Berkarat sungguh blog nih..(blame tumblr) sungguh tak ada idea nak menulis. Kalau ada pun rasa macam tak menarik sangat. Dan kalau ada pun tak boleh post lagi sebab .... sebab... rahsia. hehehe.. Lagi pun 3 bulan ni tak ada aktiviti menarik di sekolah (except teacher's day)..yup..busy gilos masa awal tahun dan akhir tahun. Jadi kehidupan sekarang cuma pergi sekolah balik sekolah dok senyap senyap dalam rumah balik kampung hujung minggu dan pergi sekolah balik sekolah.
Musykil tak dengan tajuk? Tajuk kena gempak walaupun story tak segempak manapun..(sorry saya tak pandai mengarang cerita) Nak story benda ni pasal jadi isu perbualan di kalangan kawan sekerja..
Bermula dengan seorang rakan sekerja yang bercerita pasal cikgu sekolah lain sebut pasal murid sekolah Tasek 'teruk'. Teruk tu mendalam sangat maksudnya sebab ia macam teruk disiplin, teruk pelajaran, teruk perangai teruk segala-galanya.Seorang cikgu ni kebetulan sembang dengan kawan saya dalam satu perjumpaan (baru kenal) cikgu tu cakap 'budak SK Tasek teruk betul la' lebih kurang macam tu. Kawan saya tersirap sungguh darahnya yang dah memang warna sirap tu balas balik ' Kak, saya ni dah mengajar sekolah Cina, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Asli dan Sekolah Siam..saya tahu macam mana seksanya nak mengajar budak yang sekolahnya 100% budak Siam tapi dalam kategori SK!' Bagus betul kawan sayer sorang ni...kalau saya kat tempat dia maunye terdiam terpaku terblank balik rumah baru mulut ringan je nak balas balik.
Memang diakui cikgu Sekolah Tasek dan cikgu cikgu sekolah di pekan ni bahawa budak budak siam dari Sk Tasek agak teruk bila jejak sekolah menengah..masa sek rendah baju sekolah comot...muka berpanau sebab banyak main panas..gemuk...pendek...perangai masya Allah..kawan depan mata pun bersembang macam menjerit....yang tak kenal abc..apatah lagi baca dan mengira...
Tapi ada banyak perubahan bila diorang melangkah ke sek menengah..Yang perempuan dulu comot..pendiam dah jadi angsa cantik tinggi lampai dan peramah...paling ketara perempuan sebab masa sek rendah memang tak lawa. tapi bila ke sek menengah..perghh....come lote mu nih......yang lelaki pulak dulu buncit demok dah jadi kurus tinggi tegap kacak bergaya..(diorang siam maa....cun weh) pernah terserempak dengan ex student pemulihan di pekan dan mata i memang tak leh blink...kikiki..
Pada masa sama yang perangai hantu dulu akan dibawa ke sekolah menengah..diorang dah ada klik sekampung perangai hantu dapat pula kelas hujung di sek menengah tak ke menambahkan sekutu ala ala Crows Zero?
(saya suka ke3 dari kanan.harap maklum)
Yang si perangai yang agak 'kureng' ini tidak tahu baca menulis mengira...tapi diorang still sambung belajar..Ramai juga terkandas sebab bosan asyik kena marah dengan cikgu, tak boleh buat kerja sekolah atau kerja kursus sebab tak tahu baca dan tulis baik ponteng sekolah cari duit belanja ataupun berhenti sekolah cari kerja. Life must go on. Jika si perangai 'kureng' ini tidak berhenti maka mereka akan membuat onar di sekolah. maka cikgu cikgu sekolah tersebut sakit jiwa sebab terpaksa tahan perasaan dengan mereka ini. (fahamkan di sini - student buat perangai-cikgu tegur-student hancurkan kereta cikgu-cikgu tak boleh buat apa apa-cikgu sedih-tekanan perasaan) Perkara ini berlaku almost everyday in every school but media just highlight cikgu *****,etc...
Dan komen cikgu yang mengatakan budak Sk Tasek teruk ada benarnya tetapi perlu lihat dari perspektif budaya hidup murid 'teruk' itu di kampung Tasek sebelum membuat andaian negatif. Boleh jadi kerana satu ungkapan menyebabkan ramai salah faham kepada murid SK tasek dan guru Sk Tasek sendiri. Mereka akan andaikan guru Sk Tasek tak mengajar..bermasalah...tak pedulikan murid padahal kami mengajar separuh mati.
Perkara Pertama: Bahasa
Bahasa memang jadi satu masalah sebab BM adalah bahasa kedua di kampung Tasek. Pertuturan seharian ialah Bahasa Thai. Contoh: bila mengajar kena cakap seringkas dan semudah yang mungkin. Kalau kau mengajar dan cakap' Menuntut ilmu dan menjadikan ilmu sebagai pelita hidup, maka kita pasti akan berjaya menjunjung aspirasi negara dan menjadikan kita generasi yang boleh memimpin negara pada masa akan datang' maka kau akan mengalami strok 5 minit lepas kau habis berkata-kata. The truth. Contoh 2: hari ni kau ajar eja 'itik' dan kau tunjuk gambar itik yang kau bangga downlod dari google image. Student kau boleh baca dan ingat. Lepas tu kau bagi latihan dan gambar itik tu lain sikit dari apa kau ajar tadi.
Maka kau kena bersedia menerima soalan bertalu talu dan berulang ulang sehingga seminggu.
Perkara Kedua: UPSR
Kenapa result sekolah kami agak 'ehem' dibandingkan dengan sekolah lain? Sebab murid menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan mereka BUKAN Melayu 100% tetapi kami kategori Sekolah Kebangsaan. Soalan UPSR untuk SK dan SJKC/SJKT adalah sangat berbeza. Soalan SJKC/SJKT adalah sangat mudah yang mana kalau murid Siam jawab memang boleh score 5A tetapi kerana kami taraf SK maka soalan adalah sangat sukar difahami oleh murid Tasek. Masa mula posting dan kena jaga UPSR SJKT memang saya terkejut tengok soalan BM mudah betul. Macam soalan murid Tahun 3..Rupanya bila check kertas soalan SK..isk..isk..
Perkara Ketiga: Budaya
Tak dinafikan walaupun Kampung Tasek bersebelahan dengan kampung Melayu gaya hidup memang berbeza. Memang la berbeza sebab kalau kampung Melayu ada masjid boleh dengan orang mengaji dan azan. Tapi kampung Tasek ada wat dan tok sami baca doa. Kampung Tasek ni pulak 100% Siam,Cina,Asli dan India. Jadi bila diorang boleh guna bahasa Melayu dengan betul? Selain tu budaya sini tak anggap belajar tinggi tinggi tu penting. Yang penting pergi sekolah lepas tu kerja bina rumah atau motong getah. Belajar dan pergi sekolah hanya untuk cukup syarat hidup. Kami di sekolah mengajar macam nak keluar anak tekak tapi murid dah set dalam kepala 'tak payah belajar bagus sangat pun-yang lain tak belajar pun dapat hidup macam best je'. So adakah kitaorang just give up je dengan murid yang ada masa depan cerah tapi tutup kecerahan tu sebab silau sangat? (melalut).. No.
Jadi tak perlu memberi andaian negatif.
Walaupun diorang macam tu tapi diaorang ada adab sopan yang tak ada pada budak Melayu di sekolah.
Walaupun diorang macam tu diorang hormat guru.
Walaupun diorang macam tu diorang cuma budak yang mencontohi persekitaran kehidupan ibu bapa mereka.
emo bukan? tak ke...tak pe ah...
selamat malam (^ ^)
eh dah pagi (~ ~)
3 comments:
aku syok dapat baca entri ko..setiap hari aku tgu dan tgu dan tgu entri terbaru ko...tapi selalu tak update..boring jdinya aku...aku suka ayat krangan ko tu..
entri terbaru ni sungguh menyayat hati bila baca luahan ko...seksanya jiwa aku bila aku cuba berasa aku ditmpat ko..hurmmmm..kuat sungguh ko kan!!kalo cikgu Yusop ditempat ko apa agaknya cara yg dia buat ek?????
tq bura..nice betul ada org suka bc karangan aku..kikiki..nanti aku pasng stremyx kt umah sewa aku leh la aku update selalu..cikgu yusop orang lama..byak ilmu dia..mesti petik jari je ngan problem kat sek aku nie..=)
aku rasa cikgu yusop pun surrender kot hehehe..tekanan dibuatnya..dah la ckp siam hehhe
Post a Comment