Wednesday, June 1, 2011

The Best of May

Banyak perkara saya celebrated sepanjang Mei.

Besday.
Besday abah.
Hari Guru.
Anugerah Hari Guru.
Hari Ibu.
Shinee Japan Debut.
Shinee 3 years.
dan *ehem rahsia*

ok fine..macam la saya celebrate shinee debut tu but i'm a proud shawol. lol.
thanks to all bestday wishes from fb friends. Haaiihhhh...hidup masih di takuk lama. Tak ada pencapaian yang hebat pun.


Hari guru disambut ala kadar tapi meriah. Plan last minutes tapi semua berjalan lancar. Cuma buat perhimpunan pagi, bacaan perutusan, sukaneka guru dan murid, jamuan makan, cabutan bertuah, penyampaian anugerah guru, tayangan video, peluk peluk,cium cium bersurai.















by the way i've won guru paling disukai. hehe. i don't care it's fake or not.


the gift ..less than last year. i love spongebob mug. (^^,)
i've found many people saying about how much they hate school and teachers on tumblr. saya pun pernah tak suka cikgu sekolah rendah dan sekolah menengah, tak suka pergi sekolah sebab kena bangun pagi, tak suka buat kerja sekolah, tak suka kena tanya on spot, tak suka exam, tak suka presentation bla bla bla.. adakah y'all lari bila terserempak dengan cikgu yang pernah mengajar y'all? adakah y'all masih dendam kesumat dengan guru yang denda/marah y'all?

Guru itu manusia biasa. Kerja sebagai guru menanggung beban amanah yang berat. Mudah dapat dosa dan mudah dapat pahala. Berdosa jika mengajar dan rancang pengajaran dan pembelajaran sambil lewa. Pahala dan rezeki berkat jika tekun dan bersungguh menjalankan tanggungjawab.

Tugas guru kini bukan setakat mengajar. Guru itu pentadbir sekolah, guru itu doktor, guru itu drebar, guru itu tukang kebun, guru itu tukang cat, guru itu hakim, guru itu tukang masak, guru itu pengasuh, guru itu pembela, guru itu pelukis, guru itu kerani, guru itu photographer, guru itu kaunselor, guru itu ibu bapa, guru itu segalanya tapi ramai di kalangan kita pernah/masih benci guru.



Selamat Hari Guru

2 comments:

Bura said...

saya sayang semua guru saya!!!!terutma yang paling dekat ngan rumah saya tu..hehehe

missN said...

ooo..cikgu norlida n cikgu malik ek..(^^)