Sunday, October 3, 2010

Miss You

Saya belajar di SMK Dato Haji Hussein Selama Perak, SMK Kenering Gerik, UITM Shah Alam, Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus DarulAman Kedah(IPDA). Dalam banyak tempat saya belajar yang paling best ialah UITM walaupun si ayong my sis anti dengan student UITM. Anti sebab kami bayar yuran ciput. har har har. Katanye lagi student UITM ni jenis yang tak berjenis. har har har. Mestilah kami jenis yang tak berjenis sebab kami ni jenis kreatif smart. lol.

Kenapa UITM yang best? Kenapa bukan IPDA ? 
Kalau dah stayed hostel 3 tahun dengan classmate yang setakat 25 orang jer mestilah best kan? First dapat stayed hostel daripada  hostel gred 3 sampai gred 1. Gred 1 macam 5 bintang. Dapat duduk hostel lak 3 tahun berturut-turut dan mestila ada pengorbanan di sebalik daya usaha mendapatkan tempat tinggal di bandar besar. Hei hei saya tidak ada transport dan datang dari kampung kenapa nak menyusahkan mak abah dan diri sendiri mencari tempat tinggal yang serba mahal. Pada awal sem pula saya dapat seorang sahaja housemate untuk 3 orang sebilik. Heaven! Masa semua orang 3 orang sebilik saya pula 2 orang je sebilik. 
Tahun ke 2 pula pindah blok asrama 2 orang sebilik. And again Heaven! Asrama pula serba baru sebab baru renovated. Tahun ke 3 duduk di hostel gred 3 tapi tetap heaven sebab kawan sekelas dalam blok yang sama dan kedai koperasi di tingkat bawah bilik. Heaven Heaven! When you have your own room you will appreciated it. Sebelum ni tak merasa bilik sendiri sebab berkongsi bilik dengan 4 beradik lain. You have your own room your own space OMG I Love This.


Saya juga dapat makan di kantin asrama. Walaupun kena bayar tapi nikmat betul. Mungkin sebab saya tak ada transport lepas tu pula tak ada slave oh i mean bf yang boleh kita calling calling belikan i nasi lemak teh tarik on Sunday morning. Masih ingat lagi hari Sabtu dan Ahad saya orang pertama buka pintu kantin untuk breakfast. Segan juga dekat orang kantin macam orang kebulur sangat nak makan tapi saya dah bayar saya peduli apa. Dah tu pulak muka tak malu nak ambil telur lebih ingatkan ramai student tak turun breakfast on Sunday morning sebab tak bangun tidur lagi.(- ,-)

Dan saya juga slimm and fit sebab banyak jalan kaki naik bukit turun bukit naik tangga turun tangga pergi kelas pergi cucuk duit pergi shopping.

Dapat belajar dalam Bahasa Inggeris. Tuhan Maha Kaya since i love this subject walaupun tak hebat tapi dapat belajar di tempat yang hampir sepenuhnya guna Bahasa Inggeris memang berbaloi.

Lot of GREAT FRIENDs..( ^ ^) eh eh macam la kat tempat lain tak ada kawan. Berbanding dengan tempat tempat yang saya pernah studi, kawan-kawan UITM paling saya suka.Masa sekolah saya tak ramai kawan dan tak ada pun yang nak berkawan dengan saya. lol. Masa maktab pula jumpa pun sekejap je. Jumpa untuk belajar, bincang, submit assignment,jawab exam then ikut haluan masing-masing. Kemudian jumpa lagi, submit assignment jawab exam and so on.

Hidup ni macam roda ada pro dan kontra.Sekejap cerah sekejap mendung. Tiba tiba teringat kawan kawan lama dan baru. Sepatutnya saya post entri jamuan raya sekolah tapi sejak aktif update blog sekolah tak perlu saya post lagi di sini.

Untuk baca entri jamuan raya dan gambar yang gempak klik sini Jamuan raya SK Tasek 2010


UITM FSR 03-06





IPDA 07-09 SKM 1

No comments: