nak mengajar sepenuh hati', sekali murid aku tak datang sekolah daaa.. rindu betul murid generasi 2,3 tahun lepas..walaupun selalu buat masalah disiplin tapi aku rapat ngan diorang. Macam dah faham peel semua tapi generasi sekarang aku rasa macam jauh je ngan diorang. Selain masalah komunikasi, tahap penguasaan 3M sangat lemah. Aku cuba sembang ngan murid2 aku ni tapi aku macam cakap sorang2 la sebab tanya sepatah, dijawab sepatah. Lepas tu tak faham apa yang aku cakap.Diorang plak terkebil-kebil tengok aku cakap macam aku cakap bahasa Sepanyol. Sedih woh.


kuih raya untuk murid2 aku.hoho gambar basi. sebelum puasa lagi murid aku tanya ' cikgu, nanti cikgu bagi biskut ke? sebulan lebih dorang tunggu nak dapat bekas kecil kuih raya ni.


 keluar bershopping seorang diri on the way balik Kroh. Rembat beg yang berdiskaun -rm60 huhu kebetulan aku melenggang tak bawa handbeg masa shopping. 



 Rembat juga dvd Kotonoha No Niwa. Dah lama tak beli dvd cerita jepun ape salahnya rembat satu. eh aku tak de dvd player T__T aku berkenan nak beli sebab jumpa gif image dalam tumblr cantik giler animasi. Tapi tak boleh lawan la Final Fantasy huhuhu





perfect
cr gif image: tumblr



baru2 ni ada seminar so aku kena buat brosur untuk zon Kroh. kuang3 orang lain dh pakai publisher 2010 aku dok pakai lagi 2007. Ketinggalan zaman.


 Minggu depan ada program besar di sekolah. ah, kena update fail-fail. bye!







Monday, September 23, 2013

sembang kosong



aku dok sembang dengan GB on the way balik dari taklimat. GB aku cakap 'orang tua dulu-dulu kata sampai masa nanti kita jemur kain,kain tak sempat kering pun sebab dah malam' .


tok aku penah cerita masa dia kecik-kecik dulu orang tua-tua kata 'senang la hidup hangpa sebab nanti time hangpa nanti nak pasang api pakai tekan ja'. tapi tok aku dok ingat balik sekarang 'cemana orang tua boleh tau sebab bila tok dah besar panjang baru ada suis letrik'. kadang-kadang aku pun dok pikir lama macam mana orang tua boleh cerita perkara masa depan.
 


kadang kadang aku tanya murid aku' nampak saya gemuk tak sekarang?' mula2 murid aku teragak2 jugak nak cakap tp sekarang dorang  selambe komen 'umm,cikgu nampak gemuk sikit, masa puasa hari tu nampak kurus'.. okkkaayyyyyy..maybe i should get a life.



Saturday, September 21, 2013

Sunday, September 8, 2013

pemulihan khas: cara buat roda impian- huruf vokal



assalamualaikum

lamanya tak update blog.busy ah. jadi ajk buka tender 3 hari (terlepas jamuan raya sekolah).. meeting... + nothing interesting.  

seperti yang dijanjikan permintaan pembaca minta tunjukkan cara buat roda impian. oleh sebab murid aku tak datang hari sabtu , so ada masa setengah  sepanjang hari buat roda impian.. 

but betul2 minta maaf sebab buat tak kemas sangat. kalau nak buat betul2 cantik mungkin ambil masa berhari-hari. maklumla buat bahan banyak kali try and error.. bila dah print tapi tak sesuai kena buat lain la.. bila dah potong tapi tak sama kena buat lain lagi.. bila warna tak match kena buat lain lagi...akhirnya nak siap satu bahan pun mgkin ambil masa 3 hari.

mula mula guna mounting board.kalau mounting board kaler terang lagi bagus. stok mounting board aku dah abis ..ni je tinggal..
potong bulat besar.


 potong bulat kecil pulak. 
adjust dulu supaya ruang untuk letak kad gambar muat atas board hijau

 print out and laminate
 ok dah tu. nak buat kad gambar design bulat pun ok jugak. up to you =)




 susun atur dulu. pastu baru letak gam double sided . walaupun gam ni tak tahan n mudah tercabut tapi senang nak perbetulkan kalau salah letak.lepas dah puas hati baru sapu gam UHU.


 guna paku payung di tengah2. sebenarnya ada paku khas untuk bahan pusing2 ni tapi sampai sekarang  belum jumpa..mungkin ada kat kedai stationary yang besar2 je kut. lepas tu check dulu board hitam tu boleh pusing dengan elok ke tak...kadang2 bila dah paku, kedudukan board hitam tu senget dari asal..

 bengkokkan paku belakang dan tampal dengan binding tape supaya tak lukakan tangan murid.kang tak pasal mak pak dorang mai saman. dalam kelas pun kena ada hammer paku bagai. hammer ni rm1.

 dah siap.lupa nak buat anak panah kat gambar alu.huhu.kad gambar pun patut susun elok sikit.sorry, kelam kabut aku buat.

cara main:
ajar terlebih dulu gambar dan huruf vokal.
murid pusingkan  huruf vokal pada gambar yang betul.




that's all for now...ada masa panjang dan tak busy nanti aku buat yang elok dan kemas..

bye!



p.s: Happy Besday Bura..semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia bersama keluarga =)









Saturday, August 24, 2013

om nom nom









by chef miraman.
 bye.



Program merdeka












 kulit album baru 'Mencari Sinar Harapan' 
Kumpulan Kok Wan Aziz

 Kulit album ' Kamilah Sinar Harapan'
Kumpulan GeliMak






best betul rumah diorang ni. tak payah buat pintu gerbang cantik2..tanam pokok buah je jadi pintu gerbang.. pokok bunga pun semua cantik2.. dlm gambar ni pokok limau bali. dah la pokok rendang, buah pun banyak..













bye